Hero Kedua

34.9K 3.8K 201
                                    

"SHAFIRA, step away." arah seseorang. Aku menoleh memandang empunya suara. Aku agak terkejut.

Farhan! Macam mana dia ada di sini? Aku bagaikan terkaku di situ hinggalah suara garaunya memecahkan lamunanku.

"What you waiting for, Shafira? Step away!" Suara itu naik sedikit. Segera aku bergerak menjauhi kereta.

Farhan mengambil spanar(?) lalu hujung tingkap dicungkil hingga perlahan-lahan tingkap itu retak dan akhirnya pecah.

Budak lelaki itu mengelak sedikit dari terkena kaca. Dia masih menangis-nangis.

Wahai Tuhan yang Memudahkan, mudahkanlah urusan kami ini.

Hanya doa yang mampu aku lakukan. Tiba-tiba Farhan memandang aku.

"Ada kain tak? Kalau ada bawa banyak sikit. Nak yang tebal punya! Faster!" pinta Farhan, serius. Walaupun begitu wajah tetap tenang. Macam dah biasa.

Tak sempat aku nak ke rumah semula, beberapa orang awam muncul di situ dengan selimut dan baju tebal untuk diberikan kepada Farhan.

Farhan menyambut huluran mereka lalu selimut dan kain-kain itu dililit di tingkap yang tinggal serpihan-serpihan kaca kecil.

Nafas panjang ditarik lalu mata dipejam. Kemudian nafas dihela perlahan bersama mata dibuka kembali. Tajam memandang budak lelaki di dalam.

"Okay, boy! Come. Abang bawa adik keluar." arah Farhan. Aku pula duduk di sisi Farhan.

"Tak nak! Ian takut nak gerak. Sakit," jawab budak yang membahasakan dirinya Ian.

"Ian, keluar ya! Sakit sikit je. Nanti lepas Ian dah keluar, kita selamatkan pula keluarga Ian. Please, akak merayu. Tolong kuat demi mereka." rayuku.

Aku tahu Ian masih mentah. Dia budak. Dia takkan faham apa aku nak sampaikan padanya.

"Boy, come on. I know you can. Sambut tangan abang." pujuk Farhan, lembut. Kedua-dua tangannya dihulurkan buat Ian.

Ian memandang keluarganya sebelum perlahan-lahan menyambut huluran tangan Farhan.

Dengan berhati-hati, Farhan menarik keluar tubuh kecil itu. Pantas aku memeluk badan Ian. Budak lelaki itu cuba menahan tangisnya.

Pelukan di bahuku dikemaskan. Tangan kecilnya jelas menggigil kerana takut. Mulutnya tak berhenti memanggil-manggil nama keluarganya yang lain.

Pilu dan sebak hatiku. Ya, aku pernah rasa perasaan ini. Perasaan untuk menyelamatkan insan-insan tersayang tapi malangnya aku tak sempat.

Ian beruntung kerana keluarganya masih ada peluang.

Tak semena-mena, bahagian enjin meletup lagi.

Kami terbatuk-batuk kerana menerima asap yang banyak dalam peparu.

"Farhan," panggilku. Dia menoleh.

Aku memandangnya penuh mengharap. Hanya satu saja aku minta.

"Tolong selamatkan mereka."

Farhan mengalihkan pandangannya ke tingkap yang sudah pecah cerminnya. Dia sedang melakukan sesuatu dengan pintu yang tak boleh dibuka itu.

"Aku tahu, Fira. Dan aku sentiasa tahu." balasnya.

Tak berapa lama kemudian, terdengar bunyi yang kuat dari dalam kereta. Seperti bunyi benda patah.

Farhan menyuruh aku ke belakang. Aku akur bersama Ian di pelukan berundur sedikit.

Pintu kereta ditarik kuat. Mula-mula, ia hanya terbuka sedikit saja. Setelah berkali-kali pintu itu direntap kasar, pintu itu terbuka.

Aku menghela nafas lega. Alhamdulillah!

Tak lama kemudian, paramedik tiba bersama ahli bomba dan polis. Mereka mula menjalankan tugas menyelamat.

Ian selamat dibawa ke hospital dengan ambulans manakala ahli keluarga yang lain masih menunggu giliran untuk diambil oleh ambulans.

Farhan pula dah hilang entah ke mana. Aku tak sudah-sudah mengucap syukur. Rasa macam nak sujud syukur dekat jalan tar ni.

