The End Of Shafira?

31.8K 3.3K 749
                                    

SEDANG aku leka menyiapkan kertas-kertas kerja, interkom di sudut meja berbunyi sebelum terdengar suara lembut Kak Nurin menyapa gegendang telinga.

"Fira, Datuk Yusri dari Bina Jaya Sdn. Bhd. nak jumpa. Tapi dia kata dia tak ada buat appointment."

Pen di tangan dijatuhkan. Datuk Yusri nak jumpa aku? Kenapa ya?

Lima saat berdiam, aku bersuara,

"Tak apa, Kak Nurin. Ajak Datuk masuk. Oh, nanti Kak Nurin tolong sediakan milo panas sekali ya?"

"Baiklah."

Talian dimatikan.

Pintu bilikku diketuk tiga kali sebelum pintu kayu itu terbuka luas. Berdiri seorang lelaki dan perempuan tua bersama seorang kanak-kanak lelaki di hadapan mereka.

Pantas aku berdiri lalu menuju ke arah mereka untuk menyambut tetamu itu. Senyum lebar menghiasi bibirku.

"Datuk, Datin dan... Ian." Seruku lalu mempelawa mereka duduk.

"Shafira, lama tak dengar khabar kamu. Dah tiga bulan rasanya." Ujar Datin Bashirah lalu memelukku erat. Bagai seorang ibu melepaskan rindu pada anaknya.

Aku agak terkedu apabila diperlakukan mesra sebegitu.

"Maaflah, Datin. Saya susah nak lawat sebab masa tu Datuk dan Datin ada dekat London." Balasku, serba salah.

Mereka berdua telah menjalani rawatan di hospital terkenal di London ekoran daripada kesan kecederaan yang parah.

Ya, mereka ialah mangsa kemalangan kereta yang pernah aku selamatkan dulu. Dan tanpa kusangka-sangka, mereka adalah keluarga angkat aku semasa aku berusia 3 hinggalah 10 tahun.

Itupun aku tahu bila Kak Nurin memberitahuku bahawa arwah papa selalu berhubungan dengan mereka setahun lalu.

"Hish, apa pula Datuk Datin ni. Kami nikan keluarga angkat kamu. Kami yang jadi pengasuh kamu dari kamu kecil lagi." Kata Datuk Yusri bersama senyum gembira.

Manakala Datin Basyirah mengangguk lalu menghadiahkan senyuman yang penuh keibuan kepadaku.

Semerta, sesuatu menyentapkan aku pabila melihat mereka berdua. Aku teringatkan papa dan mama. Papa dan mama dulu pernah berada di depanku sambil tersenyum kasih kepadaku. Papa dan mama yang selalu menyayangi aku tanpa jemu.

Bibir digigit. Ya Alim, kalaulah waktu itu aku tak menolong mereka, mungkin mereka dah tak ada. Mungkin aku akan kehilangan lagi sebuah keluarga.

Tanpa sedar, air mataku menitis. Aku cuba menyembunyikan tangisanku namun tak berjaya. Semakin kuseka air mata ni, semakin lebat ia mengalir.
"Sa... Saya minta maaf. Tiba-tiba, saya teringatkan arwah papa dan mama." Pintaku dengan suara yang tersekat-sekat.

Terasa bahuku dipeluk oleh Datin Basyirah. "Fira, kami masih ada. Kami masih di sini. Kami ni mama dan papa kedua kamu. Dah, jangan nangis."

Mataku terkelip-kelip menahan air mata terharu. Ada hikmahnya kemalangan itu berlaku. Aku dapat bertemu kembali papa dan mama keduaku walaupun memori dengan mereka tidak berapa kuingat.

Aku terpandangkan Ian.

Ya Rabb, jangan jadikan Ian lalui apa yang aku rasa. Ianya terlalu pedih dan sakit untuk ditelan. Terima kasih sebab gerakkan hatiku menolong mereka. Getus hati kecilku lalu senyuman manis kulemparkan buat anak kecil yang hampir-hampir saja sama nasibnya denganku.

#####

RedK mengalihkan teropong itu dari matanya. Rambut panjangnya beralun mengikut arah angin di atas bumbung sebuah bagunan yang tidak jauh dari AmiZa Holding.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now