22|Takut

40.4K 4.2K 448
                                    

LUTUT dipeluk erat ke dada. Kepala disembamkan di lutut. Tangan yang menggigil digenggam erat, berharap dapat mengurangkan rasa takut yang masih lagi bersisa kerana kejadian tengah hari tadi.

Perlahan-lahan, air mataku menitis. Begitu besar dendam Shazwan pada aku. Takku sangka. Selama ni, Shazwan mesra dan baik saja dengan aku. Perlu ke untuk aku tak percayakan sesiapa lagi? Ya Allah, rintih hatiku.

Telefon bimbit di katil berbunyi nyaring. Aku tersentak. Skrin telefon yang bernyala dipandang. Dahiku berkerut. Siapa? Lama aku biarkan telefon itu berbunyi. Sebenarnya, aku terlalu takut untuk menjawab panggilan yang tak dikenali.

Deringan telefon berhenti. Aku lega sedikit namun untuk kali kedua, pemanggil menelefon aku lagi. Aku menjadi resah sendiri. Apa aku nak buat? Dengan tangan yang terketar-ketar, panggilan dijawab juga. Terdengar suara itu.

"Shafira? Kenapa tak jawab panggilan aku?" soalnya.

Ya, suara itu. Suara robot vocaloid yang sentiasa menjadi teman setia, penghibur hati aku pada saat aku rasa sedih. 426. Hilang sebentar rasa cemasku tadi. Lega!

Pantas tangan menyeka air mata di pipi. Aku tersenyum kelat.

"Saya ada dalam tandas tadi. Kenapa?" soalku pula.

"Kau okey?" Senyumanku semerta mati.

426 sentiasa tahu apa dalam hati aku. Bagi aku, dialah kawan sejati walaupun kami tak pernah bersua muka. Malah nama dan dengar suara betul dia pun aku tak pernah tahu. Hampir saja aku menangis kerana rasa terharu dan takut pada masa yang sama. Suara aku mula bertukar serak.

"426, saya takut," jawabku, pendek. Tapi mendalam. Ia menceritakan perasaan aku sekarang.

Dia terdiam. Mungkin tengah tunggu ayat seterusnya daripada aku. Begitulah 426. Lebih suka mendengar daripada bercerita. Kerana itu, aku tak kenal sangat 426 ni. Dia terlalu berahsia dan misteri!

Keluhan terbit di bibirku. Masa untuk meluahkan segalanya. Telefon tergenggam kemas di tangan.

"Saya... saya tak sangka Shazwan sanggup buat semua ni sebab dendam. Selama ni, saya nampak dia baik je. Sebabkan kejadian ni, saya jadi takut untuk percayakan orang lain. Awak, pekerja saya. Pekerja saya hampir kena bunuh. Nyawa saya sendiri pun dalam bahaya. Apa patut saya buat, 426? Saya takut. Saya takut sangat dengan apa yang jadi." luahku. Aku mula menangis kembali mengenangkan kejadian yang menggemparkan syarikat aku tadi.

Hidung aku dah berair dengan hingus. Asyik menangis saja. Inilah jadinya.

"Kau kena hadapi semua ni, Shafira. Banyak lagi kejutan yang kau tak tahu." balas 426.

Ya, aku tahu tu. Tentang dalang yang membunuh keluarga aku. Dan arwah Maya pula telah dikebumikan oleh pihak polis. Dengar kata, mayatnya dijumpai di sebuah rumah lama dan dibunuh dengan kejam. Aku tak sanggup nak tengok semua tu. Aku hanya mampu lawat kuburnya saja.

Air mata diseka beberapa kali namun ia tetap juga degil menuruni pipiku. Aku buntu! Jikalau dulu, sekiranya aku dalam masalah dan ketakutan seperti ini, pasti akan ada keluarga sebagai penghibur hati manakala Maya pula akan menjadi penenang aku tapi kini semuanya hilang.

Aku seorang gadis yang terpaksa melalui ujian ni seorang diri.

"426, awak... Awak takkan khianati sayakan? Awak, janji dengan saya, jangan tinggalkan saya. Awaklah keluarga, awaklah sahabat saya sekarang. Janji dengan saya." Rayuku, sungguh-sungguh.

Cukuplah sekali aku hilang semua itu. Aku tak mahu laluinya lagi. Mungkin bagi mereka di luar sana, aku kuat dan tabah tapi mereka tak tahu betapa lemahnya aku.

Aku kuat dan boleh sampai ke tahap begini kerana Allah dan juga perantaraan yang dihantarNya untuk aku. Tanpa Dia, aku dah tersungkur dan tak mahu bangun lagi.

"Fira, kau menangis ke?" Soalnya.

Aku tergelak pahit. "Tipulah kalau saya kata saya tak sedih sekarang ni. Saya pun manusia biasa juga. Tapi demi arwah papa dan mama, saya akan kuat. Saya akan teruskan perjuangan mereka." Balasku lalu memandang dinding bilik.

Terbayang akan kenangan indah kami sekeluarga. Sangat seronok, bahagia, tenang saja. Namun semuanya berakhir dengan suatu kejadian yang meragut terus nyawa mereka.

"Kadang-kadang saya tertanya, kenapa Tuhan tak ambil saya? Kenapa perlu saya terseksa seorang diri? Rasa ni sakit sangat. Dan sekarang saya perlu berdepan dengan manusia berhati dendam." Luahku, jujur.

"Shafira," Nadanya perlahan.

Ya, jangan tak percaya. Aku pernah menyoalkan semua tu. Ya Allah, kejamnya aku.

"Tapi sekarang saya sedar, Dia nak pertemukan saya dengan awak. Jadi, 426... Tolong janji dengan saya, awak akan sentiasa di sini. Walaupun selama saya hidup, saya takkan berpeluang langsung tengok awak, tapi saya perlukan awak, 426." Pintaku lalu menangis lagi. Memang kali ni, aku betul-betul luahkan segalanya.

"Shafira,"

"Saya takut sangat awak akan tinggalkan saya." Kini tangisanku semakin menjadi-jadi. Membayangkan saja semua itu buat aku lemah.

Aku betul-betul perlukan 426 sebagai teman aku.

"Shafira," Panggilnya lagi.

"Awak takkan khianati sayakan? Awak akan selalu kat sinikan? Awak kena janji dengan saya." Desakku. Selagi tak dengar kata-kata janji itu, aku akan sentiasa meminta daripadanya.

Aku tak mampu nak laluinya lagi. Ya, kehilangan. Aku tak nak walaupun aku tahu ajal akan memisahkan kami.

Ya Ghaffar, ampunkan aku.

"Shafira!" Kini suara itu mula naik membuatkan aku terdiam.

426 mengeluh perlahan.

"Aku ada benda penting nak beritahu kau dan benda ni perlu diberitahu secara depan-depan. Pukul 5 petang, esok. Nanti aku send location."

Mataku terkebil-kebil memandang dinding. Rasanya aku tak salah dengarkan? 426 kata dia nak jumpa aku! Mulut ditekup kerana rasa terkejut.

"426, maksud awak..."

"I mean, see you tomorrow." Potongnya laju.

Panggilan dimatikan. Dahiku berkerut. Skrin telefon yang gelap dilihat.

"Saya tak habis cakap lagi!" Suaraku separuh menjerit. Apa yang patut aku rasakan sekarang?

Teruja, seronok, cemas dan macam-macam lagi. Ya Sami', benarkah apa yang telinga aku dengar ni?

Oh, what?! 426 nk jumpe Shafira. Author pulak yg teruja. Hehe. Maju ke chap sterusnya, readers. Vote n comment.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now