(Song : You are the reason, Calum)
"Anak ibu okay ke?" Tanya Hanizah duduk disebelah Izz Zafrel memulakan perbualan.
"Izz okay ibu, cuma Izz baru sedar sesuatu yang nak kita nak tu kadang kadang tak mungkin ditakdirkan untuk kekal bersama kita kan?" Katanya merenung ke arah dedaun pokok yang berguguran banyak hadapan rumah mereka. Angin yang mendamaikan pagi itu seolah olah mengerti tentang apa yang dirasakan oleh Izz.
"Ya... kadang kadang apa yang kita nak tak semestinya baik buat kita sebab tu Allah tak benarkan ia kekal. Ibu yakin ada yang lebih baik untuk Izz," Hanizah tersenyum ke arah anak lelakinya sedikit sebanyak membuat lelaki itu faham akan takdir hidup.
"Ibu... maafkan Izz tak dengar cakap ibu selama ni. Izz sibuk meletakkan segunung harapan sebelum ni, Izz tak fikir pun perasaan tu akan buat Izz terluka akhirnya. Izz minta maaf?" Tangan Hanizah digenggam oleh Izz Zafrel lembut dengan pandangan yang begitu redup.
"Ini pertama kali Izz terluka, mungkin agak sakit sikit... sakit tu perlukan waktu untuk sembuh." Hanizah tahu emosi anaknya pasti berkecamuk diperlakukan begitu oleh Airis apatah lagi hatinya sendiri juga ikut hancur. Aku hampir membayangkan Airis menjadi menantu aku tapi percaturan Tuhan itu mengatasi segala galanya...
"Eh mana Aileen?" Tanya Izz Zafrel baru sedar paginya kurang tanpa seorang lagi ahli keluarga mereka. Kepalanya ditoleh ke dalam rumah mencari Aileen namun masih jua tidal kelihatan.
"Tidur lagi, Izz pergi kejutlah. Ibu nak masuk buat sarapan sedap sedap untuk anak ibu. Babai!" Nada suara Hanizah riang melambaikan tangannya kepada Izz Zafrel lantas masuk ke rumah meninggalkan lelaki itu.
Anak dara apa tidur lagi pagi pagi ni?
Izz Zafrel memulas tombol pintu bilik Aileen lantas kepalanya dijengah ke dalam mencari Aileen. Ternyata benar gadis itu sedang asyik diulit mimpi lagi siap berselimut seluruh badan pula. Izz Zafrel mengambil kerusi di meja solek lalu diduduknya mengadap gadis itu. Wajah Aileen yang tenang menerbitkan satu rasa yang dia sendiri tidak faham, rasanya selesa berdekatan Aileen. Dia akui perangai gadis itu adakalanya gila dan menyakitkan hati namun apabila diingat kembali apa yang gadis itu lakukan semata mata hanya kerana inginkan perhatiannya. Bagaimana rasanya ditolak berkali kali Aileen? Pasti kau sakit dilayani kasar oleh aku... aku minta maaf...
"Eh? Izz? Buat ape masuk bilik saya?" Aileen terkejut tatkala terlihat lelaki itu tercongok merenungnya sebaik saja matanya dibuka.
"Kejut kau lah! Kau ni tidur memang tak reti bangun pagi? Aku... tak pernah nampak kau solat, kau tahu solat ke tak?" Nada suara Izz Zafrel yang awalnya kasar bertukar menjadi serba salah apabila berkait tentang isu agama. Siapa lagi nak tegur kalau bukan aku? Aku keluarga dia jugak kot!
"Tahu," jawabnya teragak agak. Air liurnya ditelan malu.
"Kalau tahu kenapa tak buat? Kita orang Islam Aileen... aku sayang kau, aku taknaklah kau hidup dalam dosa."
Sayang? Izz baru sebut dia sayang aku? Oh nyawa! Mintak nyawa!
"Aileen! Aku ni cakap benda serius tau, kau boleh sengih sengih. Terserahlah! Aku ni dah jalankan tanggungjawab aku sebagai saudara islam, selebihnya antara kau dengan Allah."
Deep!
"Masa sihat ni lah kau kena berdoa, manusia ni cepat sangat lupa pada pencipta. Nak apa apa eh pandai pulak mengadap Tuhan tapi bila dah senang? Lupa Tuhan..."
Sekali lagi deep!
"Aku tahu berat untuk kau berubah tapi kau boleh cuba kan? Bermula dengan jaga hubungan kau dengan Allah?" Suara Izz Zafrel lembut meruntun hatinya kembali mengingati dengan apa yang dia sendiri tak pernah terfikir. Semuanya dianggap remeh olehnya selama ini. Dahulunya aku solat, selepas kemalangan itu aku buta hati... aku hanya fokus mendapatkam cinta sang lelaki walhal aku lupa dia juga makhluk ciptaanMu. Allah...
YOU ARE READING
Cinta SepertiNya
RomansaDia bukan gadis bimbo, dia gadis yang dahagakan kasih aku, kasih seorang lelaki yang dambakan cinta wanita lain. Aku mahu gadis yang santun menjadi teman hidup aku. Apa salah aku memilih? 'Learn to love me maybe?' - Aileen 'Hati ini milik Airis!'...