Kakiku ingin melangkah pergi tapi tiba-tiba mataku terpandangkan satu susuk tubuh sedang merenung tajam aku dengan bajunya yang serba hitam.

Mata dikecilkan. Manusia itu menyorok di sebalik semak samun berdekatan dengan kereta Honda. Terkebil-kebil sebentar aku di situ sebelum asap tebal dari kereta mangsa menghalang penglihatanku.

Hati kuat ingin mengetahui gerangan manusia itu. Tanpa disedari, kaki melangkah mendekati kawasan itu.

"Shafira! Shafira!! Shafira Addina!!!" panggil seseorang. Sangat kuat hingga membuatkan aku tersentak.

Pantas kepala menoleh ke belakang dan serentak itu juga kedengaran bunyi letupan yang kuat dari kereta Honda itu.

Aku hanya mampu memejam mata. Menyerahkan takdir kepada-Nya.

#####

BAHU Farhan ditepuk dari belakang. Seorang lelaki lengkap berpakaian seragam polis tersenyum memandang Farhan.

Senyuman turut diukirkan buat lelaki itu atau sahabatnya, Aiman.

Mereka saling bersalaman. "Bro, thanks sebab..."

Tak sempat Aiman mahu menghabiskan ucapannya, mata Farhan terpandangkan Shafira sedang mendekati kereta yang berasap itu. Macam tak sedar yang kereta itu dalam keadaan yang teruk. Bila-bila masa saja ia akan meletup.

Tak tunggu lama, kakinya pantas menuju ke arah gadis itu.

"Shafira!" Gadis itu masih tak sedar.

"Shafira!!" Kaki itu masih menapak.

"Shafira Addina!!!" Langkahan kaki Shafira terhenti sebelum menoleh memandangnya dan...

Boommm!!!

Kereta itu terus meletup membuatkan api mula marak. Pihak bomba segera memadamkan api. Orang ramai terjerit-jerit dan berlari-lari menjauhi punca api.

Farhan terduduk di tar jalan sambil termengah perlahan. Wajah pucat Shafira dihadapannya dipandang geram.

Lalu dahi Shafira dijentik sekuat hati sehingga dahi putih itu memerah. Gadis itu menjerit sakit. Dia menjauhi Farhan sambil memegang dahinya yang sakit.

Berbisanya!

"Kau ni memang dah lama hidup ke? Dah tahu tempat tu bahaya, gatal nak dekat kenapa? Menyusahkan aku!" rungut Farhan lalu bangun dari duduknya.

Punggungnya yang kotor ditepuk-tepuk perlahan. Kelihatan wajah Shafira masam sebab kena marah. Padan muka!

Hilang terus sikap lembut Farhan dengannya. Muncul sikapnya yang satu lagi. Bila dia tengah marah sajalah.

Aiman datang mendekati Farhan. Wajahnya jelas kerisauan.

"Kau okey tak? Kau ni berani mati eh? Bahaya tahu tak? Boleh kau lari dekat kereta tu?" Bulat mata Aiman pandang Farhan, tak percaya.

Apa taknya, dia tak sempat nak kata apa, Farhan berlari menuju ke kereta yang hampir ingin meletup. Mati-mati dia ingat Farhan mahu bunuh diri.

"Aku bukannya sengaja. Shafira ni gatal sangat kaki dia," balas Farhan, selamba. Langsung tak rasa bersalah mengutuk gadis itu secara terang-terangan.

Aiman sengih saja pada Shafira yang sudah menggigit bibir sendiri. Ya, dia tahu Farhan kadang-kadang bercakap ikut sedap mulut saja.

"Saya, Inspektor Aiman. Farhan ni memang..." Tak sempat mahu menghabiskan ayatnya, kaki Aiman ditendang sekali oleh Farhan.

Aiman memegang kakinya sambil mengerang sakit.

"Apsal kau tendang aku? Kurang asam punya kawan! Sakit," rungut Aiman, geram.

Sekarang Farhan nampak kecil besar kecil besar saja pandangan Aiman. Kalau boleh, ingin saja dipijak-pijak Farhan itu.

Manakala Shafira sudah memandang pelik Farhan. Dia terasa ada benda yang ingin disembunyikan lelaki itu.

Yeay, Farhan dh muncul. Yes, author saje buat dye jadi hero kali ni. Tpi hero Shafira 426. Kan? Vote n comment.



Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now