4《MIMPI BERSAMA DIA》🐒💛

68 5 0
                                    

Aku dan Taehyung berjalan beriringan tangan untuk masuk ke dalam sekolah. Semua mata memandang ke arah kami berdua. Aku dan Taehyung endahkan saja pandangan mereka dan teruskan berjalan.

"Awak nak ajak saya ke mana?" Soal aku kepada lelaki yang berdiri di hadapanku sekarang.

"Adalah. Mesti awak suka." Kata lelaki yang berdiri di hadapan aku itu. Dia adalah Kim Taehyung.

"Yalah." Jawab aku lalu menghadiahkannya sebuah senyuman yang manis.

Taehyung membawa aku ke suatu tempat. Tempat itu sangat indah. Aku mulai tersenyum lebar dan menekup mulut.

Adakah ini hanya bermimpi? Seumur hidup aku tak pernah aku dibawa ke tempat seindah seperti di hadapan mataku sekarang.

"Awak serius ke ni? Cantiknya!" Kata aku dengan teruja. Dia mengangguk lalu melutut di hadapan aku.

"Kwon Diya, jadi wife saya please?" Soal Taehyung. Aku mengangguk dengan laju. Taehyung bangun lalu memeluk tubuhku dengan erat. Tak disangkakan air jernih mulai jatuh membasahi pipiku.

"Thanks Diya." Katanya. Aku membalas dengan senyuman. Dia melepaskan pelukan itu lalu bibirku dikucup olehnya.

♡♡♡

Secara mengejut aku terus menjerit. Aku bergegas bangun dari pembaringan dan berdiri di hadapan cermin bilik aku.

"Aku mimpi ke? Takkan aku dengan dia bercium betul-betul? Ah! Mimpi je tu! Ish!" Kata aku sendirian.

Susah kalau perangai macam aku ni. Suka sangat bermimpi. -,-

♡♡♡

Aku dan Hanna sekarang sudah pun tiba di rumah keluarga aku. Kami datang pun kerana disuruh oleh omma dan appa aku. Rindu katanya.

Sedang aku dan omma masak di dapur, aku terdengarkan nama aku dipanggil dari luar. Aku membiarkan saja. Malas. ~_~

Kedengaran pintu rumah dibuka oleh seseorang. Mungkin Hanna yang membuka. Kedengaran suara lelaki sedang berbicara dengan Hanna. Siapa agaknya?

"Diya. Ada orang cari kau." Kata Hanna. Aku mengangkatkan kedua belah kening menandakan sedang bertanya.

"Siapa?" Soal aku. Hanna tersenyum-senyum lalu mengangkatkan kedua belah bahunya.

"Tengok sendirilah. Haha." Balasnya lalu menghampiri omma aku.

"Pergilah tengok sana Diya. Mana tau dia kawan kamu? Biarkan Hanna tolong omma." Kata omma. Aku hanya mengangguk.

Aku terus melangkahkan kaki untuk pergi ke ruang tamu. Terlihatlah seorang lelaki berdiri membelakangiku. Berkerut dahi aku apabila tidak mengetahui siapa orang itu.

"Siapa ni? Kenapa nak jumpa?" Soal aku dengan dingin. Orang itu berpaling ke arah aku. Betapa terkejutnya aku apabila mengetahui dia adalah.. KIM TAEHYUNG!!

Apalah yang dia nak?

"Hai Cinta." Katanya. Aku menunduk lalu mengeluh dengan kuat. Dia berjalan menghampiri aku. Tangannya dihulurkan ke arah aku untuk menyerahkan sekuntum bunga mawar merah kepadaku. Aku mengambil bunga tersebut lalu kembali memandang wajahnya.

"Apa ni?" Soal aku.

"Bungalah. Takkan tak tau?" Soalnya sambil tersenyum. Aku mengangguk.

"Kenapa datang? Macam mana kau tau aku kat sini?" Soal aku. Dia ketawa kecil.

"Mana-mana awak pergi, hati saya tetap ada dengan awak. Sebab tulah saya tau di mana keberadaan awak." Jawabnya. Berkerut dahi aku setelah mendengar ayat itu.

Nak bagi ayat sweet bagai. Dah kenapa?

"Mengarut!" Kata aku. Bunga mawar itu aku hidu. Wangi. Aku memang suka bunga mawar sejak sekolah rendah lagi. Taehyung je lah yang selalu belikan aku bunga mawar. Thanks Tae : )

"Sayang.. eh salah! Diya.." panggilan Taehyung.

Elele.. sengajalah tu buat-buat salah panggil.

"Keluar.. jom?" Ajakkan Taehyung. Aku teragak-agak mahu setuju.

"Please." Rayuannya. Dia membuat muka comel dan puppy eyes. Argh Tae! Kau saja kan nak buat aku cair!  -_-

"Keluar ke mana?" Tanya aku.

"Mana-mana je. Jom?" Katanya. Aku menunduk lalu mengangguk. Dia tersenyum lebar lalu memeluk aku secara mengejut. Hampir tiada nafas aku dibuatnya.

"WEH, AKU TAK ADA NAFAS!!" Jerit aku meminta dilepaskan. Segera Taehyung melepaskan pelukan itu.

"Sorry.. heee.." katanya sambil tersengih.

Pahal comel sangat.

"Aku bersiap dulu." Kata aku. Dia mengangguk.

Bersambung..

Comel jee Taetae kat sini hahaha😂 Diya pun sama comel😂❤
Jangan lupa vote and comment ❤

Suamiku Sayang (K.T.H)Where stories live. Discover now