TANGANKU sejuk dan menggigil-gigil apabila pintu wad VIP itu ingin kubuka. Manakala Haries menunggu di belakang sambil menguap panjang. Mahu memberi isyarat kepadaku supaya tak melengah-lengahkan lagi masa yang ada.
Tapi, aku terlalu takut nak berdepan dengan mama. Macam mana ni?
Tiga minit tercegat di depan pintu, Haries kelihatannya dah mula naik bosan. Dia menolakku lembut untuk beralih ke tepi supaya dia dapat masuk. Namun, aku cepat-cepat menghalang dengan menarik baju belakangnya.
Wajahku jelas terpancar rasa resah yang mendalam.
"Haries, please... please! Jangan buka. Saya... saya takut," aduku dengan suara yang perlahan.
Dia memandang aku sebelum mengalihkan pandangan mata pada tanganku yang memegang bajunya. Sesaat kemudian, keluhan berat terlepas dari bibirnya, mengalah.
"Okay, so sampai pukul berapa awak nak tercongok depan ni? Awak ingat saya bodyguard ke nak diri macam tunggul kayu kat depan pintu?" Bebelnya lalu menyilangkan tangan. Dia memandang aku sambil mengangkat kedua-dua keningnya, meminta jawapan dari bebelannya tadi itu.
Aku hanya diam tak berkutik. Aku asyik bermain dengan jari dan kuku sendiri. Melihatkan respon yang mengecewakan daripadaku, Haries memanggil aku.
"Shafira, come on."
"But I'm too afraid!" Bidasku, laju.
"Now, look at me," arahnya. Lambat-lambat aku pandang dia. Senyuman manis dihadiahkan buat aku. Senyum Haries memang cantik. Dia ada lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.
"Just relax. Trust me and Farhan. In Syaa Allah, everything will be okay. Farhan told me he had solved the problem." Ujarnya, cuba memberi semangat kepada aku. Tersentuh dengan kesungguhan Haries, akhirnya aku beranikan diri.
Tombol pintu yang sejuk dipegang lalu dipulas perlahan-lahan. Pintu terbuka. Saat ia terbuka saja, wajah mama di katil menjadi tatapan pertama aku. Dia turut memandang ke arah aku. Jantungku berdegup lebih kencang dari biasa. Air liur diteguk. Kesat.
Tuhan, sungguh aku takut.
Aku juga dapat melihat Farhan sedang duduk di sebelah mama di kerusi yang disediakan. Ketika mata kami bertentang, dia senyum kepadaku. Ia seolah-olah menyatakan, 'nothing will happen.'
Hatiku terasa amat lega apabila bibir mama mengoyak senyuman gembira kepadaku. Wajahnya kelihatan teruja melihat kedatangan aku melawatnya. Rasa hati yang dibelenggu dengan ketakutan bagaikan terlerai dengan reaksi mama.
Dengan badan yang masih lemah, mama mendepangkan tangannya kepadaku, menyambutku penuh terbuka dan keriangan. Pantas, aku menuju ke arahnya lalu memeluk mama erat-erat. Aku menangis di bahu mama tatkala merasa pelukanku dibalas.
"Mama, maafkan..."
"Shh... buat apa kamu nak minta maaf? Kamu tak salah pun, nak." Potong mama laju.
Kepalaku yang bertudung diusap lembut, menenangkan aku yang sudah teresak-esak di tubuh mama yang masih lemah. Aku menggenggam jemari sendiri.
"Mama, mama. Tolong jangan pergi," rayuku, sungguh-sungguh. Pandangan Farhan dan Haries sudah takku ambil peduli. Aku sangat-sangat gembira mama tak marah kepadaku malah sanggup memaafkan aku. Dia masih menerima aku setelah apa yang aku lakukan.
Mama memegang pipiku dengan linangan air mata. Matanya turut merah kerana menangis. Kepalanya tergeleng-geleng perlahan. "Mama takkan tinggalkan kamu. Mama janji, In Syaa Allah!" Balas mama. Itu sudah cukup melegakan aku.
YOU ARE READING
Hacker 426 ✔️
Romance[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan sep...