23《SENYUMANMU》🐒💛

40 2 0
                                    

Aku berdiri di balkoni sambil menikmati udara segar di malam hari. Air mataku mengalir dengan deras. Aku masih lagi sedih dengan hal tadi siang iaitu melihat Taehyung mesra dengan Hanna. Walaupun mereka kata itu salah faham, tapi aku tetap terluka. Hati ni terasa sakit sangat sangat. Aku tak tahulah kenapa aku begini. Jangan kata aku dah mulai sayangkan dia. Memang pun!

Taehyung yang berada di bawah pun mencari-cari aku. Berulang-alik dia dari dapur ke ruang tamu. Namun tiada kelibat aku di situ.

"Diya! Mana awak? Sayang!" Laungannya.

Aku membiarkan saja dia memanggilku. Aku malas mahu melayannya. Suka hati dialah nak risau ke apa ke.

"Diya, awak kat atas ke? Sayang!" Panggilannya.

Dengar saja bunyi tapak kaki seseorang menaiki tangga, segera aku mengesat air mata dengan cepat. Aku tahu itu pasti Taehyung. Aku tak nak dia tahu aku menangis. Nanti mesti dia banyak soalan.

"Jawablah jangan buat saya ri... Lah, awak kat sini rupanya." Katanya lalu memeluk aku dari belakang.

Malaslah aku nak marah dia. Biarkan jelah.

"Awak buat apa kat sini? Nanti awak sejuk." Katanya.

"Biarlah. Saya yang sejuk bukan awak." Jawabku. Dia meletakkan dagunya ke bahuku.

"Awak kenapa? Awak masih marahkan saya ke pasal tadi tu?" Soalnya.

Aku menggelengkan kepala.

"Tak adalah. Saya tak ada mood." Alasanku. Dia memusingkan badanku untuk menghadapnya. Aku menunduk.

"Tipu. Awak menangis ke? Kali ni tolong jangan menipu." Katanya. Aku menghembuskan nafas lalu mengangguk.

Salah kaulah tu. Siapa suruh aku nangis?

"Kenapa menangis? Awak, kalau pasal siang tadi tu saya nak minta maaf. Saya cuma nak berbincang dengan Hanna pasal kitorang nak buat surprise untuk awak. Awak janganlah salah faham." Katanya dengan lembut. Aku mendongakkan kepala untuk memandang wajahnya.

Tinggi betul mamat ni. Ketinggian aku baru je 150 cm... dia dah 170 lebih..pergh! Sedih betul life aku. "(

"Tahu. Saya cuma tak suka. Yalah, saya kan isteri awak mestilah saya tak suka tengok suami sendiri bermesra dengan orang lain. Lagi-lagi dengan kawan sendiri. Lagilah saya terluka." Kataku dengan jujur. Biar dia tahu.

Dia tersenyum.

"Hmm.. awak cemburu ni. Dahlah, awak jangan fikirkan sangat pasal benda tu. Saya ni cuma sayangkan awak. Tak ada sesiapa pun yang ada lagi dalam hati saya selain awak. Melainkan mama dan papa. Janganlah sedih macam ni. Tak best." Katanya. Aku terus memukul dadanya.

"Hei, saya tak cemburu okay? Saya cuma tak suka! Faham tak apa yang saya maksudkan?" Soal aku. Realitinya yes! Aku memang cemburu. Cuma tak nak jujur. Malas!

"Yalah tu. Dah! Jangan menangis. Senyumlah sikit." Kata Taehyung.

"Awak suka sangat suruh saya senyum. Kenapa eh?" Soal aku sambil mengesat air mataku dengan tapak tangan.

Serius! Dia memang suka suruh aku senyum. Haish!

"Nak tau tak kenapa?" Soalnya. Aku mengangguk.

"Sebab senyuman awak mampu membuat setiap hari saya menjadi hari-hari yang indah. So, teruskan senyum, sayang." Katanya sambil merenung anak mata aku dengan pandangan yang penuh bermakna. Sesekali itu dia merenung ke arah bibirku yang mulai mengukirkan senyuman.

"Thanks, Tae." Kataku. Dia mengangguk. Tanpa aku sedar, aku terus memeluknya dengan erat. Taehyung tersenyum suka lalu membalas pelukanku.

"Jangan ulang lagi perbuatan tadi." Marahku. Dia ketawa kecil.

"Ya, saya takkan ulang dah. Janji." Katanya. Aku turut ketawa.

♡♡♡

Bersambung

Aww sweet dehh.. kalaulah aku kat tempat Diya.. mesti best 😂 ahahaha.. btw guys jangan lupa tau vote & comment!! 😘 😘

Suamiku Sayang (K.T.H)Where stories live. Discover now