Kemalangan Misteri

36.7K 3.8K 316
                                    

TELEFON bimbitnya berdering minta diangkat. Farhan yang sedang menikmati sarapannya di meja makan, mengambil telefon itu dan melihat nama pemanggil.

Aiman Poyo

Pantas butang hijau ditekan. Gajet itu dilekapkan ke telinga. Sempat jam dinding rumahnya dijeling sekilas.

Pukul 6.30 pagi.

"Assalamualaikum, bro." Sapa Aiman di hujung talian, kedengaran agak ceria. Salam dijawab.

"Siapa bro kau? Kau sebaya dengan akukan?" Soal Farhan, sengaja nak jadi sengal hari ini.

"Eh, kau lupa ke? Kaukan cepat sehari dari aku. So, kau lebih tua." Balas Aiman, mengikut rentak sahabatnya yang sudah dia kenal tujuh tahun lamanya.

"Hmm... Yalah. Kenapa call aku pagi-pagi buta ni?" Tanya Farhan lalu roti bakar yang disapu majerin digigit.

"Aku rindu kaulah, Han. Dah angau dengan kau ni. Makan tak berselera, mandi tak basah, tidur tak lena." Gurau Aiman lalu ketawa kecil.

Tersedak Farhan mendengar Aiman bermadah pada pagi-pagi yang indah ini. Cepat-cepat kopi dihirup.

"Kalau niat kau untuk merosakkan pagi aku, kau berjaya. So, bye."

Farhan berura-ura nak putuskan talian. Geli tekak dia tadi mendengar ayat bunga-bunga kembang tak jadi Aiman itu. Nak muntah hijau pun ada.
Pantas Aiman menahan. "Eh, jangan tutup. Aku call sebab nak jumpa kau tengah hari ni. I just want to inform you." Tuturnya agak kelam kabut.

Tak boleh buat main betullah budak ni, desis hati Aiman.

"Okey. Finish? Aku nak sarapan ni."

"Woi, sabarlah. Kau ni tak menyabar betul. Aku bukan nak jumpa kau saja-saja. Aku ada benda penting nak minta tolong kau nanti." Ucap Aiman lalu mendengus.

"Ya, aku tahulah. Kau nak bergayut dengan aku lama-lama dekat henfon ni kenapa? Aku tak sanggup nak balas rindu kau. Geli." Balas Farhan selamba.

Nak makan pun tak senanglah.

"Okey, okey. Jumpa pukul 1.30 tengah hari ni dekat kafe kaulah. Bye, assalamualaikum." Putus Aiman, mula serius.

Farhan ni kadang-kadang susah nak ajak bergurau. Macam manalah nak kahwin nanti? Hidup sebumbung dengan Farhan memang boleh mendatangkan stres!

"Hmm... Waalaikumussalam."

Panggilan diputuskan. Farhan kembali menyuap makanan ke dalam mulut. Dalam kepala, sibuk memikirkan tentang perihal yang ingin dibincangkan oleh Aiman.

Mungkin ke pasal kes kemalangan beberapa hari lalu? Kepala ditopangkan dengan tangan kanannya.

Apabila melihatkan jam sudah menunjukkan pukul 6.50 pagi, bergegas Farhan mendaki anak tangga untuk bersiap-siap ke tempat kerjanya.

#####

MEREKA berdua mengambil tempat yang agak tersorok daripada orang ramai. Lebih senang untuk berbincang.

Fail yang setebal setengah inci ditolak ke arah Farhan. Lelaki itu tak banyak soal, terus fail itu diselak satu persatu.
Aiman pula mencantumkan jemarinya, menunggu Farhan menghabiskan penelitiannya terhadap fail di hadapan.

Apabila Farhan selesai, Aiman menjongketkan keningnya. "So? What do you think?" Soal Aiman.

Bibir merah Farhan mengukir senyum bangga. "Man, aku tak sangka kau dah besar. Dah mampu buat kerja tanpa aku." Komen Farhan.

Bulat mata hitam milik Aiman. Dia nak serius, Farhan nak buat lawak pula. Memang dia akui, sebelum ini, mereka bagaikan partner dalam bekerja. Farhan banyak membantu dalam mencari maklumat dan Aiman pula akan menyiasat semuanya bersama-sama Farhan. Kerana itu, mereka begitu rapat.

"Wei, aku tahu aku bijak. Tapi nak puji tu kejap lagi. Sekarang nikan kita nak bincang pasal kerja. Hailah, kau ni." Rungut Aiman dengan wajah masam. Sempat dia masuk bakul angkat sendiri.

