Laptop Rosak!

30.2K 3.3K 239
                                    

PUKUL 8 pagi. Aku sedang duduk di sofa pejabat CEO sekarang ni, menunggu kehadiran tuan punya pejabat. Biasanya waktu-waktu macam ni, Haries sudah tiba.

Tapi hari ni lambat pula.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka dari luar. Susuk tubuh tinggi lampai melangkah masuk dengan briefcase di tangan.

Tangan kanan lelaki itu menutup mulutnya yang terbuka luas kerana menguap.

Haries yang perasan akan aku hanya menjeling saja. Dia melangkah ke arah tempatnya lalu bersandar di kepala kerusi.

Wajahnya jelas kepenatan. Aku jadi agak serba salah tapi ini semua demi  426! Nak tak nak, aku akan kacau Haries hari ni!

Pantas kaki melangkah mendekati kerusi yang bertentangan dengan tempat duduk Haries lalu punggung dihenyak ke kerusi biru itu.

Beg laptop diletakkan di atas mejanya. Zip beg dibuka kemudian laptop dikeluarkan dan diletak elok di atas meja.

Dengan wajah serius, laptop itu dipusingkan menghadap Haries. Haries pula hanya memandang perlakuanku dengan muka penat.

"Haries!" Panggilku.

"Hmm," Jawabnya. Matanya terpejam.

"Haries, dengarlah. Buka mata tu!" Arahku, tegas. Langsung tak beri peluang pada dia untuk tidur walaupun sesaat.

"Ya, saya dengar. Tak buka mata pun tak apakan?" Bidasnya, selamba.

Sebelah mata terbuka sebentar sebelum ia tertutup kembali. Memang penat sungguh Haries ni.

Tak apalah. Mengalah kejap.

"Laptop saya rosaklah. Awak tahu nak betulkan tak?" Soalku lalu laptop ditepuk-tepuk.

Dia membuka kedua-dua belah matanya memandangku dan laptop kemudian matanya terpejam kembali.

"Kenapa cari saya pula? Ini pejabat, bukan kedai baiki komputer." Balasnya lalu menguap panjang.

"Ala... Awakkan lelaki. Mesti awak tahu sikit-sikit pasal komputer nikan? Tolonglah saya." Rayuku dengan nada dibuat sedih, mahu memancing simpati Haries.

"Mengantuklah."

"Awak buat apa sampai mengantuk sangat ni?" Tanyaku, hairan dengan dahi berkerut.

"Mengantuk!" Bunyi kuapannya sengaja dikuatkan.

Aku mengeluh. Memikirkan cara untuk memujuk Haries membantu aku. 10 saat terdiam, aku bersuara, "Kalau awak tolong saya, saya bagi awak tidur dari pukul 8.30 sampai pukul 9 pagi." Ujarku lalu tersenyum.

Yakin aku akan berjaya dengan cara ini tapi ternyata tekaanku silap.

"Aku ni CEO paling cemerlang dekat bumi Tuhan ni. Aku tak nak makan gaji buta. Kerja, kerja. Tidur, tidur. Dan sekarang, pukul 8.10. Aku nak tidur sebelum start kerja pukul 8 setengah nanti."

Tersentap aku dengan kata-katanya. Menusuk hati sungguh! Pandai dia mengelat!

Dengusan dilepaskan.

"Haries, bolehlah. Saya mengharapkan awak je sekarang ni. Awaklah harapan saya. Please," Pujukku sambil kesepuluh-sepuluh jariku bercantum rapat.

Senyap seketika sebelum tiba-tiba dia bangun dari kerusinya lalu badannya dibongkokkan ke arahku. Wajahnya didekatkan dengan mukaku lalu mata yang sudah kuyu itu merenungku.

Aku telan liur. Aku dah buat Haries menyampah dengan aku ke? Aku rasa cemas dan takut semacam. Jantung berdetak hebat melihat bola mata itu tajam memandangku.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now