19|Han's Cafe

42.4K 4K 195
                                    

SEMPENA menyambut kedatangan ahli besar dalam syarikat AmiZa Holding, Nurin membawa Shafira dan Haries ke Han's Cafe.

Kafe itu terletak kira-kira 5 kilometer saja dari syarikat dan agak terkenal di kawasan itu dengan kesedapan kopi dan keknya yang lazat. Kemudahan internet turut disediakan. Klien biasanya akan memilih tempat ini jika ingin bertemu di luar.

Tapi ini kali pertama Shafira datang ke sini. Ada juga dia dengar tentang kafe ini tapi kerana kekangan masa gadis tu tak berpeluang bertandang ke sini.

Dan sekarang, barulah Shafira dapat melihat sendiri kemewahan Han's Cafe itu. Kafe itu diwarnakan dengan coklat keemasan dan putih. Nampak elegan tapi simple je.

Tema kafe itu ialah alam semula jadi. Kayu diukir untuk dijadikan bentuk kerusi manakala meja juga daripada kayu. Terdapat pasu bunga mini di tengah-tengahnya. Hiasan dalaman berkonsepkan hutan. Macam ada di dunia lain.

Shafira mengakui tuan kafe memang kreatif orangnya. Di dalam juga disediakan sebuah buaian kayu yang dililit dengan daun palsu.

Shafira terlopong melihat buaian itu. Mata memandang Nurin tak percaya. "Akak, tempat ni boleh jadi photobooth atau tempat bersanding. Kalau Fira tahu kafe ni cantik macam ni, dari dulu lagi Fira datang!"

Nurin tersenyum. Mereka mengambil tempat di meja kosong. Hanya meja itu saja yang tiada orang. Yang lain sudah penuh.

Gadis itu masih tak puas memerhati hiasan dalaman kafe itu. Dah terniat dalam hatinya bahawa kafe ni akan jadi tempat kegemarannya!

Paling menariknya, kafe ini mempunyai tarikan tersendiri. Contohnya, beberapa ekor burung berwarna warni di disusun di satu sudut kawasan. Kafe ni berlatarkan kicauan burung yang indah, bukan lagu yang dipasang.

Memang betul-betul rasa bukan di KL lagi tapi dalam hutan yang indah.

Setelah memesan minuman dan makanan, mereka berbual-bual kosong.

"Akak, cantiknya! Ya Allah, kalaulah kafe ni Fira yang punya!" Ujar Shafira. Mula berangan dapat memiliki kafe yang sangat cantik ni.

Nurin tergelak. Dia tahu Shafira akan jatuh cinta dengan tempat ni. Nurin berjumpa dengan kafe ni kerana ia merupakan tempat pertemuan Nurin dengan suaminya.

"Kalau Fira nak tahu, tuan punya kedai ni muda lagi. Baru 28 tahun. Oh ya, nanti akak nak kenalkan seseorang dekat Fira." Cerita Nurin, bersungguh-sungguh.

"Siapa?" Soalku.

"Adalah,"

Shafira jadi begitu teruja. Dia mahu berjumpa dengan lelaki itu. Lelaki sangat hebat pada fikirannya.

Haries hanya diam mendengar. Dia dah biasa pergi tempat ni. Memang dia akui, kafe ini sangat cantik dan menarik. Baru tiga tahun dibuka, ia dah jadi bualan ramai.

Pesanan mereka tiba. Sedang khusyuk menikmati makanan, tiba-tiba suasana tenang berubah tegang. Semua mata kini memandang sepasang kekasih yang tiba-tiba bergaduh.

Mereka bertekak tanpa mempedulikan orang sekeliling. Pekerja di situ cuba menenangkab pelanggan itu namun pekerja yang tak bersalah itu pula ditolak hingga jatuh. Keadaan menjadi kecoh tiba-tiba.

Shafira bangun dari duduknya. Melampau sungguh sampai orang yang tak bersalah pun terkena sekali. Lagipun Han's Cafe dah jadi tempat kegemaran dia. Dia takkan biarkan perkara ini memburukkan nama kafe.

Setiausaha gadis itu cuba menghalang, namun Shafira tak peduli. Haries pula lebih selesa memerhati saja.

"Maaf, cik, encik. Saya rasa awak berdua dah melampau ni. Kalau nak gaduh, tunggulah sampai rumah dulu. Ni kafe tau!" Tegur Shafira cuba tersenyum nipis.

Gadis yang berbaju ketat itu memandang sinis ke arah Shafira. Tangan disilangkan ke dada.

"You ni siapa ya? Kenapa tiba-tiba nak masuk campur? Memang orang sekarang suka jaga tepi kain orang ya?" Perli gadis seksi itu dengan raut menyampah. Mengganggu!

"Dahlah, Min. Kita keluarlah. Orang dah pandang ni." Lelaki itu bagaikan tersedar dia menjadi perhatian mula rasa segan. Lengan gadis itu cuba ditarik untuk keluar tapi Min pantas menepis kasar.

"Lantaklah. Biar mereka pandang. Biar mereka tahu I gaduh dengan you sebab you curang dengan I!" Jerit Min. Pelanggan di situ mula berbisik-bisik. Ada yang sempat merakam adegan itu. Nurin dah resah. Nak masuk campur, dia tak berani seperti Shafira. Isyarat mata diberikan kepada Haries supaya membantu Shafira namun lelaki itu hanya tenang menghirup kopinya.

Nurin ketap bibir. Nasib baiklah Haries ni baru kenal. Kalau kawan dia, dah lama Nurin luku sekali!

"Cik, ikut je cakap kekasih cik tu. Sekurang-kurangnya janganlah sampai nak gaduh di sini." Pujuk Shafira. Dia tahu Min tengah panas hati sebab tu dia cuba berlembut.

"Eh, you jangan masuk campur! Ni urusan I dengan dia. Kenapa you nak sibuk?" Marah Min, geram. Wajahnya memerah.

Lengan Min dipegang kejap oleh kekasihnya. "Betul cakap perempuan ni. Kita keluarlah ya? Seganlah sikit!" Pujuk kekasihnya, resah.

Mata Min mencerlung tajam pada kekasihnya itu. "Ed, kenapa you nak bela dia pula? Perempuan ni pun skandal you ke?" Tuduh Min.

Ed meraup wajah. Kusut kepalanya. Kenapa dia boleh berpasangan dengan gadis seperti Min?

"Apa pula you ni, Min! I ajak you keluar untuk selesaikan cara baik. Tak ada kaitan pun dengan perempuan ni. I pun tak kenal siapa dia!" Jelas Ed.

Shafira mengeluh perlahan. Ingatkan boleh tolong selesaikan tapi makin teruk adalah.

"Nampak tu! You bela dia lagi. Eh, perempuan! You ni skandal Ed kan? Tak guna! Ed ni I punya! You jangan nak rampas dia!"

Gadis itu nampaknya dah tak boleh berfikir secara waras. Shafira pun dia kata skandal kekasihnya. Padahal mereka tak pernah bertemu sama sekali.

Kerana perasaan yang terlalu geram, Min mencapai jus oren di atas meja yang tinggal separuh lalu air untuk dicurahkan di kepala Shafira yang bertudung.

Gadis itu tergamam.

Jeng jeng jeng! Fira kena simbah dgn jus oren. Klise. Apa yg brlaku nanti? Next chap! Vote n comment!

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now