"Yalah yalah! Awak nak panggilan macam mana?" Soal Taehyung.
"Cukuplah awak panggil saya dengan nama saya. Janji cinta kita sentiasa terikat seperti perkahwinan kita yang dah diikat dengan cincin perkahwinan kita." Kataku. Dia tersenyum lebar.
"Okay sayang. Sweetlah awak ni. Kalau macam tu teruskan je panggil saya macam tu." Katanya. Aku mengangguk.
"Ya, Tae sayang." Kataku. Dia terus mencium dahiku. Aku pula mencium pipinya. Perutku diusap olehnya.
"Mulai sekarang daddy panggil baby dengan panggilan Tae Junior ya? Kalau daddy, Tae Senior. Haha." Katanya. Aku terasa geli hati lalu ketawa kecil. Bahunya aku pukul.
"Macam-macamlah awak ni. Aish!" Kataku. Dia ketawa lalu mencubit hidungku.
♡♡♡
Sewaktu dalam perjalanan pulang dari Pulau Jeju, hujan sangat lebat. Susah untuk Taehyung memandu lagipun kurang jelas.
"Sayang, pakai seatbelt. Bahaya ni." Kata Taehyung. Aku mengangguk lalu akur dengan arahannya.
"Sayang, kita berhenti jelah dulu. Esok kita balik." Kataku.
"Tak apa. Saya tak nak awak terkena demam sebab pening. Kita balik." Kata Taehyung. Ya aku pening-pening sewaktu berjalan-jalan di Pulau Jeju bersama dengan Taehyung. Mungkin sebab pembawa bayi dalam kandungan?
Baru saja Taehyung ingin belok ke kiri, satu kereta meluncur laju dari jauh lalu melanggar kenderaan milik Taehyung.
"Taehyungg!!" Jeritku. Taehyung terus membuka seatbeltnya lalu memelukku. Dia ingin melindungi aku. ")
Kereta yang diduduki oleh aku dan Taehyung terbabas sejauh 3 kilometer. Nasib saja aku dan Taehyung sempat terjun dari kereta itu.
Apabila aku sedar, aku terlihatkan Taehyung sudah terbaring di atas jalan raya dan tidak menyedarkan diri. Aku tak dapat bangun kerana perutku sakit. Sakit yang teramat. Aku menangis sambil memanggil Taehyung. Tanganku mencuba untuk menggapai tangannya tapi tak sampai. Dia terlalu jauh dariku.
"Tae... Taehyung.. tolong.. sa.. saya.." lama-kelamaan mataku mulai tertutup rapat. Duniaku menjadi gelap.
Mujurlah ada beberapa orang penduduk di kampung Jeju membantu kami berdua.
♡♡♡
Sedang omma dan appa berborak dengan papa dan mama Taehyung, telefon bimbit milik appa berdering menandakan seseorang hubungi.
Appa bangun dari sofa lalu menjawab panggilan itu.
"Helo? Ya, sayalah Encik Kwon. Apa..? Baiklah nanti saya ke sana. Terima kasih." Kata appa. Omma, mama dan papa dah mulai risau.
"Kita mesti pergi ke Hospital Jeju sekarang." Kata appa.
"Ke.. kenapa? Siapa sakit?" Soal omma.
"Taehyung dan Diya kemalangan jalan raya." Kata appa. Omma dan mama terus menangis. Mama mencengkam lengan baju papa sambil menangis. Omma pula terduduk kerana terkejut dengan berita tersebut.
"Anak dengan menantu kita. Taehyung.. Diya.." kata mama.
"Diya.. anak omma." Kata omma sambil suaranya teresak-esak menangis.
"Mari kita pergi sana sekarang." Kata papa.
♡♡♡
Setelah aku sedar, aku bingkas bangun dan mencari di manakah Taehyung? Dan di manakah keberadaan aku sekarang? Jururawat yang ada di sebelah aku, dipanggil olehku.
"Nurse, mana suami saya? Saya kat mana ni?" Soalku sambil menitiskan air mata.
"Puan, suami puan sekarang sedang dirawat.
Tulang di kakinya ada sedikit masalah. Kemungkinan patah. Sekarang puan ada di Hospital Jeju." Kata jururawat itu. Aku menekup mulut lalu menangis."Taehyung.. Kim Taehyung..!" aku menangis sambil melaungkan nama Taehyung. Aku mencuba untuk bangun tetapi dihalang oleh doktor yang baru saja masuk ke dalam wad aku.
"Puan, puan tak dibenarkan bangun. Puan baru je mengalami pendarahan yang teruk." Kata doktor itu.
"Pen.. pendarah.. han? Apa maksud doktor?" Soalku. Kelihatan wajah doktor itu sedih.
"Kandungan saya. Anak saya.. anak saya selamat? Jawab doktor!" Jeritku sambil mencengkam lengan baju doktor itu.
"Maaf, puan. Kandungan puan gugur disebabkan kemalangan. Maafkan saya." Kata doktor itu. Aku terus menangis. Perutku dipegang.
"Tak.. Tae anak kita dah tak ada! Taehyung!" Jeritku. Secara mengejut pintu wad aku dibuka dan terlihatlah wajah ibu bapa mertuaku dan ibu bapa kandungku. Omma berlari ke arahku lalu tubuhku dipeluk.
Bersambung
Kesian Diya dia tak boleh terima kenyataan yang anak dia dah gugur sebab kemalangan.. 😭 em em..
Btw jangan lupa vote and comment.. 😊
YOU ARE READING
Suamiku Sayang (K.T.H)
Romans"Bersaksikan bulan dan bintang di malam harini, sudikah awak menjadi permaisuri saya buat selamanya?" Soal Taehyung. Aku mengangguk. "Bersaksikan cinta dan hati kita, saya sudi." Jawabku. Dia tersenyum lebar lalu kembali berdiri dan memakaikan ranta...