"Ya, saya akan baca. Thanks tau, sayang." Kata aku. Dia mengangguk lalu menundukkan badannya dan dia menyandarkan kepalanya di bahuku hahaha. Maaflah aku terlalu pendek. XD
♡♡♡
Tanpa kusedari sekarang sudah pun masuk sebulan. Haish.. makin hari makin membesar kandungan aku. Taklah besar mana cuma dia sedang-sedang je. Hahaha.BTS member sudah pun berkumpul di rumah aku dan Taehyung. Mereka tersenyum lebar kerana tidak sabar nak tahu berita baik yang aku dan Taehyung nak bagitau.
"Apa berita baik tu? Tak sabar ni nak dengar." Kata Yoongi. Aih kau ni tak sabar sungguh hahaha.
"Tak lama lagi korang akan ada anak buah." Kata Taehyung.
Krikk krikk.. masing-masing diam dan BTS member saling berpandangan.
1
-
2
-
3
-"Woooo!!!!" Jerit mereka semua. Terangkat bahuku dan Taehyung kerana terkejut.
"Yeayy kita akan dapat anak buahh!!" Jerit Hoseok. Aish! Laki siapalah ni. Ahahaha.
"Dah dahlah tu! Korang tu bila lagi nak kahwin? Umur makin tua, bukan makin muda." Kata Taehyung. Namjoon menggaru kepalanya.
"Alaa, kitorang tak ada calonlah. Macam mana nak kahwin?" Soal Namjoon.
"Carilah lepas tu couple. Nanti lepas dah kenal lama ajak dia kahwin. Lepastu barulah dapat anak." Kataku. Mereka semua menggelengkan kepala.
"Apa geleng-geleng?" Soal aku.
"Tak ada girlfriend." Jawab mereka dengan serentak. Aku dan Taehyung menepuk dahi.
"Kalau macam tu carilah. Alamak ai korang ni." Kata Taehyung. Mereka semua ketawa.
"Tak apalah. Tak sedia lagi. Aku masih muda." Kata Jungkook sambil makan bubble gum.
"Bukan kau! Tapi hyung line!" Kata aku dan Taehyung serentak lalu ketawa. Hahaha gilalah.
♡♡♡
Sedang aku membaca buku tentang ibu mengandung, aku melihat Taehyung sedang mencari sesuatu di peti sejuk. Berkerut dahi aku apabila melihat sikapnya itu. Aneh sungguh.
"Sayang, awak cari apa tu? Lapar ke?" Soalku.
"Saya cari abalone nak masak. Teringin nak makan bubur abalone." Jawabnya.
"Ha? Bubur abalone? Dah suka makan bubur abalone?" Soal aku. Dia berjalan ke arah aku lalu melabuhkan punggungnya di sebelahku.
"Entahlah. Saya tiba-tiba nak makan tu." Katanya. Aku terus ketawa apabila mengingatkan sesuatu. Aish aish aish!
"Kenapa ketawa? Apa yang lawaknya?" Soal Taehyung.
"Awak mengidamlah, sayang. Patutlah saya tengok awak ni pelik je. Ingatkan dah suka dah makan bubur abalone. Bila saya teringatkan yang saya ni mengandung, baru saya tau yang suami kepada ibu mengandung tu pun ikut mengidam. Tapi tak semualah. Itu terpulang pada hormon masing-masing. Hahah so cute~" kataku lalu mencubit pipinya. Aku mengusap perutku.
"Sayang, kamu nak tau tak? Taetae daddy mengidam tau? Haha comel kan? Haha." Kata aku. Taehyung ketawa kecil.
"Betullah tu. Taetae daddy mengidam." Jawabnya. Aku ketawa. Taehyung pun menyandarkan kepalanya di bahuku.
"Alolo kesiannya sayang saya ni. Dah jumpa belum abalonenya? Dah masak?" Soalku sambil bermain dengan rambutnya. Dia menggeleng.
"Macam mana nak masak? Abalone pun dah habis." Katanya.
"Bukan dah habis tapi memang tak beli. Awak bukannya suka pun makan tu." Kata aku lalu bangun.
"Awak nak ke mana pulak tu?" Soal Taehyung.
"Nak bersiaplah. Kita pergi supermarket." Kata aku.
"Supermarket? Nak buat apa?" Soalnya.
Slownya dia ni. - ,, -
"Nak berdisco." Jawabku dengan selamba.
"Amboi, jawapan dia. Memerli nampak?" Katanya. Aku ketawa sambil mendaki tangga. Dia tersenyum lalu menggelengkan kepala.
♡♡♡
Aku dan Taehyung sama-sama menikmati bubur abalone sambil layan Kdrama. Hahaha. Sesekali dia memandang aku lalu tersenyum.
Dah kenapa? XD
"Awak ni dah kenapa? Senyum-senyum macam selipar koyak." Kataku lalu ketawa tanpa mengeluarkan suara.
"Hahaha. Bubur abalone ni sedap. Thanks awok!" Katanya. Aku ketawa kecil.
"Kan saya dah cakap dulu. Tapi awak tak nak. Aish! Sekarang baru tau sedap ke tidak." Kata aku. Dia tersenyum lalu menyuap kembali bubur abalone itu ke dalam mulutnya. Dia meletakkan semula mangkuk yang berisi bubur abalone itu di atas meja lalu mengusap perutku.
"Anak daddy, kamu tau tak daddy mengidam? Itu sebab mommy mengandungkan kamulah. Sebab tulah Taetae daddy mengidam. Hehe." Katanya. Aku rasa terharu bila tengok dia berborak dengan bayi yang dikandung olehku. Aku tersenyum bahagia lalu hampir menitiskan air mata. Taehyung memandang wajahku.
Mudahnya aku ni menangis. Aku ni berhati tisu. Hahaish
"Eh, sayang. Kenapa ni? Perut awak sakit ke?" Soalnya. Aku ketawa.
Bersambung
YOU ARE READING
Suamiku Sayang (K.T.H)
Romance"Bersaksikan bulan dan bintang di malam harini, sudikah awak menjadi permaisuri saya buat selamanya?" Soal Taehyung. Aku mengangguk. "Bersaksikan cinta dan hati kita, saya sudi." Jawabku. Dia tersenyum lebar lalu kembali berdiri dan memakaikan ranta...