41《LAST : THANKS FOR EVERYTHING》🐒💛

105 5 0
                                    

Tiba-tiba Taehyung menghentikan langkahannya lalu berdiri menghadapku sambil memegang kedua belah tanganku. Tae Junior aku lepaskan untuk sementara haha. Don't worry.. dia ada je kat situ. Dia tak lari ke mana pun kalau mommy dengan daddy dia tak ikut. Haha..

"Sayang.. saya cuma nak ucapkan sesuatu pada awak." Kata Taehyung. Aku tersenyum.

"Selama kita berkawan, awak selalu bertahan dengan perangai buruk saya yang suka usik awak dulu. Bila saya cakap yang saya sukakan awak, jujurlah, hati saya ni rasa debar-debar. Rasa macam nak keluar pun ada. Tapi saya ketepikan dulu rasa tu. Yang penting saya dapat awak untuk dijadikan sebagai girlfriend saya yang tercinta. Maaflah kalau saya ni ada sikap 'byuntae' haha. Kita ni kejap benci kejap sayang sesama diri. Lagi-lagi awak. Suka sangat marahkan saya. Tapi saya tak kisah. Saya suka bila awak marahkan saya sebab bila awak marah tu muka awak mesti merah. Kalah tomato. Kalau awak nak tahu, awaklah orang pertama yang dapat menarik perhatian saya dengan keperibadian awak. Saya berasa sangat bersyukur bila saya ditakdirkan untuk bersama dengan gadis macam awak. Saya tahu saya ni melebih tapi awak tetap bertahan. Saya minta maaf sangat sangat kalau saya ada buat awak sakit hati ke apa ke. Jangan risau, saya hanya ada awak je kat dalam hati ni. Thanks for everything sayang." Kata Taehyung. Aku mengangguk lalu menitiskan air mata. Terharu wehh!! ~_~♡

"Haha so sweet. Saya pun sama juga, Tae. Thanks sebab bertahan dengan sikap panas baran saya sewaktu zaman sekolah dulu. Saya tahu saya selalu marahkan awak. Itu sebab awak terlalu menjengkelkan!" Kataku. Kami berdua terus ketawa.

"Hahahaha!" Taehyung ketawa dengan galak.

"Ya, betul! Tapi sekarang saya dah tak kisah lagi sebab saya sayang. Sayang sangat sangat. Kalau boleh, saya nak awak tahu. Awaklah cinta pertama saya, awaklah first kiss saya dan awaklah segala-galanya bagi saya. Sewaktu perkahwinan kita dah masuk 9 bulan, saya dah nampak betapa cintanya awak terhadap saya. Awak dah buktikan pun yang awak betul-betul cintakan saya. Waktu tu baru saya sedar yang awak tak tipu. Sejak tulah saya dah mula jatuh hati pada awak. Walaupun saya tak dapat bagi awak anak, awak tetap setia dengan saya. Tak pernah pun awak berubah hati nak cari yang baru hanya kerana saya tak boleh mengandung. Saya rasa berterima kasih sangat. Masa tu jujurlah, saya takut kalau saya tak boleh mengandung... awak akan tinggalkan saya. Tapi sebenarnya tak. Awak tetap bersama dengan saya. Saya happy sangat sebab awak sentiasa ada di sisi saya untuk berikan kekuatan. Bila saya rasa tak boleh, awak selalu bagi saya semangat. Memang tak berubah dari zaman sekolah dulu. Thanks for everything, sayang. Thanks sangat sangat sebab stay dengan saya selama 3 tahun ni. Saya sayang awak, Taehyung. Sayang sangat. Jangan tinggalkan saya ya?" Kataku. Mata Taehyung dah mulai menitiskan air mata. Dia mengangguk lalu mencium dahiku.

"Ya, saya takkan pernah tinggalkan awak walaupun sekali. Saya akan sentiasa ada di sisi awak sampailah takdir yang pisahkan kita. Awak jangan risau." Jawabnya. Aku mengangguk.

Taehyung memegang leherku lalu bibirku dicium lama olehnya. Ciumannya aku balas dengan lembut.

Inilah kehidupan aku dan Taehyung, setia pada yang satu. Dulu memang aku benci sangat pada diri dia dan sekarang? Aku sendiri yang sayangkan dia. Makin hari makin cinta. Dia seorang yang baik, prihatin, penyayang dan comel. Hehe. Sebab tu aku suka. Ewah! ^_^

Novel :
"Berakhirlah sudah kisah diantara dua insan yang mencintai antara satu sama lain. Si Suami dan Si Isteri akhirnya dapat menerima kenyataan bahawa mereka tidak dapat mempunyai anak. Mereka tetap bahagia meskipun tidak ada zuriat. Itulah cinta mereka. Walaupun tiada anak hasil daripada cinta mereka, mereka tetap setia antara satu sama lain. Setia pada yang satu buat selamanya."

Thanks untuk semuanya, Suamiku Sayang~♡

-TAMAT-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 09, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suamiku Sayang (K.T.H)Where stories live. Discover now