PERCAYA atau tak, dah masuk seminggu aku tak dapat menghubungi 426. Pesanan terakhir yang aku dapat daripadanya ialah...
"Aku sibuk dua minggu ni so jangan hubungi aku. If something really urgent comes up, call me."
Ya, dan aku pun tak mahu kacau dia dua minggu ni. 426 dah jadi sahabat yang sangat memahami aku, jadi aku pun mestilah berusaha memahaminya pula.
Tapi...
Kepala diletakkan di meja. Pen di tangan diketuk-ketuk ke kepala. "Aku rindu dia. Ah, bilalah dua minggu nak berlalu ni! Lamanya!" rungutku lalu mulut memuncung panjang.
Sengaja nak merajuk seorang diri. Merajuk sendiri dan pujuk pun sendiri. Inilah kehidupan aku. Sunyi.
Tapi sebab ada Kak Nurin, 426 dan pekerja-pekerja aku, aku mampu berdiri sampai sekarang.
I love you all!
Aku tergelak kecil.
####
JIMMY menepuk-nepuk tangannya lalu ketawa terbahak-bahak di hadapan laptop. Anak-anak buahnya pula setia berdiri di dalam bilik, memerhati tindak-tanduk bos mereka yang seronok terlebih dos.
"I'm impressed, 426! Bagus, bagus. Aku suka dengan kerja kau. Dalam masa tak sampai dua minggu, maklumat pasal FryO lengkap di tangan aku." Puji Jimmy, gembira.
FryO, musuhnya yang paling ketat sekarang akan ditumpaskan oleh mereka. Jimmy sedia maklum, FryO sangat hebat dan terkenal tapi dengan mudah 426 mampu memecahkan sekuriti mereka tak sampai dua minggu yang seperti dijanjikan.
"I've done my work."
"No, 426. Belum lagi. Kau masih ada masa berbaki tujuh hari." Kepala Jimmy tergeleng perlahan dengan senyuman di bibir.
"Maklumat FryO lengkap di tangan kau sekarang." balas 426. Dia tak mahu ada kaitan lagi dengan Jimmy selepas ni. Semuanya akan diserahkan saja pada pihak polis.
Jimmy menyatukan kedua-dua tangannya sambil mata merenung tajam skrin laptop seperti wajah 426 ada di situ.
"Aku nak dalam masa tujuh hari ni, kau fikirkan pelawaan aku."
426 senyap.
"Aku mahu kau dalam kumpulan Dragon King. Kau jangan risau. Kita hanya akan berhubung macam ni saja dan kau pun akan dapat gaji yang lumayan. So?"
Terdengar keluhan daripada 426. Dia tahu dan dia selalu tahu perkara ni akan terjadi. Mereka mahukan dia hanya untuk kumpulan mereka saja.
Aku benci orang tamak, desis hati 426.
"Look, Jim Freddy, I work for myself. So aku nak tolak pelawaan kau awal-awal." Jelas 426, agak tegas."But I need you. Dan kau pun akan senang nanti. Oh, come on! Kau tak bosan ke dengan hidup kau ni? Jadi orang aku dan duit masuk tiap bulan walaupun kerja sikit." Pujuk Jimmy. Dia memerlukan 426 dalam setiap misinya yang susah.
"Sorry, Jim. You may need me but I dont need you. I'm okay with my world. Aku bukan hamba duit kau. Aku bukan orang yang tergila-gilakan dunia ni." balas 426, tenang.
"Kalau macam tu, kau minta apa saja asalkan kau jadi orang aku." Pujuk Jimmy lagi. 426 tak mahu dilepaskan sama sekali. Lebih-lebih lagi jatuh ke tangan musuhnya yang lain.
"Sorry, but no thanks. Aku tahu kau cuma boleh bagi duit kat aku. Kau tak mampu beri aku kepuasan." tolak 426 lagi.
Jimmy tergelak besar. "Hei, kepuasan apa lagi yang kau cari, 426? Nilah kepuasan yang sebenar. Duit berkepuk! Kau akan ada kuasa yang orang lain selalu idamkan. Dengan kuasa yang ada, kau akan dapat segalanya! Segalanya!!"
"Not everything Jim. Kalau betullah kuasa boleh dapatkan segalanya, why you need me? Kau ada kuasa yang besar, kau mampu dapatkan apa yang kau nakkan?" Sindir 426 dalam diam.
Jimmy terdiam. Darahnya mula menggelegak. Dia benci orang melawan kata-katanya.
"Tapi kuasa aku akan bertambah besar kalau ada kau!"
"Kau nak kuasa kau besar, so wish it. Kata kau tadikan kuasa boleh dapat segalanya." Perli 426 lagi. Dalam diam, dia mencebik. Kata hebat sangat. Tak kuasa 426 nak melayan Jimmy lama-lama.
Meja ditumbuk. Wajah Jimmy mula bertukar bengis. "Kau sindir aku? Kau memang cari pasal, 426! Kau memang akan mati nanti. Kau ingat aku tak dapat cari maklumat pasal kau ke hah? Eh, Malaysia ni kecil jelah!" tengking Jimmy apabila merasakan kemarahannya sudah tak dapat dibendung lagi.
"Kau tahu kenapa aku tak nak kerja dengan kau? Sebab kuasa yang kau ada ni cuma kuasa manusia je. Kalau setakat kuasa tu, aku pun ada. Aku cuma nakkan kuasa yang lebih besar, kuasa yang dapat berikan aku rasa tenang dan kepuasan bukan tamak macam kau, Jim." Jelasnya, bernada tenang.
426 tersenyum sinis. Nilah manusia, baru ada kuasa sikit dah kata boleh takluk segalanya. Manusia buta hati! 426 hanya perlukan kuasa yang kekal abadi. Pastinyalah kuasa Dia.
Ya, 426 hanya akan jadi hamba kepada Dia yang Maha Kuasa saja. Dia tak mahu menjadi hamba manusia yang tahu cakap, tapi perlukan orang lain.
"Kau akan mati, 426!! Aku tak main-main dengan kata-kata aku. Huh, sekarang ni pun, anak-anak buah aku akan detect tempat kau." ugut Jimmy lalu ketawa puas.
426 menopang dagunya. Alahai,manusia. Sampai bilalah kau nak tersesat ni? Bisik hatinya.
Terdengar suara anak buah Jimmy, "Bos, kami dah dapat detect tempat dia." beritahu lelaki itu gembira.
Jimmy gelak lagi. Dia terasa hebat kerana akan dapat menumpaskan 426.
"See, dengan kuasa, senang-senang je aku dapat tahu tempat kau. Vix, apa nama tempat tu?" soal Jimmy, tak sabar.
Manakala 426 hanya tenang menghirup kopinya. Lega tekaknya. 426 senyum sinis. Hmm... Carilah aku kalau kau mampu dengan kuasa ciput kau tu, desis hatinya.
"Err... Bo... Bos, tempat dia dekat tandas awam." Gugup.
"What?!" jerit Jimmy. Tak guna!
426 pula terus memutuskan talian kemudian ketawa geli hati.
"Tch, kuasa konon. Muaklah aku. Baik aku pergi solat subuh. Dah pukul 6 pagi ni." omel 426 lalu bangun dari kerusi.
Wuuu... Kool x? Nasib baik 426 ni pada pihak yg baik. Ha, dia ni kuat agama sikit eh. Kalau x, camne nk jadi imam utk Fira kn? Eheks! Vote n comment.
YOU ARE READING
Hacker 426 ✔️
Romance[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan sep...