"Kwon Diya, sejujurnya saya cakap. Saya memang dah lama sukakan awak. Sejak kita sekolah rendah lagi. Awak tahu tak yang awak sorang je yang boleh mencairkan hati saya? Tiada langsung gadis lain yang dapat melemahkan jantung saya selain dari awak. Awak tahu tak apa yang dapat melemahkan saya?" Soal Taehyung.
"Apa?" Soal aku dengan dingin.
"Kecantikan awak, keperibadian awak, kepandaian awak, kewanitaan awak. Semua saya suka. Lagipun dulu awak selalu masakkan saya makanan kegemaran saya. Saya ingat lagi tau." Kata Taehyung sambil bermain dengan tangan aku yang masih lagi berada di genggamannya itu.
"Tae, lepas please? Aku tak sukakan kau. Aku minta maaf sangat. Aku cuma anggap kau sebagai kawan je. Tak lebih pun dari tu." Kata aku. Senyuman masih lagi terukir di bibir Taehyung.
"Tak apalah. Saya tetap akan mencintai awak walaupun awak tak cintakan saya. Lambat-laun pun awak akan cintakan saya juga. Percayalah." Kata Taehyung dengan selamba. Aku mengeluh lalu menggelengkan kepala.
♡♡♡
Setelah siap membuat kerja rumah yang diberi oleh guru pelajaran, aku mengemas semula buku-bukunya di atas meja lalu Iphoneku digapai. Tidak pernah lupa buku novel yang berkisarkan sebuah kisah cinta digapai oleh aku. Aku mengambil tempat duduk di balkoni bilik aku. Kaca mata dipakai.
Mulut aku terkumat-kamit membaca setiap kisah di novel tersebut. Di muka hadapan novel itu tertulis tajuknya 'Our Fate' hasil karya daripada Ae Ra.
Satu ayat menarik perhatian aku. Aku membaca ayat itu dengan betul-betul.
"Kejap.. ayat ni.. macam pasal Taehyung dengan aku siang tadi. Asal eh?" Soal aku seorang diri.
Novel :
"Kalau awak tak sukakan saya, saya tak kisah. Janji saya dapat mencintai awak dengan ikhlas.."
"Ayat lebih kurang sama. Takkanlah kisah aku macam novel ni? Ah! Mustahillah!" Monolog aku sendirian.
Baru saja aku ingin bangun dari kedudukan aku yang dari tadi berada di balkoni, seseorang menghalang laluan aku. Hampir terjerit aku dibuatnya. Siapa?
"Ahhh!! Siapa?" Soal aku dengan kaca mata aku sedikit sengit. Orang itu ketawa kecil.
"Terkejut ke sayang?" Soal lelaki itu. Aku memukul kuat dada bidang lelaki itu. Siapa lagi orang yang suka mengusik aku kalau bukan Taehyung? Dialah lelaki tu.
Rimas tau!
"Suka eh buat aku terkejut! Nasib baik aku tak ada kena serangan sakit jantung tau!" Marah aku. Taehyung ketawa kecil lalu membetulkan kembali kaca mata milik aku.
"Aigoo, comel betul future wife saya ni." Usikan Taehyung. Aku yang lebih pendek darinya itu terus menolak lembut tubuh sasa Taehyung.
"Sejak bilalah aku ni future wife kau? Lamaran dari kau pun aku tak setuju!" Kata aku. Taehyung terasa geli hati pula apabila melihat gadis yang dicintainya itu membebel tidak tentu pasal. Akulah tu. Erk? -_-
"Lambat-laun nanti awak akan terima juga lamaran saya tu." Kata Taehyung dengan selamba badaknya. Aku berpura-pura mahu memuntahkan isi perut.
"Pleaselah! Nak muntah okay? Dah! Aku nak turun!" Kata aku. Sebenarnya aku sudah malu apabila diusik oleh Taehyung. Terasa darah mulai menyerbu ke pipi pula. Pipi mulai terasa hangat akibat terkesan dengan kata-kata manis yang diberikan oleh lelaki itu sebentar tadi.
"Kejap.." Langkahan aku terhenti lalu memusingkan badan aku untuk memandang ke arah Taehyung yang tidak lepas dari memandang aku itu. Aish!
"Kenapa kau datang sini? Kau datang dengan siapa?" Soal aku.
"Macam biasa, dengan BTS member. Katanya nak lepak kat sini sampai esok." Kata Taehyung. Aku membesarkan mata.
WHAT???
"Sampai esok? Dey, esok sekolahlah! Buat apa nak lepak sampai esok? Mengantuk kat dalam kelas baru tau." Kata aku.
"Esok cutilah sayang. Awak dah lupa ke apa yang Cikgu Lee katakan tadi?" Tanya Taehyung. Aku mencuba mengingatkan sesuatu.
♡♡♡
"Kamu semua dibenarkan cuti selama seminggu kerana sekolah kita akan ditutup untuk sementara waktu." Pengumuman dari Cikgu Lee iaitu guru disiplin di Art & Design Highschool, Seoul.
Semua pelajar bersorak kegembiraan setelah mengetahui bahawa mereka dicutikan selama seminggu.
♡♡♡
Bersambung..
jangan lupa tau vote and comment! 😊❤❤
YOU ARE READING
Suamiku Sayang (K.T.H)
Romance"Bersaksikan bulan dan bintang di malam harini, sudikah awak menjadi permaisuri saya buat selamanya?" Soal Taehyung. Aku mengangguk. "Bersaksikan cinta dan hati kita, saya sudi." Jawabku. Dia tersenyum lebar lalu kembali berdiri dan memakaikan ranta...