Setelah pulang dari rumah Hanna, aku terlihatkan ada sebuah kereta parking di hadapan rumah agam aku. Kereta siapa ya?
"Kereta siapa tu? Macam kenal je? Masuklah." Monolog aku sendirian. Aku melangkahkan kaki untuk masuk ke dalam rumah.
"Omma, appa. Diya balik." Kata aku. Betapa terkejutnya aku apabila melihat semua orang memandang aku. Yang paling aku terkejut adalah seorang lelaki. Dialah Taehyung. Aish! Dia datang dengan keluarga dia. Nak meminanglah tu. Hmm, Taehyung, Taehyung. Suka sangat kat aku. Dah kenapa?
"Ah, Diya. Marilah duduk di sebelah Auntie. Auntie nak berborak dengan kamu." Kata seorang wanita. Mungkin omma Taehyung? Ya, memang pun.
"Ah, ya." Jawab aku lalu menghampiri Puan Kim. Aku melabuhkan punggung di sebelah Puan Kim iaitu bakal mak mertua aku. Ceh! -..-
"Tak sangka kamu lagi cantik bila dilihat secara depan-depan. Bila Taehyung tunjuk gambar kamu dari telefon dia, Auntie tengok comel je kamu. Patutlah anak Auntie suka." Kata Puan Kim. Aku tersenyum. Malu weh kena puji.
"Yeke? Hehe. Saya taklah cantik sangat. Auntie lagi cantik." Kata aku. Dia ketawa kecil.
"Jadi, kamu setuju kan nak jadi isteri kepada Taehyung?" Soal omma aku. Aku memandang wajahnya yang duduk di sebelah aku.
"Err.." aku memandang wajah Taehyung. Dia memberikan senyuman yang manis kepadaku.
"Ya, Diya setuju." Jawab aku. Rasa kasihan pula kalau tolak lamaran dari Taehyung. Hmm tak apalah. ")
Kelihatan dari wajah Taehyung dia sangat gembira apabila mendengar jawapan dari mulutku sendiri bahawa aku setuju untuk menjadi isterinya. Aku membalas senyumannya. Pada masa yang sama mata aku sudah mulai berkaca. Bingkas aku bangun dari kedudukan dan menaiki tangga untuk masuk ke bilik.
"Maafkan Diya." Kata aku. Taehyung yang perasan dengan sikap aku sebentar tadi terus mengikut aku dari belakang.
"Auntie, saya ikut Diya ya?" Soal Taehyung yang meminta izin daripada omma aku.
"Pergilah. Auntie benarkan." Kata omma aku. Taehyung mengangguk lalu menaiki tangga untuk menuju ke bilikku.
Aku menangis perlahan-lahan di tepi sudut katil. Entah kenapa aku merasa sedih? Mungkin disebabkan aku sedih kerana terpaksa bersetuju dengan lamaran Taehyung? Ya, memang pun.
Pintu bilik aku mulai dibuka oleh seseorang. Terlihatlah wajah Taehyung. Dia menutup kembali pintu bilik itu dan menghampiri aku.
"Kau buat apa kat sini?" Soal aku dengan dingin sambil mengesat air mata. Tak naklah kalau dia tahu aku menangis.
"Diya, awak okay?" Soalnya. Aku menjelingnya.
"Okay je. Kenapa?" Soal aku. Dia mulai melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Bahu aku dipeluk olehnya.
"Maafkan saya. Saya tau saya terlalu memaksa awak untuk berkahwin dengan saya. Kalau awak tak setuju kenapa awak terima lamaran saya?" Soal Taehyung. Aku menunduk.
"Sebab aku tak sanggup.." kata-kata aku terhenti.
"Tak sanggup apa?" Soalnya.
"Ah, takdelah. Lupakan je." Kata aku lalu ingin bangun dari kedudukkan. Ada je yang mengganggu. Kaki aku terseliuh dan aku hampir jatuh. Sempat Taehyung sambut. Tapi dia pun turut terjatuh. Posisi kami sekarang adalah baring bersama-sama di atas katil. Aku di atas Taehyung dan Taehyung pula di bawah aku. Matanya merenung dalam anak mata aku.
Dup dap dup dap. Jantungnya yang laju berdegup itu aku boleh dengar. Rambut aku yang menutupi wajahku itu diselitkan ke belakang telinga. Wajahku semakin dekat dengan wajah Taehyung.
Dan...
Cup!
Aku sendiri yang mengucup bibir lelaki itu. Taehyung turut membalas ciuman itu. Namun, ciuman itu terus aku lepaskan apabila nama kami berdua dipanggil dari bawah.
Aku terus bangun dan menjarakkan diri dari Taehyung.
"Eii! Apa kau buat?" Marah aku sambil mengelap bibirku yang dikucup oleh Taehyung sebentar tadi.
"Apa saya buat? Kita berciumlah." Katanya dengan selamba sambil tersenyum. Haihh.. suka pula dia.
"Eii, byuntae!" Marah aku.
"Biarlah. Byuntae untuk awak je." Katanya. Terus aku mencubit perutnya.
"Aduh! Sakit! Lepaslah!" Jeritnya. Aku melepaskan cubitan itu.
Bersambung
YOU ARE READING
Suamiku Sayang (K.T.H)
Romance"Bersaksikan bulan dan bintang di malam harini, sudikah awak menjadi permaisuri saya buat selamanya?" Soal Taehyung. Aku mengangguk. "Bersaksikan cinta dan hati kita, saya sudi." Jawabku. Dia tersenyum lebar lalu kembali berdiri dan memakaikan ranta...