Petunjuk

36.7K 3.7K 77
                                    

DAH empat hari berlalu sejak kejadian ngeri itu. Namun bayangan keluarga Datuk Yusri, keluarga aku dan juga kelibat hitam di sebalik semak itu masih menghantui fikiran.

Ya Alim, apa yang ingin Kau tunjukkan? Mengapa bayangan tiga perkara yang paling aku nak lupakan ini juga yang selalu Kau masukkan dalam mindaku? Soalku sendiri sambil memandang ke luar Han's Cafe yang sesak dengan kenderaan bemotor sepanjang jalan.

Ya, sesesak fikiranku sekarang.

Aku mengambil tempat berdekatan dengan dinding lut sinar kafe itu sambil menopang dagu.

Sepasang mataku terpejam serapatnya, cuba mengaitkan segala perkara yang melayang-layang di minda malah tiada tanda-tanda akan pergi.

Keluarga Datuk Yusri dan keluarga aku. Seorang lembaga yang tak diketahui spesiesnya. Mungkin manusia atau juga jin.

Otakku masih ligat berfikir semuanya. Segala yang terjadi. Dari awal kes kebakaran rumahku sehinggalah kejadian letupan kereta beberapa hari lepas.

Pasti ada sebab Allah menggerakkan hatiku untuk memikirkan semua ini.

Tapi apa, Ya Tuhan?

Sungguh, aku bingung dengan apa yang jadi. Mata yang terpejam dicelikkan.

Banyak perkara berlaku sepanjang tempoh lebih setengah tahun ini. Suka dan duka, gembira dan kecewa. Aku pasti inilah kehidupan.

Sedang aku leka memerhati pemandangan kota Kuala Lumpur di luar, secawan teh diletakkan di hadapanku sekaligus menyentakkan lamunan panjang aku.

Pantas kepalaku menoleh ke sebelah. Farhan. Bibirku mengoyak sebuah senyuman lebar.

Aku pandang teh bunga yang harum semerbak sebelum memandang dia semula. "Terima kasih. Tapi, saya tak pesan pun." Ucapku, hairan.

Farhan menarik kerusi dihadapanku lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"No, its okay. My treat." Balas Farhan.

"Ya ke. Baiknya. Okey, saya minum ya?" Pintaku lalu mengukir sengihan. Rezeki jangan ditolak. Perlahan-lahan, teh itu dicicip.

Lagi-lagi ini ialah teh bunga sakura. Fuh, menolak tuah kalau tak rasa. Jarang dapat dan mahal sekali harganya.

"In return, tell me what's your problem," ujar Farhan, serius.

Tersedak aku mendengar syarat itu. Ceh, harapkan balasan rupanya! Apa daa! Ikhlas ke tak ni? Mataku dikecilkan memandang Farhan.

Dia seperti dapat membacaku lalu bersuara tenang, "Ikhlas tak boleh cakap. So, where's my answer?"

Aku mengeluh. Macam tahu-tahu saja Farhan ni tentang kegusaran aku. Agaknya, diakan pernah jadi kawan aku tiga tahun lepas. Mesti dia dah agak arif denganku.

"Hmm... Saya masih terfikir pasal kemalangan tu. Entahlah, susah nak lupakan." Luahku. Wajah berubah kusut.

"Trauma?" Soal Farhan lalu mengangkat keningnya.

Bibirku herotkan. "Mungkinlah. Sebab... Sebab setiap kali saya teringatkan kemalangan tu, saya pasti akan terfikirkan tentang kejadian kebakaran rumah saya."

"Lagi?"

Farhan khusyuk pandang meja. Telinganya ditadah untuk aku menceritakan masalah.

"Saya perasan ada manusia semasa kemalangan tu. Dan saya betul-betul tak sedap hati bila teringatkan semua ni." Tuturku, resah sendiri.

Aku perasan mata Farhan pantas memandangku. Mungkin terkejut atau sedang berfikir. Wallahualam.

Lelaki itu berdehem beberapa ketika sebelum bersuara, "Semua ni mungkin ada hubung kaitnya. Cuba kau fikir dalam-dalam. Fikir. Fikir dari segala segi. Dari kejadian setengah tahun lepas sampailah kemalangan ini. Telitikan semuanya!" Nasihat Farhan, agak menakutkan pada pendengaranku.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now