Strategi Shafira

29.5K 3K 181
                                    

WALAUPUN aku dah dapat sedikit klu, taktik 'Mata Takkan Menipu' gagal! Kedua-dua mereka begitu bijak menyembunyikan segalanya. Aku langsung tak dapat membaca apa-apa. Jadi, untuk strategi seterusnya!

Kertas kosong ditarik dari laci meja kerjaku lalu pen hitam dan merah diambil dari bekas silinder yang terletak elok di hujung meja.

Misi Mencari 426

1) Taktik Mata Takkan Menipu (tamat)

Hasil misi => Farhan dan Haries mempunyai identiti yang dirahsiakan sendiri (klu yang diberikan oleh Farhan) Ada dua identiti yang dirahsiakan.

Persoalan => Kalau ada dua identiti iaitu 426 dan siapa? (cari identiti lagi satu)

Kesimpulannya => Misi gagal. (Tak boleh baca langsung apa dalam mata diaorang!)

2) Taktik Kata-kata Yang Sama (dalam proses)

Hasil misi => Haries : Kata-katanya macam 426, tapi... (something off)

Maklumat tambahan : Sikapnya ada yang macam 426.

Farhan : Err... agak susah nak baca. Tapi, ada ayat yang macam 426.

Contoh : "Kawan je."

"Lelaki dan perempuan tak boleh rapat sangat"

"Bukan senang nak cari 426."

Kesimpulannya => Persamaan 426 dengan Farhan ; perahsia, tenang, jarang ketawa dan senyum, matang, pandai main dengan kata-kata, pandai pujuk aku

=> Persamaan 426 dengan Haries ; perahsia, matang, pandai main kata-kata, pandai pujuk aku (bolehlah), agak tenang

3) Taktik Apa Yang Misteri? (belum mula)

Pen hitam diletakkan kembali di atas meja. Kertas yang sudah berconteng separuh itu dibaca. Aku melihat bahagian yang ditanda dengan pen merah iaitu bahagian persoalan. Siapa identiti lagi satu sebenarnya? Dan aku patut tumpukan untuk mencari tentang sikap 426 dalam kedua-dua orang ini.

#####

ESOK hari Sabtu dan ia bermakna aku cuti pada esoknya. Jadi, inilah peluang aku untuk mengorek rahsia dua orang lelaki yang degil tu. Kalau mereka berdua berlagak degil dengan aku, Shafira Addina juga akan bajet degil dengan diaorang.

Sebelum tu, aku perlu senaraikan perkara yang misteri tentang mereka berdua. Baiklah, aku akan mulakan dulu dengan Farhan. 426 beritahu Farhan ialah orang dalam polis yang berkaitan dengan bidang penyiasatan. Aku pasti maklumat yang diberi 426 tu betul.

Jadi kenapa Farhan tak mahu bekerja dengan Datuk Haidil tapi ada masa pula nak menjadi partner dengan Inspektor Aiman? Bidang penyiasatan tu dikatakan sebagai apa? Kenapa dia nak buka kafe sedangkan masa depannya lebih cerah dengan bekerja di syarikat Datuk Haidilkan? Kejap, perkara ni ada kaitan ke dengan identiti 426?

Ah, lantaklah! Oh ya, baru aku teringat... Farhan ada di tempat kejadian waktu kemalangan kereta tu berlaku tanpa diberitahu. Boleh jadi juga dia diberitahu oleh Inspektor Aiman kan? Kalau dia 426, Farhan akan datang ke sana tanpa diberitahu sesiapa kerana dia dah tahu sendiri melalui CCTV yang sentiasa dipasang di tepi jalan raya.

Farhan pun ada semasa kejadian kebakaran rumah Datuk Yusri dan Datin Bashirah kan? Tapi bukan ke Haries ada sekali masa tu? Tapi mana aku nak tahu semua jawapan ni? Keluhan berat dilepaskan. Bukan semua boleh buat hujung jari je. Itu cuma 426 je boleh buat.

Hah! Aku tahu... Inspektor Aiman!

Hmm... apa-apa pun, aku perlu senaraikan dulu apa yang misteri tentang Farhan. Pantas pen dicapai lalu kertas semalam ditarik dari dalam laci meja. Tanganku mula laju menari di atas kertas.

Apa Yang Misteri?

Farhan : 1) Kenapa Farhan tak kerja dengan Datuk Haidil tapi masih ada masa dengan penyiasatan? ( Sebab tu hobi dia?)

2) Kenapa dia buka kafe pula? ( Sebab memang dia nak buka kafe?)

3)Adakah Farhan ada di tempat kemalangan sebab dia diberitahu atau tahu sendiri? (Kalau dia tahu sendiri, kemungkinan besar Farhan ialah 426!)

4) Macam mana Farhan boleh ada waktu kebakaran tu?

Sumber jawapan : Inspektor Aiman

Pen diketuk-ketuk ke kepala. Sekarang, Haries pula. Apa yang misteri tentang Haries ya? Pertama, kenapa Haries datang sini untuk temu duga padahal aku dan Kak Nurin langsung tak buat temu duga walaupun waktu tu memang kami terdesak nak cari CEO?

Aku juga langsung tak tahu menahu tentang latar belakang keluarganya. Bila aku tanya kenapa dia nak jadi CEO di sini, pasti dia akan tukar topik terus.

Baiklah, sekarang mana aku nak cari semua jawapan kepada persoalan aku tu?

Otakku ligat berfikir. Mungkin aku boleh tanya ayah dia? Tapi macamlah ayah dia tahu Haries itu 426 atau tidak? Farhan? Takkan semudah tu saja dia nak bongkarkan segalanya? Dah tu... ceroboh masuk?

Ya Allah, Shafira! Macam mana kau boleh fikir macam tu?

Ia sememangnya....

Idea yang bagus!!

Kejap, kejap! Aku perlu senaraikan dulu semuanya.

Haries : 1) Kenapa Haries datang temu duga walaupun sebenarnya tiada temu duga?

2) Mana dia dapat maklumat yang AmiZa Holding perlukan CEO sangat-sangat? (Kalau dia 426, senanglah untuk dia tahukan?)

3) Apa tujuan dia datang temu duga? (Sebab memang dia gila kuasa dan nak jawatan tu?)

4) Apa latar belakang dia?

Sumber jawapan : Bilik Haries

Pen diletakkan ke atas meja. Badan diregang sebentar untuk melegakan otot-otot dan sendi yang lenguh.

Oh ya, sebelum aku terlupa... aku juga perlu tahu identiti kedua selain 426. Aku juga perlu dapatkan serba sedikit maklumat tentang identiti kedua tu kalau aku mahu tahu siapa 426!

Shafira, strategi Apa Yang Misteri? bermula esok!

Sori, lmbat update. Hari ni, author igt nk update 2 chap. so lgi stu chap tu mungkin dlm pukul 5 ptg ke... vote n comment. Kpd sesape yg sggup comment tu, trima kasih sgt. Author x smpat nk bls. In Syaa Allah, ptg ni, author blas k? Hehe... thanks!!

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now