Aku sudah pun berdiri di altar sambil menghadap wajah Taehyung. Tangan kananku digenggam erat oleh Taehyung. Dia memberikan senyuman yang manis kepadaku. Matanya mulai berkaca, begitu juga aku.
"Diya, awak sangat cantik malam ni. Sangat cantik." Kata Taehyung kepadaku. Aku menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya.
Para tetamu mulai duduk. Paderi mengarahkan kami untuk menghadapnya.
"Mari kita mulakan majlis ini. Kita mulakan dengan pengantin perempuan." Kata paderi itu.
"Kwon Diya, do you want to be his wife?" Soal paderi itu kepadaku. Aku menghembuskan nafas lalu mengangguk.
"Yes, I do." Jawabku.
"Kim Taehyung, do you want to be her husband?" Soal paderi itu kepada Taehyung.
"Yes, I do." Jawab Taehyung.
"Baiklah. Kamu berdua boleh menyarungkan cincin ke tangan pasangan kamu berdua." Kata paderi itu lalu menyerahkan dua kotak berwarna merah hati kepada aku dan Taehyung. Aku mengambil kotak itu dan terlihatlah cincin berwarna perak yang telah diukir nama aku dan Taehyung. Taehyung menghulurkan tangannya dan aku terus menyarungkan cincin itu ke tangannya. Kini giliran Taehyung pula. Kotak cincin diambil lalu dibuka. Taehyung mengambil cincin perkahwinan untukku dari kotak itu lalu menyarungkannya di tanganku.
"Baiklah, sesi pertukaran cincin sudah pun selesai. Sekarang pengantin lelaki dibenarkan mencium isterinya." Arah paderi itu. Aku terus membesarkan mata. Wajah paderi dan Taehyung dipandang bersilih-ganti.
"Taehyung! Jangan!" Di dalam hati aku sudah terjerit-jerit seperti orang gila meminta agar Taehyung tidak menciumku di hadapan orang ramai. Aku malu.
"Cium! Cium! Cium!" Sorakan dari Hoseok, Jungkook dan Jimin.
"Taehyung, cium Diya!!" Sambung Namjoon dan Jin
"Wuhuhu kiss cepat sikit!" Jerit Yoongi. Aku hanya menggelengkan kepala. Susah kalau ada member macam ni.
Taehyung ketawa kecil lalu memandang semula wajahku.
Selendang yang menutupi wajahku itu dibuka oleh Taehyung. Taehyung mulai mendekatkan bibirnya ke bibirku. Dan..
Cup!
Dia dah pun mengucup bibirku. Terasa pipiku mulai membahang kerana malu. Rasanya pipi aku ni dah merah. Hmm.. maluuuu!
Semua para tetamu memberikan tepukan kepada kami berdua. Taehyung mengenyitkan matanya kepadaku. Aku menjelingnya. Eh? Tadi bukan main senyum-senyum suka pulak aku. Apalah Diya! - , -
♡♡♡
Kini makan malam pun bermula. Aku dan Taehyung pergi ke arah omma aku untuk meminta kebenaran pulang sebentar untuk menggantikan pakaian. Yalah, takut kotor. Dahlah baju kitorang baju putih. XD HAHAHA
"Mama, Tae nak ajak Diya balik kejap tau? Nak tukar baju." Kata Taehyung kepada mama. Mama mengangguk.
"Ah, yalah. Kejap, mama nak bagi kunci rumah." Kata mama.
Ulang lagi..
kunci rumah..
What?! 0_o"Ini kunci rumah baru kamu berdua ya? Tahu tak rumah baru kamu berdua kat mana?" Soal mama.
"Tak." Jawab Taehyung dengan ringkas.
"Dekat je dengan rumah omma dan appa Diya. Boleh dikatakan langkah tiga lorong je. Fahamkan apa yang mama cakap?" Soal mama. Taehyung mengangguk faham. Begitu juga aku. Terpaksa yall. -..-
"Oh, ya faham. Kalau macam tu kami pergi dulu. Nanti kami datang balik." Kata Taehyung. Mama mengangguk lalu memandang ke arah aku.
"Sayang, kamu ikut Taehyung ya?" Kata mama. Aku mengangguk lalu memberikan senyuman.
"Ya, Diya akan ikut suami Diya." Kata aku. Mama tersenyum.
"Taehyung. Jaga menantu mama baik-baik." Kata mama dengan tegas. Taehyung mengangguk laju.
"Yaya! Tae akan jaga dia baik-baik. Tae kan sayang dia? Mestilah Tae jaga dia." Kata Taehyung. Eh dia ni. - .. -
"Bagus! Dah pergi balik sana. Nanti mesti tetamu tanya." Kata mama. Taehyung mengangguk.
Kami berdua pun berjalan ke arah keretanya.
"Jom balik." Kata Taehyung.
"Seriuslah kita tinggal serumah?" Soal aku.
Apa punya soalanlah aku ni.
"Yalah. Takkan nak balik rumah papa dengan mama saya?" Soal Taehyung. Aku mengeluh.
"Yalah. Jom." Kata aku.
♡♡♡
Bersambung
![](https://img.wattpad.com/cover/146186658-288-k241722.jpg)
YOU ARE READING
Suamiku Sayang (K.T.H)
Romansa"Bersaksikan bulan dan bintang di malam harini, sudikah awak menjadi permaisuri saya buat selamanya?" Soal Taehyung. Aku mengangguk. "Bersaksikan cinta dan hati kita, saya sudi." Jawabku. Dia tersenyum lebar lalu kembali berdiri dan memakaikan ranta...