Terluka

35.9K 3.9K 349
                                    

AKU diam tak berkutik apabila dimarahi oleh Haries tentang kesalahan yang dilakukan dalam fail yang diberinya.

Tak dinafikan, memang banyak error dalam fail kerja yang aku buat. Aku masih mentah dalam dunia perniagaan ni berbanding Haries yang sudah beberapa tahun berkecimpung dalam bidang ni.

Fail hitam keras dibaling tepat ke meja lalu Haries duduk di hadapanku sambil menyilang tangan bersama wajah bengis.

Aku pula hanya menunduk memandang lantai. Tak berani mahu beradu mata dengan mata tajam lelaki itu.

Aku tahu aku dah buat salah yang besar.

"Shafira, saya tahu awak masih mentah lagi. But that's not a reliable reason here. Kalau awak tak tahu, awak boleh tanya saya, Nurin atau sesiapa saja. Bukan terlalu yakin dengan diri sendiri dan semberono je buat!" Marahnya, tegas.

Sikit pun aku tak membalas. Dah tahu diri tu salah, diam sajalah. Takkan mahu melawan.

"Fail ni, banyak sangat error! Kalau setakat dua, tiga kesalahan, saya masih boleh maafkan. Ini, sampai... Oh, Shafira! Seriously, I dont know what to say." Fail hitam itu ditepuk-tepuk ke meja malah sempat helaian dalam fail itu diselak.

Aku memandang sikit wajah Haries. Nampak tertekan. Apa taknya, kadang-kadang kerja aku pun dia terpaksa double check. Takut ada yang salah. Dan memang betul, terlalu banyak salah.

Jari-jariku di bawah meja kumainkan. Takut, cemas, serba salah, kecewa, sedih... Semuanya bercampur baur.

"Saya minta maaf," tuturku, perlahan.

Haries mengeluh berat. Keningnya dipicit-picit. Tak tahu nak buat apa lagi dengan aku ni. Bukan sekali dua je, tapi setiap kali kerja, memang ada saja silapnya walaupun sikit.

"Okey, awak kenapa sebenarnya? Awak ada masalah ke?" Soal Haries. Nadanya kedengaran lembut.

Mataku terkebil-kebil memandangnya. "Mungkin saya hilang fokus." Jawabku, masih perlahan.

"Hilang fokus? Tu je? Tapi takkan sampai berbulan lama asyik hilang fokus je! Oh, come on, Shafira."

Kata-kata Haries macam nak hampir putus asa dengan aku. Ya, salah aku.

"Saya masih tak bersedia pegang jawatan pengarah AmiZa Holding. Saya nak mula dari bawah sebenarnya." Balasku.

Ya, bukan perancangan asal aku untuk terus menjadi pengarah syarikat. Aku cuma mahu menjawat jawatan biasa-biasa dulu sebelum menjawat jawatan yang lebih besar.

Tapi manusia merancang, Allah juga merancang. Dan Tuhan adalah sebaik-baik perancang. Siapalah aku untuk melawan takdirNya?

"Awak ingat awak mampu ke? Shafira, you're the one. Nobody else can take this place." Bidas Haries lalu mengeluh untuk kesekian kalinya.

"Saya tahu,"

"Kalau awak tahu, please jangan buat silap lagi. Kalau setakat kesalahan kecil-kecil, I can forgive you, Shafira."

Aku mengangguk. Mataku terasa panas. Aku tak sepatutnya menangis tapi bila melalui semua ni, aku jadi tertekan. Mampu ke aku? Pada usia seawal ini?

"Please be in reality. Awak bukan Shafira Addina yang dulu, tapi awak kena jadi Shafira Addina yang baru. Hadapi semua ni. Berdepan dengan fakta yang awak satu-satunya pewaris tunggal di sini. Papa, mama, kakak dan adik awak dah tak ada. Awak tak boleh nak bersedih je sebabkan mereka." Tegur Haries, agak tajam kata-katanya hingga menusuk hatiku.

Bila saja dia sebut ayat kedua terakhir dan seterusnya, aku dah tak mampu untuk menahan air mata ini dari mengalir.

Sedaya upaya manik jernih itu cuba disembunyikan dengan menundukkan kepala. Bunyi tangisan ditahan-tahan.

Aku kena kuat!

