Dalam perjalanan ke sekolah itu, aku bersenandungkan satu lagu yang amat aku sukai.
Rasanya kau tahu kita
punya rasa yang sama,
Rasanya kau tahu kita
punya rahsia yang sama,
Jadi apa penghujungnya?
Akankah kita bersama?(Aku Kamu by Janna Nick ft Alvin Chong)
"Ya, kita akan bersama." Jawab seseorang. Aku terkejut lalu memandang ke arah manusia yang empunya suara itu. Rupanya Taehyung yang bersuara.
"Lah, dengar rupanya. Ingatkan tak dengar tadi." Kata aku. Dia ketawa kecil.
"Mestilah! Suara awak merdu bila menyanyi. Tak pernah berubah. Nyanyilah lagi, saya nak dengar." Kata Taehyung. Aku menggelengkan kepala tanda tidak mahu.
"Nyanyi lagi sekali atau saya akan cium awak. Mana satu awak nak? Nyanyi atau ciuman dari saya? Sila buat pemilihan." Kata Taehyung sambil tersentum nakal.
Alamak dia ni. Main ugut-ugut pula. Dasar bakal suami tak best! Hmph! Nasib comel!
"Ish! Yalah yalah! Nanti aku nyanyi." Kata aku. Taehyung menghalang perjalananku.
"Nope. Saya nak sekarang. Cepatlah!" Katanya. Manjanya budak ni! '-,-
"Ish! Tak naklah!" Kata aku. Dia memasamkan wajahnya.
"Ish ish ish.. itu jelah yang awak sebut. Kalau tak tu, mengutuk pulak! Kalau tak mengutuk memerli pulak! Cium baru tau." Kata Taehyung.
Cium ajelah yang kau tahu. -..-
"Yelah, yelah! Aku nyanyi! Nak lagu apa?" Soal aku dengan malas.
"Nak lagu.. erm.." dia mengusap-usap dagunya. Tengah berfikirlah tu. XD
"Macam ni, apa kata kita nyanyi bersama-sama? Kita bawa lagu I'm in love ?" Soal Taehyung. Aku terus memetik jari.
"Yes! Good idea!" Kata aku bersetuju. Sebenarnya itu adalah lagu kegemaran kami berdua sejak dari sekolah menengah bawah lagi. HAHAHAHA.
"Tapi lupa pula liriknya." Kata Taehyung. Aku terus menjelingnya.
"Tch! Lupa pula." Kata aku. Dia ketawa kecil.
Aku memeluk tubuh dengan wajah aku yang masam mencuka. Haish! Aku terus pergi meninggalkan Taehyung yang masih lagi tercegat di situ.
♡♡♡
Akhirnya kami berdua sudah pun tiba di sekolah. Tapi hairan. Kenapa sekolah sunyi? Takkanlah tak sekolah?
"Tae, kenapa sekolah sunyi semacam je?" Soal aku. Dia mengangkatkan kedua belah bahunya.
"Tak tau. Marilah kita masuk kelas. Saya hantar." Kata Taehyung. Aku mengangguk. Kami berdua berlainan kelas. Dia sekelas dengan salah satu antara BTS member iaitu Jin, Namjoon, Yoongi dan Jung Min. Manakala aku sekelas dengan Jimin, Jungkook dan Hoseok dan sahabat aku iaitu Hanna.
Baru saja ingin melangkahkan kaki untuk masuk ke dalam pagar sekolah, loceng sekolah berbunyi.
KRINGGGG!!
Aku dan Taehyung saling berpandangan.
"Nampaknya kita dah lambat." Kata aku. Taehyung mengeluh lalu memegang pergelangan tangan aku untuk dibawa masuk.
"Eh! Nak ke mana ni? Takkanlah nak masuk?" Soal aku.
"Yalah. Masuklah. Kita dah lambat kan? Selagi cikgu tak perasan selagi tu kita selamat dan bolehlah masuk." Kata Taehyung. Aku mengangguk.
Setiap kali nak melangkah, ada je yang nak menghalang. Seseorang melaungkan nama kami dengan kuat.
"KIM TAEHYUNG ! KWON DIYA!"
Aku dan Taehyung sama-sama menoleh ke belakang.
"Sayang, ada cikgulah." Kata Taehyung. Aku mengerutkan dahi lalu menepuk dahi.
"Aduh! Sempat lagi kau panggil aku sayang." Kata aku.
"Kamu berdua, sini!" Arah cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Jun, guru disiplin di sekolah kami.
Aku dan Taehyung menjerit bersama lalu terus berlari ke arah yang berbeza. Aku lari ke kanan, manakala Taehyung berlari ke kiri. Ah! Eloklah tu berpisah! -_-
♡♡♡
Aku sudah pun berdiri menghadap guru disiplin iaitu Cikgu Jun. Sambil aku berdiri tu, sambil itulah aku menggoyang-goyangkan badanku.
Ppak!! Meja dipukul.
"Sudahlah tu bergoyangnya! Nak menari tak payah menari kat sini!"marah Cikgu Jun. Terangkat-angkat bahuku kerana terkejut mendengar suara Cikgu Jun.
"Ma.. maaf, Cikgu Jun." Kata aku. Dia mengeluh.
Bersambung
YOU ARE READING
Suamiku Sayang (K.T.H)
Romance"Bersaksikan bulan dan bintang di malam harini, sudikah awak menjadi permaisuri saya buat selamanya?" Soal Taehyung. Aku mengangguk. "Bersaksikan cinta dan hati kita, saya sudi." Jawabku. Dia tersenyum lebar lalu kembali berdiri dan memakaikan ranta...