Kuat Dan Bijak

30.9K 3.2K 280
                                    

PINTU besi itu terbuka sendiri apabila scanner itu mengesan anak mata LBP dan kelima-lima jarinya. Ianya sebagai langkah keselamatan bagi bilik yang penuh rahsia itu.

LBP melangkah masuk ke dalam bilik yang sebenarnya sangat cantik dan moden. Bilik berukuran besar itu berkonsepkan kotemporari.

Kelihatan Addy sedang sibuk mengunyah snek mamee dalam mulutnya sambil khusyuk menonton drama Korea di TV plasma 42 inci itu.

LBP yang masih bertopeng putih itu namun hanya bertopeng separuh saja tergeleng-geleng perlahan. Degil betul lelaki tembam tu. Dah disuruh jangan makan snek, makan juga!

Lelaki itu duduk di sebelah Addy yang masih tak perasan akannya. Manakala Edry sudah pucat muka.

Alamak, ketua dah sampai! Bisik hati Edry. Tapi bukan itu yang ditakutkan sangat. Addy masih lagi mengunyah snek. Aduhai, habislah kena dengan LBP.

Nasib kaulah, Ad. Getus hati kecil Black melihat Addy.

LBP pula tak nak marah terus. Dia merampas snek itu dari tangan kanan Addy lalu memakannya sampai habis.
Addy masih tak mengalihkan matanya dari kaca TV. Bila sneknya dirampas, dia marah, "Woi, janganlah ambil snek aku, Edry. Bukan senang nak seludup snek masuk dalam ni. Sementara ketua tak ada ni..."

Edry tepuk dahi. Dia mencuit-cuit bahu Addy lalu Addy memandangnya. Dahi lelaki tembam itu berkerut pelik melihat Edry di sebelah kirinya, bukan di sebelah kanannya.

Jadi, siapa dekat bahagian kanannya?
Kepala menoleh memandang kanan. Membulat matanya melihat LBP di sebelah yang sibuk mengunyah makanan.

"Sedap?" Soal LBP, meleret nadanya.

Addy menelan liur. Habislah dia!

"Tak. Tak sedap!"

"Hah? La... Baru nak beli lagi." Suara dibuat kecewa.

"Ketua nak belikan untuk aku ke?" Addy jadi ceria semacam campur tak percaya.

Bibir LBP yang tak terlindung itu tersenyum manis dalam lima saat sebelum senyuman itu mati.

Tangan LBP naik mencubit kedua-dua belah pipi Addy.

"Oh, dah pandai ya! Aku ingatkan kau dah insaf seludup snek sejak aku denda kau. Rupanya...",

"Ahhh, sakit ketua! Sori... Sori! Aku kempunan! Tiga hari tak makan tak boleh rasanya!" Adu Addy lalu tangan LBP cuba ditarik supaya melepaskan pipi tembamnya.

"Hah, alasan! Kau nak kuat dan bijak, kau kena tinggalkan snek ni semua!" Marah LBP lalu kepala Addy pula disekeh kasar.

Perut Addy yang berlemak itu turut dicubit LBP. "Nak kuat, kau kena kuruskan sikit dulu badan! Dan caranya, berhenti. Makan. Snek!" Kata LBP tegas.

Dahi Addy berkerut sakit bila dicubit kuat oleh ketuanya. Berbisa! Macam ketam!

Aduh, menyesal!

#####

"KITA kena tukar plan. Lupakan dulu pasal Iz. Kita ada benda lebih penting dari jantan tu." Beritahu LBP, tenang.

Semua sudah berpandangan sesama sendiri sebelum empat pasang mata jatuh pada LBP yang sedang berdiri di tengah-tengah bilik mesyuarat.

Menunggu alasan tentang keputusan LBP itu tadi.

"This case really urgent, guys. That's why. Dan kumpulan ni mungkin mengambil masa sampai berbulan untuk dihapuskan sepenuhnya." Cerita LBP dengan gerak tangannya.

Nada lelaki itu serius saja.

"Nama kumpulan?" Soal Black.

LBP menyilangkan tangannya.

"Red King."

Mereka berempat terpaku sebentar.

"Tapi Red King dah lama mati! Kumpulan dia pun dah dibubarkan. Jadi, macam mana..." Andy tak mampu meneruskan kata.

Keningnya bertaut rapat. Ini betul-betul mengejutkannya dan yang lain.

Red King. Nama itu sudah lama mati dalam kalangan kongsi gelap namun kerana kumpulan itu begitu terkenal, semua orang mengenali Red King.

Dengar cerita, Red King mati ditembak oleh seorang pihak polis. Pewaris tunggal kumpulan itu juga menghilang hingga kini.

Kedua-dua tangan LBP diletakkan di atas meja lalu matanya memandang satu persatu ahli kumpulannya.

"Sebab tu aku kata kumpulan ni akan ambil masa yang berbulan untuk dimusnahkan sepenuhnya. Orang-orang Red King ni bijak."

Black mengetap bibir. "Jadi, maksudnya... Red Joker dan pewaris Red King masih hidup!"

LBP angkat bahu. "Who knows tapi kita dah kena perketatkan lagi latihan,"

Tiba-tiba LBP pandang tajam Addy. Lelaki gemuk itu sudah resah sendiri.

"And of course, the RULES!" Tegas LBP. Perkataan rules sengaja ditekan, mahu mengingatkan Addy tentang peraturan mereka,

No more snack!

#####

MEREKA mula menjalani latihan berat. Berjoging setiap pagi satu padang besar sampai 10 kali dalam masa dua jam saja.

Tekan tubi dua kali sehari, tiga kali seminggu selama setengah jam tanpa henti. Mereka berempat juga dipaksa berpuasa dua kali seminggu untuk kuruskan badan dan pengamalan diet seimbang.

Pemakanan juga dikawal seketat-ketatnya. Maggi, snek mahupun makanan yang tinggi kolestrol tak dibenarkan.

Latihan tae kwon do, gusti, silat dan kyushu akan diadakan tiga kali seminggu.

Mereka hanya boleh bercuti dan bersenang-lenang selama 24 jam saja. LBP tak cepat puas hati. Dalam dua minggu, dia akan membawa mereka berempat keluar buat aktiviti lasak.

Bungee jumping untuk mengatasi gayat dan meningkatkan keyakinan diri. Hiking dan climbing untuk menguatkan stamina di samping melepaskan tekanan. Scuba diving, berkhemah di hutan malah cara-cara untuk bertahan hidup di hutan tanpa barangan asas selama beberapa hari.

Kemahiran memanah, menembak dan menunggang kuda juga tak ketinggalan bagi menguatkan lagi pertahanan diri.

Bukan itu saja, LBP juga turut menguji IQ mereka. Ini kerana ahli kumpulannya perlu kuat dan bijak. Bukan kuat semata tapi otak letak di lutut.

Sememangnya, LBP sedar, Red King bukan calang-calang orang. Sebelum ni, mereka turut melakukan latihan yang sama sejak mereka berempat setuju bekerjasama dengan LBP.

Chap ni agk pendek skit. Author mls nk tulis satu-satu scene diorg buat latihan. Byk bende nk kene tulis nnti. Hehe. Sori ye. Tpi korg rasalah kn LBP ni sape?






Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now