Taehyung dah tak senang nak duduk bila tengok keadaan aku teruk sangat sampaikan pengsan. Kejap dia duduk kejap dia bangun. Haih risau betul. Appa yang tengok dia dari tadi tu terus memanggilnya.
"Tae, jangan risau. Diya tak apa-apalah. Dia cuma tak sihat je tu." Kata appa.
"Tak. Tae cuma tak senang hati bila tengok keadaan Diya teruk sangat sampai pengsan. Tae takut je kalau.." kata-kata Taehyung dicelah oleh omma.
"Jangan risau sangat. Bila dah tau nanti, mesti kamu happy. Percayalah kata omma." Kata omma. Taehyung terkaku. Tak faham apa yang dikatakan oleh omma.
"Maksud omma?" Soal Taehyung. Belum sempat omma mahu menjawab pertanyaan Taehyung, doktor wanita sudah pun keluar dari bilikku. Taehyung dan omma appa aku berdiri lalu menghampiri doktor itu.
"Doktor, macam mana keadaan isteri saya? Dia okay kan? Dia sihat je kan?" Soal Taehyung. Doktor itu menepuk-nepuk bahu Taehyung lalu tersenyum lebar.
"Tahniah, isteri kamu mengandung. Dah 6 minggu dah." Katanya. Taehyung terus tersenyum. Tanpa dia sedar, dia telah pun menitiskan air mata kerana terlalu gembira dengan berita tersebut.
"Betul ke, doktor? Isteri saya mengandung? Yess!! Masuk jugak goal! Yeay!!" Jerit Taehyung kegembiraan lalu masuk ke dalam bilikku.
Omma dan appa ketawa bila melihat sikap Taehyung itu. Comellah laki aku~♡ hahaha
Aku tersenyum lebar apabila melihat Taehyung yang sudah masuk ke dalam bilik. Aku terus mendepakan tanganku untuk memeluknya. Pipiku sudah mulai basah kerana menangis. Menangis kerana gembira.
"Sayang!" Panggilan Taehyung lalu memelukku.
"Tae, I'm pregnant!" Jeritku kegembiraan. Dia turut menitiskan air mata sambil mencium kepalaku.
"Ya, saya tau." Kata Taehyung. Pelukan itu dilepaskan.
"Thanks, sayang! Thanks sangat-sangat!" Kata Taehyung. Aku mengangguk.
"Tak lama lagi kita akan ada baby! Dan awak akan jadi daddy and saya pulak mommy! Yeay!" Jeritku kegembiraan.
"Dah goal dah, sayang. Hehe." Kata Taehyung. Aku ketawa lalu menampar lembut pipinya.
♡♡♡
Sepanjang hari, hanya Taehyung jelah yang buat kerja rumah. Kerja? Appa dan papa tak izinkan dia untuk kerja lagi. Katanya nak suruh Si Tae ni jaga aku kat rumah. Hey, aku dah tua buat apa nak dijaga lagi? Hahaha..
Baru je aku turun dari atas, aku ternampakkan Taehyung sedang masak. Cara dia masak tu memang lawak. Dia nak letak ayam tu kat dalam kuali pun terjerit-jerit sambil melompat-lompat. Takut kena panas kot ? Hahaha. Aku hanya menggelengkan kepala.
"Sayang, kalau takut tu biarlah saya yang masak. Perut saya ni belum lagi nak membesar, dah suruh saya berehat sampai tak boleh buat kerja." Kata aku.
"Tak apa. Saya nak masak. Awak cuma duduk, tengok tv, makan dan tidur itu je. Yang lain biar saya yang buat. Berehat je kat situ." Jawab Taehyung dari dapur. Aku hanya tersenyum sambil menghampiri meja makan yang ada buku-buku yang macam ada berkaitan dengan ibu mengandung.
"Tae, buku ni awak ke yang beli?" Soalku.
"Haah. Saya beli untuk awak. Bacalah, sayang." Kata Taehyung. Aku ketawa kecil.
Taehyung sudah pun siap memasak lalu pergi ke meja makan dan menghidangkan makanan. Aku terasa geli hati melihat dia memakai apron berwarna pink lagikan berbunga-bunga. Itu apron aku tau. Hahaha.
"Kelakarlah awak pakai apron tu." Kataku. Dia ketawa kecil.
"Kelakar? Handsome apa. Haha." Kata Taehyung yang mengusik.
"Awak pakai apa-apa pun tetap handsome di mata saya. Sebab tu saya suka." Kataku. Dia ketawa lalu mencium pipiku. Dia memeluk ku dari belakang lalu mengusap-usap perutku yang belum lagi membesar.
"Mesti baby kita suka kalau saya peluk awak macam ni." Kata Taehyung. Aku ketawa kecil lalu menyandarkan kepalaku di dadanya. Aww sweet T_T ♡
"Saya dah belikan buku ibu mengandung tu untuk awak, jangan pulak tak baca." Kata Taehyung. Aku memusingkan badanku untuk menghadapnya. Lehernya aku peluk.
Bersambung.
YOU ARE READING
Suamiku Sayang (K.T.H)
Romance"Bersaksikan bulan dan bintang di malam harini, sudikah awak menjadi permaisuri saya buat selamanya?" Soal Taehyung. Aku mengangguk. "Bersaksikan cinta dan hati kita, saya sudi." Jawabku. Dia tersenyum lebar lalu kembali berdiri dan memakaikan ranta...