Maya POV
KERUSI beroda dipusing-pusingkan dengan kaki. Tangan pula menopang dagu sambil mata aku memandang keadaan bilik. Mewah tapi aku rasa kosong.
Sunyi.
Tiba-tiba saja bayangan Datuk Aminuddin dan isterinya, Kak Fiqa, Fina dan Shafira bermain di mata batin.
Bergelak tawa bersama, menangis bersama. Mereka dah macam keluarga aku.
Argh!! Apa aku fikir ni?
Dengusan kasar terbit di bibirku.
"Maya Karmeela! Wake up, please! Kau tak ingat ke apa yang Datuk Aminuddin dah buat pada kau? Kau tak ingat?!" Tengking aku pada diri sendiri.Rambut hitamku yang terjatuh ke dahi ditolak kasar dengan tanganku.
Tak mungkin sesenang itu aku akan lupakan! Mustahil sesenang itu untuk aku maafkan jantan tua tu!!
Hatiku terasa sakit. Sebak mengenangkan ayah kandungku yang mati kerana Datuk Aminuddin.
Derita, kepiluan dan kesedihan yang aku rasa selama ni takkan ada siapa faham!
Lantas mindaku mula kembali pada kenangan saat umurku baru saja mencecah 13 tahun. Pada saat segalanya bermula.
Pintu bilikku diketuk dari luar sebelum terjengul kepala papa di celahan pintu yang terbuka.
Aku yang sedang baring di katil membaca buku novel hanya memandang sekilas sebelum menyambung pembacaan.
"Yes, pa. Anything?"
Papa masuk ke dalam bilik lalu duduk di birai katilku.
"Maya tengah buat apa?"
Dahiku berkerut. La... Takkan tak nampak aku tengah baca buku ni? Ke papa saja nak buat sengal hari ni?
Aku senyum manis dekat papa.
"Maya tengah cuci tandas ni. Almaklumlah, tandas ni dah bertahun tak cuci. Jadi, anak dara papa yang cun melecun ni terpaksalah turun padang berperang dengan berus tandas. Baguskan anak papa yang comel ni?" Jawabku, panjang.
Saja nak perli papa. Papa berdecit perlahan sebelum kepalaku disekeh kasar.
Habis serabai rambut aku!
"Eee... Papa! Orang perempuan ni pantang tau main rambut!"
Bibir papa hanya mencebik. Selepas tu, tiba-tiba saja papa buat muka serius.
"Maya, kalau suatu hari nanti papa tak ada, Maya boleh tak hidup seorang?" Soalnya.
Aku tersentak. Buku novel pantas diletakkan di tepi.
"Apa papa cakap ni?"
Mataku tajam menikam sepasang matanya yang kehijauan itu. Orang Britain kan?
Aku tak sanggup mahu hilang papa selepas mama meninggal dunia. Aku tak sanggup!
"Yalah. Maya tahukan kehidupan papa macam mana. Bahaya! Papa ni... Penjenayah! Ramai musuh. Bila-bila masa saja papa boleh mati. Mama pun mati di tangan musuh."
Air mataku mula bertakung. Wajah papa nampak kabur kerana air mataku yang memenuhi kornea mata.
Ya, aku tahu. Papa ialah ketua mafia yang digeruni dan dikehendaki pihak polis. Ramai musuh mahupun polis memburunya.
Malah mama yang tiada kaitan dengan dunia gelap papa pun terkorban sekali.
"Papa, jangan cakap macam tu. Maya... Maya tak sanggup lagi hilang orang yang tersayang. Kalau papa... Takde, macam mana... Maya nak hidup?" Suaraku bagaikan tertahan-tahan.
YOU ARE READING
Hacker 426 ✔️
Romance[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan sep...