All About Trust

28.8K 3.2K 471
                                    

LAPTOP dibuka lalu jariku laju bermain di atas papan kekunci. Beberapa saat kemudian, skrin mulai gelap. Aku tersenyum panjang.

"Assalamulaikum!" Sapaku, ceria.

"Waalaikumussalam. Gembiranya?"

Aku tersengih-sengih. "Gembiralah. Awak tahu tak saya ada kawan dekat rumah ni. Lepas ni, saya taklah kebosanan sangat. Ada teman nak ajak makan sama, tengok TV sama." Ceritaku, teruja mahu berkongsi kegembiraan ni bersama 426.

Tidaklah aku ketakutan sendiri jika berlaku sesuatu. Lyana akan ada di sisi untuk membantu.

"Lyana Mastura?" Tebaknya.

"Oh, awak dah tahu ya? Lya dah banyak tolong saya. Saya terharu sangat bila dia sudi temankan saya."

426 senyap. Dahiku berkerut, pelik dengan 426 hari ni. Mood tak baik ke? Atau sebab mulut aku ni tak reti diam jadi dia rasa rimas?

Baru aku ingin membuka mulut, 426 bersuara, "Dia tu boleh dipercayai ke? Macam mana dia sama macam Shazwan? Kau tak serik ke?"

Senyumanku semerta mati. Kegembiraan yang kurasa tadi terbang dibawa angin malam.

"Tak mungkinlah." Kepalaku sudah menunduk memandang tangan.

"Dan tu juga yang kau cakap bila dapat tahu Shazwan tu jahat. Tak mungkin." Sinis kedengaran 426 memerliku.

"Tapi Lya mangsa keadaan. Dia hampir dicederakan Shazwan. Lagipun, dia dah banyak tolong saya. Dia akan teman saya kalau saya sedih." Ujarku, cuba mempertahankan hujah aku.

"Back to reality, Fira. Dunia ni sebenarnya lagi teruk dari apa yang kau fikirkan. Mana tahu Lyana tu jahat dan dia memang dah rancang semua ni? Kau senang je bagi dia tinggal serumah dengan kau." Bidas 426, tegas. Kata-katanya tajam menusuk hatiku.

Aku terdiam panjang. Tak mungkin Lyana jahat. Dia sangat baik dengan aku sebagaimana Kak Nurin. Terlalu banyak jasanya padaku. Dia rela dengar luahan masalahku.

"Aw... Awak tu yang prejudis sangat. Takkanlah hanya disebabkan Shazwan, orang lain pun awak pandang jahat!" Lawanku.

Mataku tepat memandang skrin komputer riba yang gekap. Suaraku juga turut naik mahu melawannya.

"Oh, I see. Sebab dia dah banyak tolong kau, sebab dia baik, kau pun percayakan dia bulat-bulat. Its okay to trust her but dont too over. Sampai nak ajak duduk rumah."

Hatiku tiba-tiba saja jadi panas mendengarkan itu. Sampai hati 426 kata Lyana jahat.

"Awak sibuk kenapa?" Marahku, tanpa sedar. Tapi aku tak mahu minta maaf sebab aku betul.

"Budak ni. Bahayalah! Memanglah minah tu dah banyak tolong kau, tapi kau baru kenal dia tak sampai empat bulan pun!"

"Awak pun baru kenal dia tak sampai empat bulan, tapi awak dah nak judge dia jahat. Boleh pula?" Aku memulangkan paku buah keras.

Bibir diketap menahan rasa. Geram!

"I'm just want you to be more careful."

"Tapi takkan dengan orang yang tak salah pun terkena juga?" Katanya dipertikaikan. Aku sudah berpeluk tubuh.

Kesian Lyana. Dia tak jahat pun!

"Fira, dunia luar ni macam-macam. Takkan kau tak nak ambil pelajaran dari kejadian pasal Shazwan tu?" Duganya.

Aku terdiam. Hatiku tak dapat menerima kenyataan 426 itu.

"Tapi Lya dah banyak tolong saya. Dia sudi teman saya kat rumah ni. Dia juga sanggup dengar masalah saya. Dia pun menangis sebab saya."

Aku jadi sebak. Lyana tu terlalu baik untuk aku berfikiran jahat pasal dia.

"Now, Shafira. Did you trust me more or Lyana?" Soalnya.

Bibirku bagaikan terkunci. Sekali lagi, soalan yang lagi susah dari soalan Fizik SPM diutarakan kepadaku.

Aku lebih percayakan 426 tapi aku tak dapat menerima kata-katanya. Dan kerana rasa sakit hati, aku menjawab,

"Sekurang-kurangnya, saya... Saya tahu nama Lyana, saya tahu latar belakang dia dan dia..."

Kataku laju dipotong oleh 426.

"Then you want to say, you trust her more than me. Huh?" Nada suara 426 kedengaran bengang.

Jantungku berdegup kencang. Resah dan cemas sebab dah buat 426 marahkan aku.

"Okay, just wait and see. Lyana yang kau percayakan sangat tu akan buat apa. Aku dah warning tapi kau lebih percayakan dia. Kalau apa-apa jadi, aku takkan masuk campur!"

Dan panggilan terus diputuskannya tanpa sempat aku berkata apa-apa. Aku tergamam mendengar kata-kata 426.

Sekarang baru aku sedar, aku dah buat dia terasa dengan aku. Skrin laptop yang kembali cerah dipandang dengan rasa bersalah.

Air mataku jatuh menitik. Lutut dipeluk rapat ke dada. Bukan niat aku untuk sakitkan dia. Semuanya sebab perasaan marah aku padanya.

"426, saya minta maaf." Ucapku tapi dia dah tak dengar.

#####

MEMBULAT mata Lyana mendengar isi perbualan Shafira dan...

426?

Dia kenal sangat nama itu. Hacker yang termasyhur namanya di kalangan kongsi gelap, polis dan usahawan.

Dia tak sangka Shafira rapat dengan 426. Ini maklumat paling berguna! Kalau dijual informasi ni pada ketua-ketua mafia yang lain, pasti banyak untung yang dia dapat.

Mungkin berpuluh-puluh ribu untuk satu maklumat pendek itu saja.

Lyana menggosok kedua-dua belah tangannya. Matanya bersinar membayangkan habuan yang akan dia dapat nanti.

Lumayan!!

Tiba-tiba saja Lyana tergelak lalu tergeleng perlahan.

"Kenapalah kau tak percayakan 426 tu? Tapi bagus juga! Tak perlulah aku nak berlakon lebih-lebih sangat."

Bibir Lyana tercebik kecil sebelum cepat-cepat dia berlalu pergi dari pintu bilik Shafira itu.

Sebelum berlalu, sempat pintu bilik Shafira dipandang.

"Hmm... Kalau kau percayakan 426, mungkin nyawa kau akan terselamat tapi sebab kau percayakan aku, hidup kau tak panjanglah jawabnya." Lyana gelak seorang.

It's all about trust, Shafira.

All about trust!

Skali lgi, chap yg pendek. Sbb dlm chap ni, author just nk buat scene gaduh dorg je. Eh, mesti skang korg geram dgn Fira kan? Haha. Author pun rasa macam tu. Vote n comment.







Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now