1《KAHWIN》🐒💛

175 8 0
                                    

"Ish! Apa lagi?!" Marah aku dengan wajah aku yang sudah kemerahan menahan marah. Tangan aku yang digenggam oleh orang itu, segera ditepis kasar oleh aku.

"Maaflah, tak sangka pula yang awak tu marah bila saya tanya soalan macam tu." Kata lelaki yang berambut cokelat itu. Sah-sah lah dia tu Kim Taehyung. Hahaha.

"Lain kali jangan tanya soalan tanpa berfikir! Buat orang sakit hati je!" Marah aku lalu berlalu pergi dari situ.

BTS, Hanna dan Jung Min yang memandang aku dari meja sebelah dimarahi oleh aku. Meja aku pukul.

Ppakk!!

"Apa pandang-pandang?! Nak aku marah jugak ke?!" Soal aku dengan nada suara sengaja ditinggikan. BTS sudah ketakutan dan hanya mendiamkan diri. Aku terus keluar dari kelas itu.

"Uish! Nasib baik dia tak marah kita dengan teruk. Garang betul!" Kata Hoseok sambil mengusap dadanya. Taehyung menghampiri mereka semua.

"Kau tanya apa kat dia sampai dia marah macam tu?" Soal Jin.

"Aku cuma tanya yang dia dah sedia ke nak kahwin. Itu je." Kata Taehyung. Kepalanya ditolak oleh Jimin.

Padan muka!

"Patutlah dia marah! Dia tak suka bila orang tanya macam tu. Yang kau tanya dia soalan macam tu kenapa?" Soal Jimin.

"Korang pun tahu kan? Aku suka dia dari sekolah rendah lagi. Jadi, kalau dia dah sedia, aku ajaklah dia kahwin." Kata Taehyung.

" - , -

"Otak mu! Kita masih sekolah lagilah Tae. Buat apa nak kahwin awal-awal? Kitorang SPM pun tak lepas lagi." Kata sahabat sehidup dan semati aku iaitu Hanna.

"Hmm.. tapi aku nak sangat kahwin dengan dia." Kata Taehyung. Sudahlah tu Tae.

"Eloklah tu nak kahwin awal. Nanti apa orang fikir? Tak elok untuk kita kahwin di waktu remaja ni. Dengarlah cakap aku wahai Taetae ku sayang~" Kata Jin sambil membuat irama di belakang ayat. Taehyung hanya mengeluh sambil merenung cincin yang dipegang olehnya.

WhAt? CINCIN?

"Adeyh, siap ada cincin lagi. Taehyung, Taehyung." Kata Yoongi sambil menggelengkan kepala. Mereka semua ketawa.

♡♡♡

Sewaktu di kelas, Taehyung duduk sambil merenung cincin yang tersarung pada jari kelingkingnya itu.

"Hmm.. Diya. Saya cintakan awak." Bisik Taehyung di hati dengan sayunya.

Aku yang sudah masuk ke kelas terus mengambil tempat di sebelah Taehyung. Aku dan dia hanya duduk bersebelahan saja.

Wajah Taehyung langsung aku tidak pandang. Aku duduk dan terus mengambil buku untuk dibaca sementara menunggu kedatangan cikgu.

Taehyung memandang aku sambil menongkat dagunya. Aku yang perasan akan perbuatan Taehyung itu terus menjelingnya.

"Herm.. tengok apa je?" Soal aku dengan malas. Taehyung memuncungkan bibirnya menandakan dia sedang menunjuk ke arah diri aku.

"Tengok cinta hati sayalah." Kata Taehyung. Aku mengeluh. Aku terlihatkan di jari kelingking Taehyung sudah tersarung dengan cincin berlian yang khas untuk seorang gadis.

"Eloklah tu pakai cincin yang ada berlian." Kata aku sambil-sambil itu mengejeknya.

"Ini cincin awaklah. Tadi saya nak bagi tapi awak marah saya." Kata Taehyung dengan manja.

Aku menutup buku dengan kasar lalu duduk menghadap Taehyung. BTS yang duduk tidak jauh dari meja kami berdua hanya menjadi pemerhati begitu juga sahabat-sahabat aku.

"Kau nak apa sebenarnya ni? Tetiba je ajak aku kahwin awal. Aku suka kau ke?" Soal aku dengan nada suara sedikit ditinggikan.

"Awak tak suka saya. Tapi saya suka awak. Sebab tu saya nak ajak awak kahwin. Saya nak jadi suami kepada awak. Saya nak jaga awak dengan penuh kasih sayang." Kata Taehyung lalu memberikan senyuman manis.

"Aku rasa kau ni demam kot?" Soal aku sambil menyentuh dahi Taehyung.

"Elok pulak kepala kau ni." Kata aku. Aku baru saja ingin menarik semula tangan aku tetapi Taehyung terlebih dahulu mengambil tangan aku lalu diletakkan di dadanya.

"Tae, apa ni? Lepaskanlah, aku malaslah nak marah-marah kau." Kata aku. Taehyung menggelengkan kepala.

"Kalau macam tu janganlah marah saya. Dengar je apa yang saya nak cakap ni." Kata Taehyung. Aku menjeling ke arah BTS. BTS mengukirkan senyuman kepada aku. Aku menjulingkan mata ke atas.

Bersambung..

Agaknya apa yang Taehyung nak cakap eh kat Diya? Hahaha😂❤
Gaduh pun sweet~♡

Jangan lupa vote and comment tau😘❤

Suamiku Sayang (K.T.H)Where stories live. Discover now