14《CEMBURU 1》🐒💛

70 3 0
                                    

"Tahu sakit! Cakap macam tu lagi! Belum kahwin lagi dah nak melebih. Belum tentu lagi lepas kahwin nanti." Marah aku. Taehyung ketawa kecil.

"Diri saya ni hanya untuk awak je tau. Awak jangan sia-siakan peluang ni. Dalam sekolah kita bukannya ada lagi lelaki baik dan handsome macam saya ni. Baik awak rebut peluang ni sebelum perempuan lain datang rebut peluang ni dari awak. Saya dah bagi amaran." Kata Taehyung sambil tersengih.

"Ish! Nak libatkan perempuan lain pulak! Diri tu janganlah nak rapat sangat dengan perempuan lain! Dah ada orang kan? Tak payahlah nak mengada." Marah aku.

"Eh? Kenapa marah sangat ni? Betullah apa yang saya cakap. Awak cemburu eh?" Soalnya. Aku terus ternganga.

"Err.. ma.. mana ada! Jangan sembarangan!" Marah aku.

Diya adakah anda cemburu?

Mana aku tahu. -..-

"Eleh, cemburu lah tu. Tak nak mengaku." Usikan Taehyung sambil berjalan ke arah aku lalu hidung aku dicuit olehnya. Pipi aku pula dah kemerahan sebab malu.

Ini yang aku tak nak ni. -_-

Aku menunduk kerana malu dengan pipi aku sudah kemerahan. Taehyung memeluk aku dengan erat sambil menggelus lembut rambutku.

"Saya tau awak tengah malu. Tengok muka je dah tau." Katanya. Tanpa sedar aku tersenyum. Entah mengapa aku suka bila dia memeluk aku sebegitu. Manis sungguh dia ni. : )

♡♡♡

Sehari sebelum perkahwinan, aku dan Taehyung perlu pergi ke gereja untuk melihat apa yang perlu di majlis kami.

Sewaktu aku membelek-belek gambar susunan meja yang dipilih oleh aku dan Taehyung, satu tangan melingkari di pinggang ramping aku. Aku tahu itu pasti Taehyung. Siapa lagi yang berani memeluk aku selain dia? "-..-

"Hai, sayang." Katanya.

"Hai juga." Balas aku. Ya, mood aku harini mestilah kena baik. Esokkan hari aku? Takkanlah nak marah-marah bakal suami. -_-

"Buat apa tu?" Soalnya. Aku mencuba untuk melepaskan diri dari pelukannya itu. Rimas.

"Tae, lepas. Saya tak selesa. Rimas." Kata aku.

Nampak tak perubahan dari cara percakapan aku? Dulu guna panggilan 'aku/kau' dengan Taehyung. Sekarang 'saya/awak'. Yalah kan? Esok aku akan digelar sebagai seorang isteri kepada Taehyung. Jadi cara percakapan pum mestilah sopan. Hehe. ~_~

"Yalah. Sorry." Katanya lalu duduk di hadapanku.

"Kenapa nak minta sorry pulak? Awak ada buat salah ke kat saya?" Tanya aku.

"Yalah. Kan awak rimas sebab saya peluk awak. Saya minta sorrylah. Salah saya sebab ganggu awak." Kata Taehyung. Aku tersenyum.

"Takdelah. Tak perlu mintak maaf. Saya rimas sebab panas. Tambahan pulak awak peluk saya. Makin panaslah saya." Kata aku. Ya, serius! Dekat luar ni memang panas. PANAS GILA !

"Oh, haha. Okay." Katanya. Aku mengangguk.

"Lapar tak? Nak makan?" Soalnya. Aku merenung wajahnya.

"Makan? Awak ada bawa bekal ek?" Soal aku. Dia ketawa.

"Kita makan kat kedailah sayang. Awak ni dah kenapa?" Soal Taehyung. Aku ketawa kecil. Malu gamaknya. -,-

"Yalah. Jom." Kata aku lalu bangun dari kedudukan.

♡♡♡

Setelah masuk ke dalam kereta, cermin kereta di sebelah Taehyung diketuk oleh seorang perempuan. Apa siak perempuan ni. -..-

Taehyung menurunkan cerminnya.

"Ya? Ada apa cik?" Soal Taehyung.

"You~" panggilan dari perempuan itu.

Alamak dia buat irama pulak kat belakang ayat tu! Pergh! Aku dah panas ni!

Sabar Diya.. sabar.. ~_~

"Boleh tumpangkan I tak? Kereta I tak boleh hidup. Mati tiba-tiba je." Katanya dengan gedik.

"Boleh boleh. Naik lah." Pelawaan Taehyung. Aku terus memandang wajah mereka dengan renungan tajam yang boleh menusuk dalam ke mata orang. Boleh buta orang dibuatnya. XD

"No way!! Siapa suruh naik? Ada aku suruh?" Soal aku kepada gadis itu. Ergh! Pakai baju pun macam tak cukup kain. Haha..

"Tapi dia ajak I masuk. Kenapa you marah pulak? You siapa?" Soalnya. Oh my god! Boleh lagi dia tanya siapa aku?

"Hei! I'm his wife! And you? Who are you, huh?" Marah aku.

"Ops! Really? Okay! I'm sorry. You berdua boleh pergi." Katanya. Heh! Tahu takut. ; )

Aku terus menaiki semula cermin tingkap milik Taehyung. Wajah Taehyung aku pandang. Dia sudah tersengih-sengih. Haihh mamat ni.. takkan aku sorang ni pun tak cukup untuk kau?

Bersambung

Elele Diya ni jeles sebenarnya.. tak nak mengaku😂.. tengok cara dia marah pun dah tahu dia ni tengah cemburu.. hahaha.. kalau aku kat tempat Diya aku pun cemburu juga.. hahaha.. dahlah Tae tu bakal suami dia lagilah dia cemburu.. haishh.. 😂

Korang rasa Tae kena marah tak nanti? 😂

Suamiku Sayang (K.T.H)Where stories live. Discover now