Dia bukan gadis bimbo, dia gadis yang dahagakan kasih aku, kasih seorang lelaki yang dambakan cinta wanita lain. Aku mahu gadis yang santun menjadi teman hidup aku. Apa salah aku memilih?
'Learn to love me maybe?' - Aileen
'Hati ini milik Airis!'...
"Is it necessary to say all that bad words to her?" Rainna memeluk tubuh seakan tidak berpuas hati dengan tindakan Izz.
"Tengking perempuan tu bukan cara kita orang lelaki bro, she's nobody to you and i bet her parent pun tak pernah tinggi suara dengan dia." Harris turut mengeluarkan kata kata yang pedas kali ini. Sejujurnya semua ini dirancang oleh mereka berdua untuk Izz namun mereka tidak menyangka pula Aileen sanggup meletakkan semua kesalahan itu dibahunya seorang diri.
"So korang nak kata apa yang dia buat tu betul? Sampai ibu menangis macam tadi? Kalau ibu sakit jantung and sakit?" Izz mempertahankan dirinya merasa dia paling betul sekarang ini.
"Ibu okay jelah——"
"Tadi ibu nangis teruk tahu tak? Muka ibu berpeluh peluh risaukan dia, end up? Dia tipu kita semua. Banyak benda lagi boleh buat main main tapi bukan melibatkan nyawa." Izz segera meninggalkan mereka diruang tamu untuk masuk mandi terlebih dahulu. Aileen menjenguk dari luar menunggu keadaan reda sedikit sebelum melangkah masuk itupun setelah berdas das diceramahi Arjuna.
"Kitaorang minta maaf Aileen, kitaorang tak patut babitkan kau." Rainna memeluk Aileen yang masih kelihatan terpukul dengan kata kata Izz tadi. Belum sempat Hanizah mahu memujuk anak angkatnya, dia berlari masuk ke bilik menutup pintu biliknya rapat. Situasi ini amatlah tidak digemari oleh Hanizah, kedua anaknya menyeksa hati masing masing.
"Ibu bagilah dorang masa, inshaaAllah nanti dorang dua berbaiklah tu. Ibu rehatlah dulu, ada apa apa terus telefon Harris dengan Rainna?" Harris menyalami tangan Hanizah diikuti Rainna sebelum bergerak untuk pulang bersama.
Aku tak akan sukakan kau Tak akan!
Ayat itu masih terngiang ngiang dalam kepala Aileen sehingga kini meskipun dia cuba untuk menganggap semua itu hanyalah pencabarnya bagi berusaha keras untuk mendapatkan lelaki itu. Baru saja dia melihat senyuman Izz yang telah lama dia rindukan namun sekarang semuanya sudah musnah. Lelaki itu bertambah dingin apabila terserempak dengannya dalam rumah ini, melihat jelingan Izz cukup membuatkan hati Aileen terluka. Apakah aku harus mengalah? Perjuangan aku terhenti setakat ini saja? Izz bukan milik aku?
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Hai?" Sofea menyapa Aileen didepan pintu setelah dia menelefon seperti memerlukannya.
"Hai, please come in..." suara Aileen kedengaran masih sayu. Izz sempat menjenguk untuk melihat siapa yang kemari namun apabila bertentang mata dengan Aileen, cepat cepat dia masuk ke bilik menghempas pintu.
"Are you okay?" Tanya Sofea setelah mereka duduk di katil hampir beberapa minit. Wajah Aileen jelas menunjukkan dia dalam kesusahan.
"No, im not. He rejected me again,"
"Come on Aileen, kau bukan orang yang senang mengalah. Kau mesti dapatkan apa yang kau nak——"
"But not this time, he doesnt want me at all even after i tried so hard. Aku dah penat Sofea... maybe betul orang cakap, cinta tak boleh dipaksa?" Mata Aileen merenung tepat ke mata Sofea memaksudkan apa yang diucap. Dia kelihatan benar benar mahu mengalah kali ini.