Part Dua Belas

1.9K 145 9
                                    

"Seronoknya dapat berehat hari minggu, kenapalah cuti dua hari je. Kalau seminggu kan best!" Luah Izz Zafrel menaikkan kedua tangannya menggeliat menghirup udara pagi itu. Wajahnya kelihatan segar sekali biarpun di kepala masih memikirkan seseorang, seseorang yang sudah berjaya mencuri hatinya.

"Apa rancangan hari ni?" Tegur Aileen tiba tiba berminat untuk tahu kegiatan lelaki itu.

"Rancangan hari ni? Tak buat apa, aku nak duduk bilik tidur sepanjang hari. Takpayah pandang muka kau, yeah plan yang sangat bagus!" Izz Zafrel meninggalkan Aileen di depan rumah lantas masuk ke dapur mencari Hanizah untuk mengajak wanita itu bersarapan. Anehnya Aileen tidak mengikut Izz Zafrel pula malah dia terus beritahu untuk keluar berjogging.

"Adik macam marahkan ibu je..." cebik Hanizah menyuap sekeping roti yang dicicah air milo ke mulutnya.

"Dah kenapa pulak pandai nak marahkan ibu? Dia tak tahu ke ibu ni tuan rumah? Dah lah menumpang ada hati nak marah ibu," celupar Izz Zafrel sudah mengutuk gadis itu awal pagi ini.

"Dia minta ibu tolong sesuatu, dan ibu menolak untuk tolong dia. Ibu tak boleh buat apa kalau berkaitan perasaan ni," luah Hanizah nampaknya masih berkalis tidak mahu Izz Zafrel berfikir bukan bukan pula terhadap Aileen.

"Biarkan dia ibu! Dia ingat semua yang dia nak dalam dunia ni boleh dapat? Jangan layankan sangatlah. Sesekali kena ajar orang macam tu." Izz Zafrel menyokong apa yang dibuat oleh Hanizah walhal wanita itu sudah merasa hidupnya tidak lengkap seperti biasa.

Ibu minta maaf adik, ibu tak boleh masuk campur dalam urusan hati anak ibu...

"Susah sangat ke nak belajar cakap baik baik dengan aku Izz!" Jeritnya melepaskan geram diatas bukit yang menampakkan bandar daripada jauh. Hatinya cukup mengharapkan lelaki itu mampu tersenyum berbual dengan nada yang lebih lembut dengannya. Entah apa lagi cara untuk dia gunakan memikat lelaki itu, digoda tak layan jugak!

"Aku cintakan kau Izz..." tangisnya mulai memecahkan kesunyian sekeliling yang hanya bertemankan bunyi cengekerik sejak tadi lagi. Lututnya sengaja dijatuhkan ke tanah tatkala dia sendiri tidak mampu menampung tubuhnya yang lemah seiring hatinya yang terluka. Usahanya sudah sampai ke penghujung, dia akan kehilangan Izz Zafrel lelaki yang begitu dia kejarkan.

"You know i always be there when you need me," tegur seseorang membuatkan Aileen segera menghapus semua air yang membasahkan mukanya tadi. Kepalanya ditolehkan mencari pemilik suara itu.

"Sofea?"

"Its me! Im back Aileen," Sofea membuka tangannya menunggu pelukannya dilengkapkan oleh Aileen. Aileen masih keliru bahkan dia hampir tidak mengingati gadis yang berdiri didepannya ini siapa, mungkin kerana kesan kemalangan dahulu atau Sofea yang sudah merubah penampilannya.

"I love him Sofea..." Aileen memeluk Sofea tanpa sedar terucap sesuatu.

"Him? Siapa? Did he hurt you? Kalau dia sakitkan hati kau, aku pukul dia!" Sofea mengerutkan keningnya menjaga perasaan Aileen seolah-olah mahu menyokong sahabatnya.

"Kau pukul dia, kau berdepan dengan aku." Aileen kembali memberi amaran yang agak menakutkan Sofea sedikit. Benar kata Arjuna, sahabat baiknya sudah berubah. Demi seorang lelaki dia menjadi dingin begini.

"You must be very in love with him, sampai keluarga kau sendiri pun kau dah ketepikan. Tak salah cintakan seseorang, tapi jangan sampai kau buang manusia yang sentiasa ada untuk kau." Sofea sempat membasuh Aileen memandangkan tingkah lakunya sudah aneh sekarang. Apa setan dah merasuk ke sampai boleh berubah drastik begini?!

Cinta SepertiNyaWhere stories live. Discover now