Tubuh Lyana diseret kasar oleh Addy menuju ke sebuah bilik kuarantin yang hanya terdiri dari sebuah kerusi kayu. Jeritan kesakitan dan rontaan kasar wanita itu tak dipedulikan oleh Addy.
"Kau nak buat apa kat aku, bodoh?! Eh, sial! Sakitlah! Tak payah tarik-tarik akulah! Aku boleh jalan sendirilah!!" Marah Lyana bengang. Wajahnya memerah kerana rasa marah di dada.
Addy melepaskan tubuh Lyana dengan kasar di lantai. Wajah putih Lyana dipandang tanpa rasa belas.
"Kau duduk diam kat sini." Arah Addy, tegas lalu jari telunjuk lurus menuding tepat ke wajah merah Lyana.
Lyana menggosok-gosok tangan kanannya yang ditarik oleh Addy tadi dengan bibir yang terketap rapat. Addy dipandang tajam. "Kau siapa nak mengarah-arahkan aku? Aku nak keluar!!" Jerit Lyana lalu terburu-buru bangun untuk keluar dari bilik kosong itu.
Tiba-tiba, muncul LBP berdiri di hadapan pintu dengan sepucuk pistol di tangan. Muncung pistol itu dihalakan tepat ke arah Lyana. Langkahan laju Lyana terhenti.
"Sori, girl. Tapi you tak boleh keluar lagi. I dengan kawan I ada benda mustahak nak bincang dengan you. And you know, this really urgent. So please, girl. Tolong beri kerjasama kalau you rasa nak hidup lagi." Ujar LBP sambil melangkah setapak demi setapak.
Wajah Lyana berubah pucat melihat muncung pistol yang semakin mendekat ke arahnya. Dia berundur ke belakang dengan badan yang sudah menggigil ketakutan.
Akhirnya, dia terduduk ke atas kerusi kayu yang disediakan di situ kerana sendi ototnya yang mula melemah.
Sungguh, aura lelaki bertopeng putih itu begitu menggetarkan hatinya.
LBP tersenyum di sebalik topeng putihnya. "Good. I pun tak nak guna cara kasar dengan you." Pistol disimpan kemas di poket seluarnya lalu jam tangan di pergelangan tangannya dikerling sekilas.
"Hmm... I nak jemput kawan I kat luar. Sit here queitly okay? And... dont ever think to run away. Addy, tolong jagakan dia." Setelah mengugut Lyana, dia memandang Addy di sebelahnya.
Lelaki itu mengangguk akur.
#####
PINTU besi itu terbuka luas. LBP terkejut melihat 426 yang sedang berdiri elok di depan pintu. Menyedari perkara itu, 426 yang kemas bertopi hitam itu dipandang tajam.
"Kau ceroboh masuk rumah aku? Kan aku kata, tunggu je kat luar!" Marah LBP, agak tak puas hati.
426 selamba membalas, "Password rumah kau senang sangat nak teka,"
LBP mendengus kasar. Mentang - mentanglah lelaki itu seorang yang bijak IT, selamba badak afrika saja 426 masuk ke dalam rumahnya tanpa kebenaran.
"Lain kali tunggu je aku. Kau ni tak menyabar juga." Rungut LBP.
"Bisinglah. Mana minah tu?" Soal 426, sengaja mengalih topik.
"Ada je. Jom masuk." Ajak LBP lalu bergerak masuk ke dalam. Sebelum 426 melangkah masuk, hoodie disarung ke kepala. Ini bagi memastikan identitinya tak diketahui oleh anak-anak buah LBP.
426 memandang sekeliling bilik besar itu lalu tersenyum. Cantik. Ingatkan LBP ni tak ada cita rasa.
"Mana anak-anak buah kau?" Soal 426, meliar matanya mencari kelibat orang-orang LBP iaitu Black, Andy, Addy dan Edry yang turut membantu 426 dalam kes kebakaran rumah banglo dua tingkat milik Datuk Yusri beberapa hari lalu.
LBP langsung tak menoleh ke arah 426 sebaliknya meneruskan perjalanannya ke sebuah bilik berpintu besi yang tertutup rapat dan ia terletak di hujung bilik.
YOU ARE READING
Hacker 426 ✔️
Romance[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan sep...