Pejam celik pejam celik, tak terasa pula yang sekarang dah masuk tahun 2019. Taehyung dan BTS member dah pun lepas. Hanya aku, Hanna, Jungkook, Hoseok dan Jimin saja yang masih tinggal untuk sekolah. Jimin, Jungkook dan Hoseok tu kalau diikutkan dah lepas dah tahun ni. Disebabkan diorang gagal mata pelajaran penting, diorang terpaksa repeat balik mata pelajaran penting tu. Hmm, kasihankan?
Taehyung pun sudah tak bersekolah lagi. Tenanglah sikit dunia aku. Tak ada yang mengusik. XD
Sedang aku tekun menyalin soalan yang diberikan oleh guru pelajaran dari buku, tangan aku disiku oleh Hanna yang duduk di sebelah aku.
"Hmm.. apa?" Soal aku tanpa melihat wajahnya.
"Kau tau tak yang kelas kita akan ada senior yang repeat balik pelajaran dia? Dia akan masuk kelas kita tau." Kata Hanna. Aku mengangkatkan kedua belah bahu.
"Entah. Tak ambil tau pun." Kata aku dengan selamba. Hanna mendengus kasar. Geramlah tu. Haha..
Sewaktu kami semua belajar, pintu kelas diketuk oleh seseorang. Semua mata memandang ke arah pintu tersebut.
Tokk.. tokk.. tokk..
Cikgu Lee menghampiri pintu itu.
"Oh, baiklah. Mari masuk." Arah Cikgu Lee kepada seorang pelajar. Pelajar itu mulai masuk.
Betapa terkejutnya aku setelah mengetahui wajah pelajar itu. Dia adalah..
"KIM TAEHYUNG!!" Jerit Jimin, Hoseok dan Jungkook di belakang kami. Mereka bertiga duduk satu meja. Aku memandang mereka dengan pandangan tajam.
"Ish! Diamlah!" Marah aku. Mereka terus diam. Tahu takut. Aku kembali memandang ke arah Taehyung. Dia mengenyitkan matanya.
"Eh eh, tiba-tiba je kenyit-kenyit mata." Kata aku. Hanna sudah tersenyum-senyum apabila melihat Taehyung mengusik aku.
"Suka apa je kau?" Kata aku kepada Hanna. Hanna teruskan ketawa.
"Hahaha!" Hanna ketawa dengan galak. Aduh.. susah ada kawan macam ni.
"Kamu pelajar senior tahun lepas kan?" Soal Cikgu Lee kepada Taehyung.
"Ya, sayalah. Ingat lagi Cikgu kat saya. Ehehehe" Kata Taehyung sambil tersengih. Cikgu Lee ketawa kecil.
"Dah, kamu boleh duduk di sebelah.." Taehyung mencelah kata-kata Cikgu.
"Saya nak duduk kat sebelah Kwon Diya." Kata Taehyung. Aku membesarkan mata.
"No!" Jerit aku. Taehyung tersengih.
"Tapi ada Hanna." Kata Cikgu Lee.
"Eh, saya boleh pindahlah Cikgu. Haha. Biarkan Taehyung duduk kat sebelah Diya. Tata~" kata Hanna. Aku menepuk dahi. Aduh mulalah Taehyung mengusik aku nanti.
"Hmm, suka hati kamulah. Taehyung, pergilah duduk." Arah Cikgu Lee. Taehyung mengangguk lalu duduk di sebelah aku.
"Hye baby~ Miss me?" Soalnya dengan nada suara seksi. Eeii meremang bulu roma aku.
"Baby baby baby! Tak payah nak buat suara seksi. Tak terpikat pun." Kata aku lalu menjelingnya. Aku tahu semua orang di kelas itu sudah berbisikan. Ya, diorang tahu yang aku dan Taehyung ada hubungan sejak tahun lepas. Sekarang pun ada lagi. Ergh! -,-
"Ala, sayang tak rindukan Tae ke? Penat-penat je daftar balik sebab nak repeat balik masuk sekolah." Katanya. Berkerut dahi aku.
Ada ke aku suruh dia daftar? Eh mamat ni.
"Siapa suruh? Aku tak suruh pun kan?" Kata aku dengan malas. Dia tersenyum.
"Saya daftar sebab nak jaga awak kat sekolah ni. Yalah, kan lagi sebulan awak akan jadi isteri saya? Mestilah saya kena jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang suami sejak dari mula lagi." Katanya. Ya, kami akan berkahwin selepas sebulan nanti. Itu atas permintaannya. Nak sangat cepat kan? Ha mari kita kahwin!
Keluarga aku dan keluarga dia pun dah setuju. Masing-masing suka tengok kitorang bersatu. Apalah. -..-
"Ish! Dah diam." Kata aku. Taehyung hanya ketawa kecil. Suka sangat dia tengok aku marah-marah.
♡♡♡
Bersambung
![](https://img.wattpad.com/cover/146186658-288-k241722.jpg)
YOU ARE READING
Suamiku Sayang (K.T.H)
Romance"Bersaksikan bulan dan bintang di malam harini, sudikah awak menjadi permaisuri saya buat selamanya?" Soal Taehyung. Aku mengangguk. "Bersaksikan cinta dan hati kita, saya sudi." Jawabku. Dia tersenyum lebar lalu kembali berdiri dan memakaikan ranta...