Pengajaran

29.4K 3.2K 50
                                    

BADANKU tersandar lemah ke kerusi di ruangan menunggu itu bersama mata yang kian memberat kerana rasa kantuk menguasai sepasang mata ini. Sudah hampir enam jam aku menunggu di hadapan pintu bilik pembedahan itu tapi tiada tanda-tanda ia akan terbuka.

Jam tangan di pergelangan tangan dijeling sekilas. Dah pukul dua pagi. Lambat lagi ke nak selesai? Desis hatiku lalu menguap panjang. Pantas mulut yang terbuka luas ditutup dengan telapak tangan.

Kalau tidur kejap, tak ada masalahkan? Bisik hati kecilku yang sudah ditujah-tujah dengan angin mengantuk. Lagi-lagi ruang menunggu ini sejuk kerana dihembus angin malam membuatkan aku betul-betul ingin menutup mata.

Lantas, sepasang kelopak mata perlahan-lahan terkatup rapat, ingin menjemput lena setelah lama bersengkang mata.

Tiba-tiba pintu bilik pembedahan terbuka. Bahuku terhenjut kerana terkejut. Terus segar-bugar mata ini. Bebola mataku melihat seorang doktor lelaki berusia lebih kurang 50 tahun itu sedang keluar dari OR.

Kelam-kabut aku menerpanya laju. "Doktor, doktor! Ian macam mana? Dia dah stabil ke? Tak ada apa-apa yang buruk terjadikan?" Soalku bertalu-talu, senafas dengan wajah terpancar sinar harapan yang tinggi.

Aku berharap sangat-sangat apa yang akan menerjah gegendang telingaku nanti adalah berita gembira.

Doktor itu mengukirkan senyuman manis membuatkan hatiku terasa lega. Mungkin Ian betul-betul dah selamat? Dia dah tak payah membuat pembedahan lagikan? Hatiku tertanya-tanya.

"Alhamdulillah, Cik Shafira. Ian dah lepas zon kritikal. Tapi dia masih memerlukan penjagaan rapi. Lepas keadaannya dah benar-benar stabil, kami akan pindahkannya ke wad biasa." Jawapan itu benar-benar membuat aku gembira.

"Ahhhh!!! Terima kasih, doktor! Terima kasih sangat-sangat! Alhamdulillah, Allahu Akbar!" Luahku dengan rasa teruja yang amat. Aku lihat doktor itu agak terkejut mendengar jeritan keriangan aku.

Tapi apa aku peduli?

Ian dah lepas zon kritikal!!!

#####

HATIKU begitu melonjak-lonjak ingin menberitahu keadaan Ian kepada mama tapi aku batalkan saja niat itu. Aku mahu menunggu Ian sedar dulu, baru aku bawa mama jumpa Ian.

Pendek kata, aku nak buat kejutan istimewa untuk mama! Pasti mama teruja nanti!

Sepanjang perjalanan ke kafeteria hospital, bibirku tak henti mengulum senyum. Oh, gembiranya dalam hati!

Rasa nak menari hindustan dekat tengah-tengah laluan hospital ni. Nasib baik aku masih waras lagi.

Tiba-tiba tubuhku terlanggar seseorang. Kopi yang dipegang remaja lelaki itu jatuh tertumpah ke bajunya. Mulutku terlopong melihatkan corak di baju itu. Alamak!

"Ya Allah, adik. Maaf... maaf sangat-sangat. Astaghfirullah, adik okey tak? Err... kejap, kejap!" Kalut-kalut, aku mengambil sapu tangan di dalam beg tangan lalu aku hulurkan kepadanya dengan wajah bersalah.

Sungguh, aku tak sengaja!

Aku lihat wajah putih lelaki itu merah dengan bibir terketap rapat, semacam menahan marah. Dia pandang aku tajam seperti nak telan aku hidup-hidup. Melihatkan reaksinya yang mahu jadi singa itu, aku terus kecut perut.

Shafira!!! Apa kau nak buat sekarang ni? Jerit batinku.

"Lain kali, jalan tu pakai mata! Bukan pakai lutut!" Jerkahnya lalu sapu tangan yang dihulurkanku ditepis kasar hingga jatuh ke lantai. Lelaki itu laju berlalu ke tandas yang berada berdekatan di situ.

"Eh, adik! Tak nak ambil ke sapu tangan ni? Adik!!" Panggilku tapi dia buat tak peduli.

Wajahku berubah masam. "Apa bendalah sombong sangat? Aku dah minta maafkan? Bukannya sengaja. Kalau sengaja, baik aku tuang je kopi tu atas kepala dia. Budak gila!" Omelku, geram campur sakit hati.