Kemudian, Haries dah tak kata apa. Terus berlalu keluar dari pejabatku meninggalkan aku sendiri.

Perlahan-lahan, lutut dirapatkan ke dada. Aku menangis kecil. Bibir terketap-ketap agar esakanku tak kedengaran.

Aku tak mahu orang tahu aku sedang bersedih.

#####

KERTAS putih itu dironyokkan lalu dibaling ke tepi. Haries mengeluh. Dia melihat sekeliling pejabat. Tak terurus langsung.

Bersepah dengan kertas saja.

Ini semua gara-gara dia hilang fokus kerana teringatkan Shafira. Haries rasa bersalah kerana memarahi gadis itu sebegitu rupa.

Bibir digigit. Bukan dia tak perasan air mata di pipi Shafira tadi. Terlihat dengan jelas oleh matanya tadi air mata itu mengalir.

Belakang tengkuknya diusap. Itulah, ikutkan sangat rasa marah. Haries lupa, dia sedang berhadapan dengan hati wanita yang baru saja nak pulih dari kesedihan yang dialami kerana kehilangan keluarga dalam satu tragedi.

Haries tak boleh terlalu keras.

Setelah beberapa saat berfikir cara untuk meminta maaf, dia membuka komputer.

Tangannya mula laju menari di papan kekunci komputernya.

#####

SEDANG Shafira sibuk melayan perasaan sedih di pejabatnya, komputer ribanya yang menyala tadi bertukar gelap secara tiba-tiba.

Pantas kepalanya memandang skrin laptop. Dia tahu itu siapa. 426 pastinya.

"Shafira, I've something for you."

"Hmm... Apa?" Soalku. Suara sedaya upaya dibuat-buat ceria.

"Kau ada keychain tu lagikan?"

"Ada je. Kenapa?"

Keychain kerang comel itu disangkut dengan telefon bimbitku. Lantas bibir mengukir senyum manis. Sendu di dada hilang sedikit apabila mengingatkan memori pertemuan pertama kami.

Mungkin bagi yang lain, ia tak bermakna dan biasa-biasa saja tapi pada aku perjumpaan kami amat berharga dan merupakan kenangan yang aku simpan selamanya.

"Cuba kau tengok keychain tu betul-betul. There's some words there. Read it!" Arahnya.

Aku akur saja. Keychain itu didekatkan dengan mata. Sepasang mataku mengecil apabila terpandangkan satu perkataan di situ.
"Happy Always, Shafira." Bacaku lambat-lambat.

Terus aku tergelak gembira. Hanya sebab ini saja ke dia hubungi aku? Terharunya!

"Happy?"

"Happy sangat. Thanks. Saya tak perasan pun perkataan ni. Awak ni selalu je ada muslihat sendirikan?" Pujiku lalu keychain yang lebih besar saiznya dari ibu jariku dipandang.

Hilang sekejap rasa sedih aku tadi. Dengan 426, aku bagaikan sudah terpujuk serta-merta.

Sememangnya, 426 amat penting dalam hidup aku.

"Well, that's how 426 work."

Aku ketawa lagi. "Eh, awak dah pandai masuk bakul angkat sendirikan? Dulu heartless je saya rasa." Kutukku dalam diam ketika mengenangkan tentang sikap 426 dulu yang garang dan dingin dengan aku.

"Aku buat baik sikit, semuanya tak kena. I'm also a normal human, Shafira. And of course, a man." Balasnya, macam tak puas hati. Di hujung ayat, suara diperlahankan membuatkan aku tak berapa dengar ayat akhirnya.

"Dahlah, pergi buat kerja. Aku pun ada kerja ni." Ujarnya sebelum sempat aku berkata apa-apa.

"Okey. Assalamualaikum." Ucapku.

Dia membalas salamku sebelum talian terputus. Kini skrin laptop menjadi normal. Terpampang gambar wallpaper keluargaku raya tahun lepas.

Bibirku mengukir senyum.

"Mama, papa. Mama dan papa jangan risau sebab Allah dah hantar seseorang untuk mengubat rasa sakit ni." Omelku lalu tangan dilekapkan ke dadaku yang dilitupi tudung.

Mataku terpejam rapat. Terima kasih, Ya Tuhan.

Huwaa! Sanggup Haries wat Fira nangis. Smpai hati! Nasib baik Fira gembira balik tau! Hihi. Vote n comment.



Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now