"Yalah... Yalah. Okay, from what I can see from these, satu je aku boleh cakap. Kemalangan yang berlaku ni adalah warning daripada dalang di sebalik semua ni." Ujar Farhan mula menayang wajah serius.

Riak Aiman berubah ceria. "Kan?! Aku dah agak. Sebab kemalangan ni dengan kes ni macam ada persamaan. Aku ingatkan perasaan aku je." Balas Aiman, sungguh-sungguh.

Fail yang terbuka itu dipandang. Sehelai kertas yang tertulis butiran tentang kes kebakaran sebuah rumah lebih setengah tahun lalu.

"But how?" Soal Farhan lalu memandang Aiman.

"Taklah. Pasal kes kebakaran yang diuruskan oleh Inspektor Jamil tukan dah tutup secara rasmi empat bulan lalu. Tapi masa tu aku perasan ada persamaan pasal kemalangan ni dengan kes kebakaran tu."

"Apa?" Soal Farhan, sengaja menguji IQ sahabatnya. Aiman dah semakin baik prestasi kerjanya. Langsung Farhan tak sangka.

Jari satu dikeluarkan. "Kedua-dua kes ni dibuat secara sengaja."

"Not strong enough to say."

"Sabarlah, sengal. Biar aku habis terangkan." Marah Aiman. Farhan angkat bahu bila dah disengalkan oleh Aiman.

"Lepas tu, kes ni sama taktiknya. Minyak tanah. Aku ada minta pihak forensik buat ujian makmal pasal minyak yang ada dekat-dekat kereta mangsa." Jelas Aiman.

Helaian fail itu diselak sehingga tiba pada butiran tentang keputusan ujian makmal. Benar, ada dua jenis minyak di situ. Satu, minyak petrol yang keluar sendiri dari kereta manakala minyak tanah yang tak tahu mana datangnya. Dari sini, misterinya dah bermula.

"Lagi?"

Aiman mengeluh. "Cik Shafira Addina. Dia mesti ada kaitan dengan semua ni. Apa yang aku pasti pasal pembunuh ni, dia sangat licik merancang strategi. Dari kejadian kemalangan tu sampailah letupan yang berlaku pada kereta tu."

Farhan merenung tangannya, seperti memikirkan sesuatu.

"Contohnya?" Tanya Farhan agak perlahan suaranya.

"Aku dapat call dari keluarga Datuk Yusri yang ada dekat Pahang. Mereka kata, mereka tak pernah hubungi Datuk Yusri pun malam tu. Jadi aku rasa mesti dia sengaja buat Datuk Yusri keluar dari rumah dengan keluarganya. How? About that, I dont know yet."

Farhan diam. Langsung tak menyampuk kata-kata Aiman. Dia leka mendengarnya dan memproses semuanya di kepala.

"And why Datuk Yusri? Its just my theory. Mungkin sebab Datuk Yusri tinggal di kawasan perumahan tu dan... Dia ada keluarga. Seorang ibu, ayah, kakak dan dua orang adik. Its just like how Shafira family."

"Warning." Kata Farhan, sepatah.

Aiman petik jari. "Ya, warning. Tapi kenapa pembunuh tu bagi warning yang susah untuk Shafira tahu?"

"Sebab dia tahu Shafira bukan perempuan bodoh. Dia tahu, Shafira akan perasan benda pelik yang berlaku masa kes kemalangan tu." Beritahu Farhan. Meja direnung dalam.

"What's more?"

"So far, what I could say is... The killer really know Shafira well. Mungkin dia orang yang rapat dengan Shafira." Ayat digantungkan sebentar.

"Buktinya, macam mana dia boleh predict yang Shafira akan tolong sendiri keluarga mangsa tu? Tak ada orang yang boleh buat semua ni melainkan dia kenal sendiri Shafira. Dia tahu Shafira akan tolong keluarga mangsa." Sambung Aiman.

"Dia nak ingatkan Shafira pasal kes kebakaran rumahnya dulu." Celah Farhan.

"The killer wants Shafira know that she'll never safe." Kata Farhan, perlahan. Bibir digigit.

Aiman mengeluh perlahan. "Tapi kenapa pembunuh gunakan Datuk Yusri, aku masih belum boleh dapat cari alasan yang kukuh. Takkanlah pembunuh tu main tangkap muat je? There've must be a clear reason about this!" Luah Aiman, agak yakin.

Farhan hanya diam. Dia tak berani mahu berkata apa-apa lagi tanpa sebarang bukti kukuh.

Mcm citer penyiasat dh. Pening jugak kepala otak author ni nk fikir. Author ni bukannye bijak mane pun. Main hentam semberono je kt atas tu. Hehehe. Vote n comment.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now