Luahan

27K 3.3K 357
                                    

SEPERTI biasa, tiba pukul 10 malam, aku menghubungi 426. Sudah menjadi rutin dalam hidup aku belakangan ini. Lima saat menunggu, panggilanku berjawab.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"426," Panggilku.

"Hmm,"

"Awak tahukan pasal mama angkat saya tu?" Soalku, sekadar pembuka bicara.

"Just straight to the point." Balas 426, macam tahu-tahu saja apa yang ingin aku sampaikan kepadanya. Mungkin perkara ini akan turut membebankan 426. Namun, pada siapa lagi aku mampu berharap. 426 sajalah antara harapan yang aku ada.

Aku menghela nafas kuat. "Sebenarnya, saya nak beritahu semuanya pada mama. Saya rasa dah tiba masanya saya... saya berterus terang." Ujarku, panjang. Sejujurnya, aku masih ragu-ragu dengan keputusanku ini. Oleh sebab itu, aku perlukan pendapat 426.

"Kenapa?" Soalnya tanpa nada. Macam tengah uji aku.

"Saya tak sanggup menipu lagi. Saya tak nak lukakan hati mama lagi. Saya tak nak kasih sayang yang sebenarnya bukan untuk saya. Saya tak nak mama..."

Kata-kataku pantas dipotong oleh 426.

"Dan kau sanggup tanggung risiko... dibenci?" Duga 426.

Aku goyah sendiri. Ah, senangnya 426 nak meruntuhkan pendirian aku. Sekelip mata saja. Aku tahu, 426 mahu aku bersedia mental dan fizikal sebelum melakukan sesuatu tindakan.

"Saya tak nak dibenci mama. Saya... sayangkan... mama." Balasku, tersekat-sekat. Tapi sungguh, penipuan yang dilakukan ini begitu menjerat hati.

"Saya... takut," Ujarku. Laptop di ribaan digenggam erat. Benar, aku sangat takut dengan apa yang bakal terjadi. Reaksi mama bila mengetahui semuanya.

"Then?"

Aku terdiam. Apa patut aku buat? Terus berahsia atau sebaliknya.

"Saya tetap buat keputusan nak beritahu. Segalanya!" Entah dari mana, keberanian itu muncul seketika. Aku takut tapi pada masa yang sama, aku tak nak melukakan hati mama lebih jauh lagi. Sebab aku ni terlalu lemah, Farhan terpaksa menipu demi aku. Sebab dia tahu, aku tak sanggup dibenci.

Haries pula sentiasa di sisi aku. Walaupun selalu menyakitkan hati, itulah caranya yang tersendiri untuk memujuk aku.

"Fira, kau dah besar tanpa aku sedar." Ujar 426, tiba-tiba.

Mataku terjegil memandang skrin laptop yang gelap. "Apa maksud awak? Awak nak perli saya ke? Sebab selama ni, saya macam budak-budak?" Soalku, bertalu-talu. Nadanya macam nak sindir aku pun ada.

"Bukan. Kalau dulu, waktu-waktu macam ni, mesti kau akan mengadu pada aku sambil menangis. Macam budak kecil yang menangis sebab jatuh main bola." Usiknya, selamba.

"Wah, sedapnya mengata!"

426 ketawa kecil. "Tapi sekarang, kau dah makin kuat. Kau tak menangis macam dulu."

Aku terdiam. Tak jadi nak marah. Betul ke, aku dah 'besar'?

"Shafira." Panggilnya, lembut.

"Ya?" Jawabku, agak gugup.

"Aku tahu kau takut dan kau sedih. Apa-apa pun keputusan kau, aku sentiasa menyokong dari belakang kau."

Aku tersentak. Terharu. Ya, 426. Dialah lelaki yang tak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada aku. Sungguh, dia dah banyak membantu aku. Ah, 426. Cuba awak beritahu saya.

Macam mana saya boleh tak jatuh cinta dengan awak? Desis hatiku.

Walaupun aku tahu, aku takkan dapat bersama 426, tapi perasaan ini takkan mahu hilang sebab setiap hari, aku jatuh cinta kepadanya.

"Kalau mama kau benci kau, ramai lagi nak sayang kaukan? Macam aku ke?" Usik 426, tiba-tiba membuatkan aku termalu sendiri. Wah, 426 dah semakin maju daripada aku. Biasanya, aku yang selalu mengenakan dia.

"Tapi, 426! Saya sayang awak lebih!" Jujur. Aku terus ketawa bila talian di hujung sana diam membisu. Kelu seribu bahasa agaknya.

"Ya ke? Bukan aku yang lagi sayangkan kau?"

Memerah wajahku dibuatnya. Bukan senang 426 nak buat mengayat macam ni.

"Sweet lagi 426 kan?"

"Di... diamlah!" Terus panggilan dimatikan. Aduhai, malunya aku! Tapi bahagia pada masa yang sama. Walaupun itu cuma main-main, tapi aku tetap gembira. Laptop dipeluk erat ke dada.

Sayang awak sangat-sangat! Jerit hatiku.

Scene ni dah mcm budak sekolah bru belajaq brcinta je. Ahaha. Vote n comment.


Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now