27《ATAS NAMA CINTA》🐒💛

46 2 0
                                    

Beberapa saat kemudian, aku keluar dari bilik persalinan itu dengan gaun yang sudah dikenakan pada tubuh kecilku lagikan pendek. Hahah.

Aku berdiri tepat di hadapan Taehyung. Dia berdiri lalu memandang aku dari bawah sampai ke atas. Ahaha.

"Macam mana? Okay tak?" Soalku. Dia tersenyum lebar lalu mengangguk.

"Okay. Okay sangat! Cantik, padanlah dengan awak." Katanya.

"Betul betullah!" Kataku. Dia mengeluh.

"Betul betullah ni. Haish!" Aku terus senyum.

"Kita ambil yang ni eh?" Kataku. Dia mengangguk.

Setelah selesai membuat pembayaran, aku dan Taehyung beredar dari situ untuk pergi ke tempat yang ingin ditujui.

♡♡♡

Betapa indahnya hidupku setelah hidup bersama lelaki yang tidak aku cintai. Pada hari jadiku, dialah yang membuat kejutan untukku. Kini, dia mengajak aku ke tempat yang agak indah iaitu di atas sebuah bukit yang diterangi dengan cahaya lampu dan belon-belon berlampu.

Aku sudah pun siap memakai gaun yang dibeli tadi. Taehyung pun turut memakai baju yang agak cantik dan menampakkan dirinya bukan seorang pelajar. Haha! Handsome..

"Apa semua ni, Tae? Kenapa.. kenapa awak ajak saya ke tempat ni?" Soal aku dengan teruja. Taehyung tersenyum lebar.

"Semua ni untuk awak. Suka tak?" Soalnya. Aku memukul lembut bahunya.

"Ish! Mestilah saya suka. Cantik tau tempat ni." Kataku. Dia ketawa kecil lalu menggenggam erat tanganku dan berdiri menghadapku.

Wow.. hahaha

"Sayang, saya cintakan awak. Sangat sangat cinta. Saya buat semua ni sebab saya nak membuktikan pada awak betapa cintanya saya pada awak. Kalau tarikh perkahwinan kita 6 April, apa salahnya kalau kita akan berkahwin pada tarikh 15 September kan?" Soalnya. Aku tersenyum lebar. Dia tersenyum lalu mengeluarkan rantai yang berbentuk hati.

"Rantai ni akan menjadi saksi perkahwinan kedua kita. Saya nak kahwin dengan awak untuk kali yang kedua sebab di perkahwinan kita yang pertama, perkahwinan tu bukan terjadi disebabkan cinta awak dan saya. Ya, memang saya cintakan awak tapi awak tak. Dan sekarang, saya nak awak luahkan perasaan awak yang sebenarnya terhadap saya. Walaupun awak tak bagitau yang awak cintakan saya, dari mata awak pun saya dah tau. Luahkan je saya nak tau isi hati awak." Kata Taehyung. Mata aku dah mulai berkaca.

"Kim Taehyung, atas nama cinta kita, saya akan luahkan isi hati saya. Betul apa yang awak cakap, ya saya cintakan awak." Kataku lalu menitiskan air mata.

"Bersaksikan bulan dan bintang di malam harini, sudikah awak menjadi permaisuri saya buat selamanya?" Soal Taehyung. Aku mengangguk.

"Bersaksikan cinta dan hati kita, saya sudi." Jawabku. Dia tersenyum lebar lalu kembali berdiri dan memakaikan rantai itu kepadaku.

"Terima kasih, sayang." Kataku. Dia menggenggam tanganku.

"Sumpah atas nama cinta kita, saya berjanji akan menjaga awak sebaik-baiknya dan takkan pernah buat awak terluka. Saya nak awak seorang je yang akan menjadi mommy kepada anak-anak saya nanti. Saya akan tetap bersama dengan awak walau apa pun yang terjadi. Andai kata pernikahan kita dihalang oleh orang yang jahat, saya tetap akan setia hanya untuk Cinta saya iaitu awak, Kwon Diya." Kata Taehyung sambil menitiskan air mata.

"Sumpah atas nama cinta kita, saya berjanji takkan pernah melukakan hati awak walaupun sekali. Saya akan berjanji akan menyayangi dan mencintai awak seorang je. Terima kasih kerana hadir di dalam hidup saya. Awaklah orang pertama yang berjaya mengambil hati saya dan dijadikan sebagai cinta yang tak akan terpisah. Awak dan saya tetap bersama." Kataku. Dia mengangguk lalu menangis. Begitu juga aku.

"Terima kasih, sayang. Terima kasih." Katanya lalu memelukku.

Akhirnya aku sudah pun meluahkan isi hatiku terhadap lelaki yang aku cintai, dialah suamiku, Kim Taehyung.

Pelukan itu dilepaskan lalu dia merenung dalam anak mataku. Dia mengucup bibirku dengan lembut dan ciuman itu dibalas olehku.

Bersambung

Korang.. seandainya korang kat tempat Diya, korang nak tak dapat husband sweet macam Tae? 😆 kalau author nak je 😂 .. sweet lah Taetae kita ni 😘💕 aish aish.. maaflah terover 😂

Suamiku Sayang (K.T.H)Where stories live. Discover now