TERASA debaran di dada menunggu panggilanku berjawab. Mata tepat memandang skrin laptop yang masih menyala terang.
Ya Rabbi, tolonglah. Lembutkanlah hati dia untuk maafkan aku. Doa hatiku, sungguh-sungguh.
Hampir setengah minit menunggu, panggilanku berjawab. Sikit lagi aku mahu melompat kegembiraan dari kerusi.
Namun cepat-cepat aku kawal apabila terdengar suara 426 dari laptop yang sudah bertukar gelap.
"426, I'm sorry sebab tak call awak semalam! Laptop saya rosak! Awak tunggu ke panggilan saya semalam? Saya minta maaf." Ucapku, serba salah. Bibir terketap rapat.
Adakah 426 akan marahkan aku? Janganlah. Aku sayangkannya. Aku tak sanggup menanggung rasa marahnya padaku. Mesti aku rasa bersalah.
Sama macam bila aku tersakitkan hati papa. Aku akan rasa serba salah, tak tenang. Mama selalu cakap, hati tak tenang tu kerana kita dah buat dosa.
"Shafira. Aku dah buat keputusan," ayat 426 tergantung. Nada itu kedengaran serius. Aku pula menunggu kata seterusnya dengan sabar.
"Lepas apa kau dah cakap kat aku,"
Saat itu, jantungku berdetak hebat. Fikiranku sibuk memikirkan apa yang ingin diucapkan oleh 426.
Mungkin ke 426 dah buat keputusan...
Untuk tinggalkan aku?
Lepas apa aku dah buat kat dia?
Dia takkan benarkan aku hubungi dia ke? Dia mungkin benci pada aku sebab tak percayakan dia?
Nafasku kedengaran tak teratur. Sesak dadaku menunggu kata-kata yang bakal kudengari nanti.
"Shafira. Aku memang terasa dengan apa yang kau cakap dekat aku. Yalah, kaukan tak kenal aku langsung. Kiranya... Aku ni macam stranger untuk kau. Ta..."
Aku tak tahan. Air mata mula bertakung di tubir mata.
"426, saya minta maaf. Saya janji takkan cakap macam tu lagi. Saya minta maaf. Jangan, jangan cakap awak dah benci saya. Saya tak sengaja. Saya minta maaf." Aku mengongoi perlahan.
Sungguh, aku tak sanggup hilang yang tersayang lagi. Cukuplah keluargaku dan sahabatku pergi. Aku tak nak cinta aku pula yang menjauh.
Aku perlukan 426 dalam hidup aku.
Aku sanggup kalau aku terpaksa minta maaf banyak kali pun. Tapi jangan tinggalkan aku.
Parut luka ditinggalkan keluarga masih ada dalam hati ni dan tak mungkin aku lupa. Kali ni, aku tak mahu hilang sesiapa.
"Shafira, aku rasa..."
"Please, saya sanggup buat apa je. Jangan tinggalkan saya." Bayangan rumahku yang terbakar bermain di mata batin.
Bibir digigit manahan tangisanku dari pecah lebih kuat lagi.
"Shafira! Aku rasa kau salah fahamlah! Aku gurau je."
Tangisanku terhenti serta merta. Mata terkebil-kebil memandang skrin laptop yang hitam itu.
"Awak gurau je? Habis... Habis, ayat panjang-panjang awak cakap tadi tu... Gurau je?" Soalku, inginkan kepastian.
"Yes, little crybaby Shafira. I'm just joking. Sengaja nak buat kau risau. Tapi tak sangka pula sampai menangis-nangis." Jawabnya, selamba.
Wajahku terasa membahang. Kedua-dua telapak tangan dilekapkan ke pipi. Habis, aku nangis bagai nak rak tadi sebab apa?
"426, awak jahat!!" Marahku, geram.
Hish, dia ingat benda ni boleh buat main ke hah? Mati-mati aku ingat dia akan cakap dia akan tinggalkanku. Rupanya, gurau saja.
YOU ARE READING
Hacker 426 ✔️
Romance[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan sep...