"Baiklah. Saya akan tanya soalan kepada awak. Awak dah terima saya atau belum? Jujur tau." Katanya. Riak wajahku mulai berubah. Entah aku sendiri binggung dengan perasaanku. Sama ada dah terima atau belum. Tapi aku sedar aku dah mulai sayangkan dia dan ianya bukan cinta. Aku sayangkan dia sebagai kawan. Entah kenapa susah sangat bagiku untuk terima cinta dia? Hmm..
Macam manalah aku nak jawab.
Aku merenung wajahnya lama dengan sayu."DIYA!" Panggilannya membuatkan lamunanku terus terhenti.
"Ah, ya?" Soalku.
"Your answer, please?" Katanya.
"Oh! Ya ya! Sorry, tadi saya tengah fikirkan sesuatu." Alasanku sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal itu.
"Erm.. awak nak saya jujur ke tentang perasaan saya pada awak?" Tanyaku. Dia mengangguk. Aku mengangguk lalu melepaskan pelukanku terhadap lehernya.
"T.. Tae, sorry. Saya.. saya pun tak tau kenapa susah sangat untuk saya terima cinta awak. Selama sebulan kita bersama saya tunggu je perasaan ni muncul. Tapi tetap tak boleh. Saya tau saya dah buat awak terluka dan saya dah buat awak kecewa." Kataku. Dia menundukkan kepalanya.
"Dah sembilan bulan dah, Diya. Bila awak nak terima saya? Kahwin pun dah. Bila awak boleh bukakan hati awak untuk saya?" Soalnya dengan sayu dan seperti mahu menangis.
Matanya. Aku perasan akan matanya yang sudah berkaca.
"Tae, sorry. Saya janji saya akan berusaha untuk timbulkan perasaan ni untuk awak. Saya janji." Kataku. Dia mengangguk lalu mengusap lembut pipiku.
"Ya, saya faham. Saya takkan paksa awak. Saya tetap akan tunggu. Tapi, awak kena janji. Tetaplah bersama saya." Kata Taehyung. Aku mengangguk.
"Ya, saya akan tetap bersama dengan awak." Jawabku. Dia memberikan senyuman nipis lalu meninggalkanku sendirian di kolam itu.
"Naiklah. Nanti sejuk." Katanya. Aku akur dan terus keluar dari kolam renang itu.
♡♡♡
Semua BTS member sudah berkumpul di Cafe yang selalu kami kunjungi. Hanna dan Jung Min pun turut ada di situ. Mereka seolah-olah sedang membincangkan sesuatu. Yang paling aku hairan, kenapa Taehyung turut ada di situ? Ada apa-apa event ke diorang ni?
"Korang, tau tak kenapa aku suruh datang?" Soal Taehyung. Semua mereka menggelengkan kepala kecuali Jung Min dan Hanna.
"Dia datang sebab dia nak buat plan untuk..." mereka semua mulai berbincang. Aku pun tak tahu mereka bincangkan apa.
♡♡♡
Aku dan Hanna sudah pun tiba ke rumahku dan Taehyung. Aku berjalan terhuyung-hayang sedikit. Yeah, aku minum sikit sebab sedih. Sedih sebab aku susah nak terima Taehyung sebagai orang yang aku cinta. Kalau aku sedih, aku akan minum banyan-banyak. Lagipun minuman Soju tu favourite aku. Boleh tahan bisalah juga araknya. Ahaha!
Waktu nak buka pintu rumah tu, aku hampir-hampir rebah, tapi sempat disambut oleh Hanna.
"Kau ni okay tak? Sinilah biar aku bukakan." Katanya. Aku memegang dahiku sambil tangan di sebelah kanan berpegang pada pagar. Yalah takut jatuh.
"Aku okay. Aku okay." Jawabku. Hanna merampas kunci rumah dari tanganku lalu dia yang membukakan pintu untuk kami berdua.
Aku hairan. Kenapa semuanya gelap? Takkanlah Taehyung keluar lagi? Setahu aku dia tak keluar pun tadi. Aneh.
"Hanna, kenapa rumah aku gelap ni?" Soal aku sambil mencari-cari Hanna. Tengok-tengok je dia dah tak ada. Aku mengerutkan dahi lalu menghidupkan lampu.
Baru selangkah dah masuk, aku terus mahu memuntahkan sesuatu. Aku berlari ke arah sinki dengan laju lalu muntah, muntah and muntah. Okay, aku mabuk guys. -..-
Lepas muntah tu, aku terus mencuci mulut dan terus pergi ke sofa untuk duduk.
Waktu nak baring tu, secara mengejut lampu dibuka lalu terlihatlah wajah BTS member, Hanna dan Jung Min.
"Arghhh!!" Jerit aku lalu terus terduduk kerana terkejut. Taehyung menghampiriku lalu membantuku untuk bangun.
"Awak mabuk?" Soalnya. Aku mengangguk lalu menunduk. Confirm dia marah.
"Yalah, tak apa. Saya tak marah. Lain kali jangan minum terlalu banyak." Nasihat darinya. Aku mengangguk.
Bersambung
Korang nak tak jadi macam Diya? Tae tetap setia cintakan dia walaupun dia belum terima Tae. Lepastu dia sambut birthday Diya. Nak? 😂😂 ahaha..
YOU ARE READING
Suamiku Sayang (K.T.H)
Romansa"Bersaksikan bulan dan bintang di malam harini, sudikah awak menjadi permaisuri saya buat selamanya?" Soal Taehyung. Aku mengangguk. "Bersaksikan cinta dan hati kita, saya sudi." Jawabku. Dia tersenyum lebar lalu kembali berdiri dan memakaikan ranta...