21|Kecoh!

38.5K 4K 80
                                    

SUARA yang lantang itu menjerit. Aku terjengket-jengket sendiri memerhati manusia itu. Tapi tak kelihatan sebab ramai orang.

Aku tak begitu dengar apa yang diperkatakan manusia itu kerana suasana riuh rendah.

"Itu... Itu bos kauorangkan? Bawa dia ke sini! Aku nak berunding dengan Shafira. Aku takkan lepaskan orang ni kalau betina tu tak jumpa dengan aku!"

Semua terdiam dan memandang ke arahku. Aku dah cemas. Ya Allah, apa yang berlaku ni?

"Sana! Bagi perempuan tu lalu! Aku ada urusan penting dengan dia!"

Laluan mula dibentuk. Kini aku dapat lihat dengan jelas seorang gadis sedang menangis di cengkaman lelaki itu. Pisau tajam melekat pada leher gadis itu.

Aku terkejut besar. Mulut ditekup. Dada terasa sesak melihatkan pekerja aku ditangkap dan melihat manusia yang membuat kekecohan itu.

"Astaghfirullah, Shazwan! Apa kau cuba buat ni? Lepaskan perempuan tu!!" arahku, garang.

Hatiku menggeletar takut melihat pisau itu. Ya Allah, lindungi perempuan tu. Dia tak bersalah!

Tapi aku tak ada masa nak layan rasa takut ni. Aku kena berani. Aku menapak ke arah Shazwan bagi memujuknya.

Mata Shazwan membulat luas dengan tawa meletus di bibirnya. Entah apa yang kelakar sangat.

"Lepaskan? Hei, kau ingat aku bodoh? Kalau aku nak lepaskan dah lamalah aku lepaskan perempuan ni!"

"Apa kau nak, Shazwan? Jangan cederakan pekerja aku. Dia tak bersalah!" pujukku. Wajahku pucat tak berdarah.

"Kau tahu apa aku nak? Aku nak kau mati! Kau betina sial! Kalau kau tak repot polis dan serah diri pada aku, aku janji akan lepaskan dia." balas Shazwan lalu ketawa lagi.

Dia memang dah gila! Hatiku mendongkol geram.

Bibir digigit. Apa yang aku patut buat? Allah, tolong aku! 426, saya tahu awak tengah tengok keadaan sekarang nikan? Tolonglah sesuatu!

Hampir aku menangis melihat gadis itu meraung-raung nama aku supaya membantunya. Malah pekerja-pekerja aku juga merayu pada aku.

Jemariku tergenggam kuat. Mata dipejam. Aku harus memikirkan sesuatu.

"Apa kau tunggu lagi? Kau nak perempuan ni mati?" ugut Shazwan.

"Cik Shafira, tolong."

Akhirnya, aku membuat keputusan untuk menyerah diri. Ini saja yang aku mampu lakukan demi mengelakkan pertumpahan darah.

Mungkin ini takdir hidup aku dan juga keluarga. Dibunuh kerana dendam.

Aku berjalan perlahan-lahan mendekati Shazwan. Walaupun badan menggigil kuat tapi demi nyawa pekerja aku, aku rela berkorban diri.

Shazwan tergelak-gelak. Tak aku sangka selama ni, dia dah merancang nak bunuh aku. Agaknya, pertemuan kami sebelum ni pun dah dirancang rapi.

Apabila jarak kami hanya semeter saja, Shazwan menolak kasar gadis di cengkamannya dan menarik aku. Lengannya menekan kuat leher aku. Dahiku berkerut sakit.

Tapi aku lega bila melihat gadis itu selamat. Dapat aku rasakan benda tajam di leherku.

Dahiku mula basah dengan peluh. Perlahan-lahan Shazwan menarik aku ke lif. Tiada siapa berani melawan kerana takut apa-apa tak diingini akan berlaku.

Terdengar suara-suara pekerjaku memanggil-manggil aku. Aku cuba tersenyum bagi menenangkan mereka, memberitahu bahawa aku akan baik-baik saja.

Sebaik saja pintu lif tertutup, air mataku menitis. Shazwan menengking-nengking aku supaya tak menangis lagi.

Dia menekan butang G.

Aku memandang CCTV. 426, tolong saya! Jerit batinku.

Tiba-tiba lif terhenti. Shazwan mula mencarut lalu memandang CCTV yang berada di situ.

"Baik kauorang gerakkan lif ni kalau tak, kat sini juga aku bunuh dia! Kau ingat aku main-main?!" jerkah Shazwan membuatku bahuku terhenjut.

Setelah dua minit terhenti, lif itu bergerak semula. Pintu lif terbuka di tingkat G. Shazwan tersenyum puas lalu mengheretku keluar.

Namun tak disangka-sangka anggota polis sudah bersedia di tepi pintu lif dengan pistol di tangan.

Shazwan diberkas di situ juga. Aku ditarik oleh polis wanita supaya menjauh.Shazwan meronta-ronta agar dilepaskan. Wajahnya jelas terkejut melihat ada polis di situ.

"Shafira, kau akan mati! Mati!!"

Aku memejam mata. Telinga ditekupkan dengan tangan. Air mataku mengalir lebat. Aku terduduk. Ya Allah, apa salah aku sampai dia nak aku mati?!

Akhirnye, kene tgkap pun kau, Shazwan. Tulah, nk jdi gile sgt. Adakh ini brmakna penjahat dh kene tgkap? Yes, but that's not mean there's no more the devil in the story. Sbb devil btol kt sini ialah.... RedK! Hihihi...Vote n comment!


Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now