"Amboi, jahatnya dia! Sampai nak tuang kopi kat orang," komen seseorang di belakangku.

Aku pantas menoleh ke belakang. "Haries,"

Haries senyum saja. "Kadang-kadang, kita ni kena banyak bersabar. Lagi-lagi kalau jumpa manusia jenis macam tu."

Keluhan berat dilepaskan. "Saya bukannya sengaja! Dia pula nak marah tak tentu pasal. Baiknya budi bahasa!" Rungutku, tak puas hati.

"Nama dia Khairi. Dia duduk dengan mak dia dan tak ada saudara mara lain. Tapi mak dia baru je disahkan meninggal dunia sebab kanser paru-paru semalam. Kalau awak nak tahu, dia baru je berusia 16 tahun."

Aku terdiam. Wajah tegangku mengendur. Cerita Haries itu benar-benar menusuk ke dalam jantungku. Aku kembali serba-salah.

"Tapi mana awak tahu?" Soalku, hairan. Rasanya aku tak pernah jumpa dia pun. Wajah tenang Haries dipandang.

"Saya pernah berbual-bual dengan dia dua hari lepas. And then, semalam... saya dapat tahu mak dia meninggal dah." Jelas Haries lalu dia menuju ke bangku yang berdekatan dan melabuhkan punggung di situ.

Aku tak mengikut perlakuan Haries sebaliknya, tegak berdiri di tengah-tengah laluan hospital. Kaku dengan sendirinya. Hatiku diselebungi rasa simpati dan bersalah.

Bibir digigit.

Kakiku melangkah ke arah pintu tandas lelaki yang dimasuki oleh lelaki itu tadi. Sayup-sayup kedengaran suara tangisan seseorang dan aku pasti, itu Khairi. Allahu, apa aku dah buat?

Haries merapatiku, "Sebenarnya, husnuzon tu lebih baik tapi ramai buat-buat tak tahu dan tak nak ambil tahu pun. Kan?" Pertanyaan itu betul-betul buat aku tersentap seorang.

"Mak... mak... kenapa tinggalkan adik, mak? Adik nak hidup macam mana, mak?" Tangisan itu menyentap kalbuku. Terasa ada air panas yang menitis di pipi.

Aku menangis. Sebab aku pun pernah rasa apa yang dirasai Khairi. Perit dan pedih. Tambah memilukan bila hanya kita seorang yang menanggung derita.

Kejamnya aku. Betul kata Haries. Husnuzon tu penting. Aku seronok sebab berita gembira yang kuterima tapi dia... bukan. Ada orang lain yang bersedih kerana ditimpa musibah sedangkan kita gembira dengan nikmat yang dikurniaNya.

Baru aku sedar, aku agak beruntung. Walaupun keluarga dan sahabatku pergi tinggalkan aku selamanya, aku masih punya harta, masih punya masa depan yang cerah dengan pendidikan yang tinggi dan juga syarikat peninggalan arwah papa dan mama.

Tapi dia? SPM tiada. Umur baru 16 tahun. Masa depan tak terjamin.

Allah Maha Besar.

"So that's it, Shafira. Minta maaf," arah Haries, lembut.

Aku terangguk-angguk. Aku menunggu hingga Khairi keluar. Bila dia keluar, dia agak tersentak melihat aku yang sedang menangis.

"Adik, akak minta maaf sebab langgar adik. Hmm... adik okey tak? Kejap ya!" Beg tangan diseluk, mahu mencari dompet untuk keluarkan beberapa keping duit tapi tiba-tiba ada satu tangan yang terlebih dulu menghulur.

"Nah, Khairi. Ambillah, buat belanja sekolah. Dan ni, nombor abang. Nak apa-apa, telefon." Haries menghadiahkan senyuman lalu mengajakku untuk beredar dari situ.

Aku mahu menggantikan wangnya kembali namun dia menolak dengan beralasan, "Tak macho lah perempuan keluar duit. So, simpan je duit tu. Buat guna benda lain."

Dan aku tersenyum saja dengan jawapan selambanya.

Pengajaran. Tanpanya, apa erti hidup ni?

Siap chap ni!! Yahoo! Huhu... so readers kesayangan, dpt x ape author nk smpaikan ni? Sentiasa husnuzon dn bersyukur slalu. Kita x tahu ade org sdg bersedih bila kite sdg ketawa. Klu rase ujian ni trlalu berat, ingat!! Ade org lgi susah dri kita. Hehe. Author ni byk ambik pengajaran dri novel je sbb hidup author ni x lah susah. Ehh!! Haha...Vote n comment.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now