KEPALA terasa berat. Mata cuba dikelipkan, tapi terasa sukar. Setelah dua saat menenangkan diri, mata cuba dibuka kembali.
Suasana tempat begitu sunyi. Aku menoleh memandang sisi katil. Langsir berwarna hijau, meja kecil yang terletak jag air dan dua buah gelas. Dinding putih.
Diriku dilihat. Badanku diselimutkan dengan selimut berwarna hijau. Macam pernah nampak.
Kepala yang pening dipegang. Aku kat hospital ke? Tapi kenapa? Oh ya, tadi kat syarikat aku kena serang.
Jadi siapa yang bawa aku ke sini? Kejap, 426! Mataku membulat. Aku ingin bangun tapi kerana kepala yang terasa berpusing-pusing, aku batalkan saja niatku itu.
Dada diusap. Rasa nak muntah pun ada. Setelah hilang rasa nak muntah, aku mula berfikir.
Tadi aku sempat hubungi 426. Jadi mungkin ke 426 yang panggil ambulans suruh bawa aku ke hospital? Tak mustahil.
Mata dipejam. Masih terasa sakit kepala ni sebenarnya tapi otak aku ligat berfikir tentang manusia yang pengsankan aku ni.
Nasib baik cuma gas tidur saja.
Dari fikir macam-macam ada baiknya aku tidur saja. Mata dilelapkan kembali tapi tidur terasa sukar untuk dijemput kali ni.
Aku teringatkan 426. Lantas bibir mengukir senyum. Akhirnya, setelah dua bulan tak mendengar suara itu, hari ni aku dapat menghubunginya. Kalau macam ni, aku berterima kasih pada manusia tu kali ni kerana jika bukan kerana dia, 426 mesti takkan layan aku lagi.
Mesti Kak Nurin risau sekarang ni. Tak apalah. Rehatkan badan dulu. Sekurang-kurangnya, bila Kak Nurin tiba, aku ada tenaga nak bercakap dengan dia.
Kejap! Sekarang pukul berapa ya? Jam dinding dicari-cari sebelum jam berbetuk kotak itu dijumpai tergantung di sudut bilik.
Mata dikecilkan. Dah pukul 1.30 pagi. Mungkin dah dua jam aku pengsan tadi.
Alhamdulillah, aku selamat.
#####
426 tersengguk-sengguk di depan laptop. Hinggalah tiba-tiba kepalanya jatuh terhantuk ke meja.
Terus segar matanya apabila merasa sakit di kepala. Matanya melihat rakaman CCTV hospital yang digodam dua jam lepas.
Kelihatan Shafira dah terjaga. Terus 426 duduk tegak. Lega hatinya melihat gadis itu sudah sedar. Selama dua jam tadi, dia menunggu Shafira bangun. Kerana terlalu mengantuk, dia tertidur tadi.
Bibir merah mengukir senyuman lega. "Bangun pun kau, Shafira. Aku tunggu lama." bisik 426. Matanya kelihatan bengkak sebab didera secara mental hari ni. Tidur pun tak cukup.
Setelah memastikan Shafira kembali merehatkan diri, 426 menuju ke katil. Laptop dibiarkan terbuka. Alarm juga disetkan setiap sejam. Dia tak mahu pisang berbuah dua kali.
Sesaat selepas merebahkan badan di katil, kedua-dua matanya tertutup rapat. Barulah dia dapat tidur dengan aman sekarang ni.
Alahai, 426 ni suke buat author cair sendiri. Sanggup tunggu 2 jam nk tgk Fira bangun. Tk pelah. Tidolah kau. Sian kau penat. Hahaha!
Vote n comment!
YOU ARE READING
Hacker 426 ✔️
Romance[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan sep...