Dia bukan gadis bimbo, dia gadis yang dahagakan kasih aku, kasih seorang lelaki yang dambakan cinta wanita lain. Aku mahu gadis yang santun menjadi teman hidup aku. Apa salah aku memilih?
'Learn to love me maybe?' - Aileen
'Hati ini milik Airis!'...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Izz melihat isterinya bahagia apabila dapat berlari sepuasnya dalam ladang bunga matahari. Biar beribu bunga cantik itu di sekeliling tetap saja Aileen yang paling indah dimatanya. Angin yang kuat meniup rambut panjang Aileen sesekali membuatkan dia berhenti lantas hanya memejamkan mata membiarkan hembusan angin menyapa wajahnya. Izz duduk di sebelah Aileen mengelus pipi lembut isterinya sebelum diajak baring atas rumput bersamanya.
"Izz... saya bahagia sangat bila ada dekat dengan awak." Ucap Aileen masih tersenyum manis merenung dalam ke dalam mata suaminya. Sesekali dia menyingkap rambut yang terbang hampir mengenai matanya.
"Saya akan bahagiakan awak sampai bila bila sayang..." Izz memusingkan tubuhnya berbantalkan lengannya membalas renungan Aileen.
"Tapi salah seorang harus berkorban Izz---"
"Berkorban apa ni? Apa maksud awak?" Tanya Izz segera bangun menyusul Aileen yang sudah sedia dalam keadaan duduk. Wajahnya serius tidak seperti tadi lagi.
"Awak takkan mampu untuk menjaga dua hati biarpun ada yang ikhlas... kerana pada akhirnya seorang pasti terluka. Seseorang harus pergi," ujarnya memegang kedua pipi Izz, pandangan matanya kali ini teramat redup dan sayu. Saat itu juga tubuh Aileen berpaling mahu pergi meninggalkan Izz.
"No, no sayang... jangan! Jangan tinggalkan saya!" Rayu Izz memegang erat tangan isterinya tidak sanggup ditinggal begitu saja. Dengan hanya sekali pandangan saja, tangan Izz dia lepas lantas jasadnya hilang entah kemana meninggalkan Izz yang jatuh melutut ke rumput dan menangis semahunya.
Baliklah sayang... jangan tinggalkan saya!
"Jangan tinggalkan saya... jangan----"
"Izz bangun! Dah nak habis waktu Asar, cepat." Wajah Aileen yang muncul di hadapannya membuatkan dia tiba tiba tersenyum lantas terus memeluk erat isterinya.
"Jangan tinggalkan Izz!"
Dah kenapa suami aku ni? Tebiat ke?
"Itulah orang cakap jangan tidur waktu Asar, tengok dah mimpi yang bukan bukan. Mimpi orang dah mati lah tu..." bebel Aileen membuat andaian sendiri lantas melepaskan pelukan Izz tadi. Dia kembali bangun untuk menghulur tuala kepada Izz supaya segera membersihkan diri bimbang terlepas waktu solat Asar.
Izz menggosok matanya masih mamai memerhatikan sekiling. Ladang bunga matahari tadi hilang diganti dengan bilik tidur mereka. Aileen yang hilang kini ada didepan matanya. Izz menghembuskan nafasnya menyedari semua yang dia alami tadi hanyalah sekadar mimpi buruknya. Tuala yang diletakkan oleh Aileen atas katil dia capai lantas segera bangun sambil matanya masih belum mahu melepaskan Aileen. Beberapa tapak lagi kaki Izz mahu melangkah masuk ke bilik air namun dia membatalkan niat itu sebaliknya terus memeluk Aileen dari belakang. Dia masih rindukan Aileen, perasaan takut kehilangan isterinya masih menebal dalam diri.