Kawan Baru

37.4K 3.6K 208
                                    

PINTU lif terbuka. Aku masuk ke dalam perut lif. Hanya aku seorang saja yang nak ke tingkat atas. Lantas butang tutup ditekan.

Dua saat kemudian, pintu lif mula ingin tertutup rapat tapi tiba-tiba aku terdengar suara seorang perempuan,

"Cik Shafira, kejap!!" Jeritnya.

Terus pintu lif ditahan membuatkan ianya terbuka. Seorang gadis masuk ke dalam dengan termengah-mengah.
Pintu lif kembali tertutup. Dahiku berkerut. Kenapa macam pernah lihat saja ya? Perasaan agaknya. Desis hatiku.

Gadis itu masih tertunduk-tunduk kerana penat berlari. Terdengar nafasnya yang tak teratur.

Sempat butang 20 ditekan.

Penat sangat ni! Aku tersenyum geli hati. Pantas sebotol air mineral bersaiz kecil dikeluarkan dari beg tanganku.

Ya, aku ada simpan botol air mineral dalam beg tangan.

"Nah, minumlah." Pelawaku lalu memberikannya botol itu.

Botol itu disambut lalu diteguk rakus. Aku tergelak. Dahaga benar!

"Terima kasih, Cik Shafira." Ucapnya sambil tersenyum malu.

"Sama-sama." Balasku.

"Cik Shafira ingat saya?" Soalnya.

Dahiku berkerut. "Kita pernah jumpa ke sebelum ni? Maaflah kalau tak ingat." Jawabku, serba salah.

Gadis yang berambut keperangan paras dada itu tergeleng perlahan. "Tak apa. Saya tahu Cik Shafira sibuk. Nama saya... Lyana Mastura."

Aku terkelu apabila mendengarkan nama itu. Mataku merenungnya yang tersenyum pada aku.

"Lyana? Awak mangsa yang kena serang dengan Shazwan tu kan?" Soalku, terkejut.

Ya Allah, macam mana aku boleh lupa? Lyana ialah gadis yang dijadikan tebusan sebelum aku sampai ke syarikat.

Teragak-agak Lyana mengangguk. Aku segera memegang bahunya lalu membelek setiap inci tubuhnya. Mana tahu ada parut luka.

"Awak okeykan? Tak ada cedera teruk? Maaflah, saya tak dapat nak melawat awak kat hospital hari tu."

Aku jadi gelabah semacam. Risau kalau-kalau Lyana tercedera. Yalah, kejadian itukan berpunca daripada aku.

"Tak ada. Ala, tak apalah, Cik Shafira. Cik dah tolong bayarkan bil hospital pun dah kira cukup." Balasnya lalu tersengih.

"Maaf ya. Lyana jadi macam ni sebab saya. Betul ni? Tak ada cedera?"

"Betul. Saya tak kisah. Sikit je tu." Lyana cuba menenangkan aku yang cemas dua macam.

Lif tiba di tingkat 20. Lyana ingin keluar namun sebelum itu sempat dia tersengih-sengih pandang aku.

"Panggil saya Lya je. Jujur, saya teruja sangat dapat jumpa dengan Cik Shafira. Saya pergi dulu ya?" Pintanya.

Aku terangguk-angguk. Apabila kaki Lyana dah keluar, aku memanggilnya.
"Lya! Tak payahlah bercik dengan saya. Panggil Fira saja. Nanti lunch kita makan sama ya?"

Dia bagaikan terkaku di depan lif. Kemudian dia tersenyum lebar. "Serius ke ni? Saya on je. Okeylah. Jumpa Cik Shafira dekat lobi ya?"

Terus Lyana berlalu pergi sambil terlompat-lompat kegirangan. Aku tergelak. Aku tak sangka aku ada peminat. Hehehe.

Pintu lif terkatup rapat. Aku tergeleng-geleng perlahan mengenangkan perangai keanak-anakan Lyana itu. Comel saja gayanya!

Boleh dijadikan adik angkat!

Hmm... Tapi Lyana tukan sama umur dengan aku? Jadi... Kawan? Aku pantas tersenyum lebar.

Adakah ini petanda aku akan ada kawan baru? Mungkin.

#####

AKU memilih tempat di Han's Cafe. Tempat kegemaran aku. Kami memilih tempat di meja panjang(?)yang berdepan dengan pembuat kopi tu.

