36《TIADA LAGI》🐒💛

57 1 2
                                    

"Omma! Anak Diya dah tak ada.. anak Tae dengan Diya dah tak ada, omma.." Aku menangis sambil memeluk tubuh ommaku dengan erat. Mama Taehyung turut menangis. Dia berjalan ke arahku lalu kepalaku dicium olehnya.

"Diya.. sudahlah tu. Bertenang." Kata omma sambil mengusap lembut belakangku. Kepalaku yang berbalut itu dicium oleh omma.

"Omma bawa Diya jumpa dengan Tae sekarang. Diya nak jumpa dia. Diya nak jumpa suami Diya. Anak Tae dengan Diya.. dah tak ada lagi omma.. Diya nak anak Diya.. omma.." pelukan itu dilepaskan lalu kedua belah pipiku diusap lembut oleh omma.

"Sayang, suami kamu sedang dirawat di bilik kecemasan. Nanti kita tengok dia. Kamu bertenanglah." Kata omma sambil menitiskan air mata.

"Apa sebenarnya yang terjadi ni, sayang? Apa yang dah berlaku pada diri kamu dan Taehyung? Macam mana boleh kemalangan?" Soal mama bertubi-tubi dengan suaranya keserakan kerana menangis.

"Kami dilanggar lari dengan sebuah kereta. Kami kemalangan sewaktu hujan lebat. Kalau diikutkan Diya tak nak balik sebab hujan lebat. Tapi Taehyung degil juga nak balik sebab dia tak nak saya bertambah demam." Kataku.

"Tapi Diya tak salahkan Taehyung. Dan anak kami.. dah tak ada. Dia dah gugur, ma!" Kataku. Mama terus memelukku. Appa dan papa turut menangis melihatku. Hatiku ini terasa sangat kecewa. Kecewa dan sakit yang teramat apabila mengetahui bahawa anak aku dan Taehyung sudah tiada lagi. Aku langsung tak boleh terima kenyataan. Kenapa semua ni terjadi? Kenapa mesti di hidup aku? Apa salah aku?

♡♡♡

Beberapa jam kemudian, Taehyung sudah pun selesai dirawat. Dia ditempatkan di wad bersama denganku. Itu pun atas permintaan dari papa. Kedua-dua ibu bapa kami keluar sebentar dari wad aku dan Taehyung kerana mahu memberi ruang kepada aku dan Taehyung untuk berbicara.

"Tae sayang, bangunlah. Saya ada kat sini untuk awak. Dan.. baby.. baby dah tak ada. Bangunlah." Kataku sambil menggenggam erat tangannya. Air mataku deras mengalir. Mataku sudah bengkak kerana menangis dari tadi lagi.

"Sayang.." Akhirnya Taehyung sedar lalu membalas genggaman tanganku. Dia memandang wajahku. Aku terasa sedih apabila melihat keadaan Taehyung sebegitu. Kakinya belum boleh bergerak lagi dan kepalanya pula cedera. Kasihan.

"Tae ? Awak dah sedar? Baguslah!" Aku terus memeluk tubuhnya.

"Aw.. awak okay?" Soalnya. Aku melepaskan pelukan itu lalu mengangguk.

"Tae Junior, okay?" Soalnya. Aku terus menangis teresak-esak. Aku tak nak kalau dia kecewa.

"Tae.. anak kita.." kata-kataku tergagap kerana menangis.

"Kenapa dengan anak kita?" Soalnya dengan risau.

"Dah tak ada.. semua ni salah saya.. tolong maafkan saya Tae. Saya tau semua ni salah saya.. Kim Taehyung.." Taehyung bangun perlahan-lahan lalu memelukku dengan erat.

"Shh.. semua ni bukan salah awak. Salah saya sebab degil nak ajak awak balik dengan keadaan cuaca hujan yang lebat. Kalau saya tak degil waktu tu semuanya takkan terjadi dan baby kita pun akan sihat. Maafkan saya, Diya." Katanya sambil menitiskan air mata. Aku menggelengkan kepala.

"Bukan salah awak. Kita jangan salahkan diri sendiri. Semua ni dah terancang." Kataku sambil menangis. Ya, semua ni telah dirancang oleh Tuhan. Kita tak boleh menghalangnya.

"Anak saya Tae.. anak saya dah tak ada.." kataku. Terhinjut-hinjut bahuku kerana menangis. Aku tahu Taehyung pun turut menangis. Dengar saja tangisannya aku dah tahu dia kecewa.

♡♡♡

Setelah 2 minggu berturut-turut, aku dan Taehyung sudah pun dibenarkan pulang ke rumah. Aku sudah okay sedikit dan bolehlah aku jaga Taehyung.

Tangan Taehyung diletakkan di atas bahuku untuk membawanya masuk ke dalam rumah.

"Beratnya awak." Kataku. Dia ketawa kecil.

"Biasalah. Saya kan banyak otot mestilah berat." Katanya. Aku terus menjelingnya lalu tersenyum.

Sesampai di bilik, aku terus membaringkannya. Nak suruh dia berehat. Biar cepat sembuh macam dulu ")

"Awak berehatlah saya nak ambil barang. Kalau nak makan panggil je saya, ya sayang?" Kataku. Taehyung mengangguk. Baru saja aku ingin keluar dari bilik itu, tanganku ditarik oleh Taehyung.

Bersambung

Suamiku Sayang (K.T.H)Where stories live. Discover now