Part Satu

8.7K 366 18
                                    

(Song - Esok Masih Ada, Hannah De)

Nafasnya semakin sukar untuk diatur, langit yang menjadi tatapan matanya tadi kini kian kabur. Cahaya itu semakin menghilang sedikit demi sedikit. Panas yang dirasakan pada kepala semakin memuncak, telinganya menangkap bunyi kenderaan di sekeliling sekaligus suara beberapa orang mulai sayup kedengaran. Dalam kiraan beberapa detik semuanya gelap dan sunyi. Paparan skrin hitam kosong terbentang luas tiada satu pun cahaya.

"Aileen!" Jerit Maryam berlari ke arah ambulans yang membawa anak gadisnya tadi, dia susuli hingga ke hadapan zon kecemasan namun tidak dibenarkan membatasi kamar itu. Mahfiz menarik lengan isterinya lalu membawa ke dalam dakapan. Suara tangisan Maryam memecah kesunyian koridor zon kecemasan. Airmata lelaki Mahfiz tumpas jua akhirnya apabila terlalu sakit melihat keadaan dua wanita yang dicintainya begini.

"Anak kita awak---"

"Ya saya tahu, tolong kuat untuk Aileen. She need us right now..." suara Mahfiz bercampur sebak mengusap lembut belakang badan Maryam yang masih tersedu sedu.

"Semua ni salah saya---"

"Tak, benda nak jadi awak---"

"Kalau saya hantar Aileen tadi, semua ni tak akan terjadi! Salah saya!" Maryam menolak suaminya lantas menekup wajahnya menyesali tindakannya yang tidak berkeras untuk menemani anaknya beberapa jam tadi. Aileen pasti selamat jika bersamanya tadi.

"Mar, benda nak jadi. Berhenti salahkan diri sendiri... saya tak suka tengok awak macam ni. Dalam keadaan macam ni awak sepatutnya kuat, bagi semangat untuk anak kita." Mahfiz memegang dua pergelangan tangan isterinya yang masih menundukkan wajahnya ke bawah masih bergenang airmata. Dia menghampiri zon kecemasan meneliti di sebalik kaca pintu itu namun hanya tabir biru saja kelihatan dari situ. Maryam memejamkan matanya tatkala wajah anak perempuannya berlumuran darah menerjah fikirkan.

Mahfiz mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mendail nombor Arjuna, anak lelakinya apabila dia baru teringatkan ada seseorang yang hilang antara mereka. Suara Arjuna jelas kedengaran kaget dihujung talian sehingga tidak berkata apa apa selain mematikan panggilan setelah diberitahu berita itu. Mahfiz memegang bahu Maryam yang masih bersisa airmata memujuk perempuan itu untuk duduk dahulu sementara para doktor menangani anak mereka didalam. Hanya doa mampu mengiringi anakandanya agar terus kuat dan melawan masa masa kritikalnya. Jangan ambil Aileen... kami masih belum bersedia untuk kehilangan anugerah terindah yang kau berikan kepada kami. Belum puas kami curahkan rasa kasih untuknya...

"Macam mana boleh jadi macam ni?! Adik drive sendiri? Ke dia dilanggar? Haa ayah?" Arjuna menerjah orangtuanya dengan soalan yang lansung tidak sama sekali difikirkan oleh mereka. Berita kemalangan anaknya hanya dimaklumkan oleh orang awam yang menjumpai telefon Aileen di tempat kejadian.

"Adik tak bawak kereta dia tadi..." suara Maryam mencelah. Kereta Aileen rosak sejak dua hari lalu, kerana itulah dia menawarkan mahu menghantar Aileen tadi namun ditolak oleh anak gadisnya atas alasan tidak mahu menyusahkan lagi pula dia hanya mahu berjumpa sahabat baiknya berdekatan kawasan rumah saja.

"Orang yang langgar dia hantar dia kat sini?! Ke macam mana?" Arjuna masih tidak berpuas hati. Jika dia berjumpa siapa yang melanggar adiknya sudah pasti habis orang itu dikerjakan olehnya. Soalan Arjuna dibiar tergantung saja, kedua orang tuanya juga bingung tidak tahu cerita sebenar. Saksi kejadian juga dikatakan hanya melihat Aileen sudah terbaring di pinggir jalan saja.

Dari jauh kelihatan seseorang yang begitu Arjuna kenali berlari meluru ke arah mereka. Gadis yang menjadi sahabat baik Aileen satu satunya, Sofea.  Sama seperti Arjuna tadi, Sofea juga bertanyakan hal yang sama namun apabila diberitahu mereka juga tidak tahu apa yang terjadi Sofea hanya terduduk di kerusi menyandar mulai menitiskan airmata. Nama Aileen meniti dibibirnya tatkala rambut panjangnya menutupi seluruh sisi wajahnya. Hari ini sepatutnya menjadi hari yang paling gembira buat mereka kerana masing masing sudah menerima tawaran pekerjaan. Perjumpaan mereka di cafe berdekatan rumah Aileen adalah untuk meraikan berita gembira itu sebelum Sofea sibuk selepas ini, bimbang tiada masa untuk berkumpul berdua lagi. Dia tidak menyangka ini pula yang terjadi... bagaimana dia mahu berangkat ke Singapura esok sedangkan sahabat baiknya dalam keadaan begini?

Cinta SepertiNyaWhere stories live. Discover now