"Assalamualaikum Farhan!" Sapaku, ceria. Farhan yang sibuk membuat kopinya mendongak memandang aku.

"Waalaikumussalam. Siapa ni?" Soalnya lalu merenung tajam gadis di sebelahku, Lyana.

Lyana pula sudah tertunduk segan. Aku tahu Farhan ni hensem orangnya. Yalah, tak silap aku, Datin Zainab ialah kacukan Arab-Cina manakala Datuk Haidil pula kacukan Melayu-Belanda. Bila bergabung, meletuplah jadinya.

"Fira? I'm talking to you. Sempat kau berangan." Tegurnya membuatkan lamunanku mati. Aku tersengih.

"Ni Lyana Mastura. Lya, kenalkan. Dia ni pemilik kafe, Farhan Qaidhar. Anak Datuk Haidil. Rasanya Lya kenal diakan?"

Pantas Lyana mengangguk. Apa taknya, Datuk Haidil tu terkenal namanya di syarikat aku.

Dia terpaku memandang Farhan. "Saya tak sangka anak Datuk Haidil pemilik kafe ni."

"I malas nak ambil alih syarikat tu so I buatlah kafe sendiri. Lagipun abang dan kakak I boleh uruskan." Jelas Farhan lalu tersenyum nipis.

Farhan berlalu untuk menyambung kerjanya manakala aku dan Lyana duduk berborak.

"Fira, saya teruja sangat dapat keluar dengan awak. Dari dulu lagi saya memang minat awak. Awak kuat, bijak, hebat, cantik. Kaya pula tu! Dah sesuai jadi isteri orang!"

Aku tergelak kecil mendengarkan pujian-pujian itu. Siap boleh jadi istei orang lagi. Hebat!

"Tak adalah. Saya ni bukannya hebat sangat. Allah tutup aib saya sebab tu awak nampak saya baik je. Hakikatnya, saya taklah sekuat, sebijak, sehebat dan secantik yang disangka. Manusia tetap manusia, Lya." Pesanku. Di hujung ayat, suara diperlahankan. Wajahku berubah muram.

Aku perasan senyuman Lya mati. Mungkin rasa bersalah kerana buat aku sedih. Tapi aku yang lemah, baru cakap sikit dah sentap.

Tanganku digenggam erat oleh Lya. "Fira, sabarlah. Saya tak pernah rasa semua ni tapi saya tahu Fira boleh. Datuk Aminuddin tabah orangnya jadi saya pasti Fira pun kuat. Cuma nak biasakan diri ambil masa." Pujuknya membuatkan aku tersenyum.

Betul tu. Mungkin aku perlu ambil masa yang lama untuk terima semua ni. Walaupun hakikatnya dah lebih setengah tahun peristiwa hitam itu berlalu pergi.

"Eh, dahlah. Cerita benda sedih saja. Fira, saya nak tanya sikit ni. Abang Farhan tu dah berpunya belum? Hensemlah dia. Kalau belum, saya nak tangkap awal-awal."

Lyana mula senyum miang. Pantas aku menampar pehanya perlahan. Gatal punya budak! Aku tergelak.

"Amboi, Lya! First time jumpa dah nak gedik ya? Saya tak tahulah dia dah ada orang ke belum. Tapi muka lawa macam tu, tak mungkinlah tak adakan?" Kening diangkat lalu tersengih. Sempat Farhan yang sibuk bekerja itu dipandang.

Lyana hanya terkekek-kekek ketawa membuatkan aku turut tergelak sama.

Tiba-tiba seorang gadis yang pada perkiraan aku berumur 19 tahun duduk di sebelahku sambil berdehem perlahan.

"Rara tahu Farhan hensem, but Rara dah cup dia dulu. So, Farhan is mine." Ujar gadis yang membahasakan dirinya Rara itu.

Rara berbalas pandangan maut dengan Lyana membuatkan aku mangsa di tengahnya.

Okey, adakah ini dikatakan love rival? Wajahku dah pucat. Aku harap mereka takkan bergaduh.

Lyana memasamkan wajahnya manakala Rara itu pula sudah menyilangkan tangan.

Dua pasang mata itu menjegil sesama sendiri.

Oh ok. Fira dpt kwn baru. Agk klasik nama Lyana MASTURA tu kan? Tpi nmpknye kwn baru Fira dpt love rival. Hahaha. Nasiblah kau, Farhan. Apsal hensem sgt?

Vote n comment.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now