Part Dua Puluh Enam

2.6K 220 7
                                    

"Amboi segak bergaya Encik Izz harini," puji Mariah biarpun hanya Arjuna yang dia suka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Amboi segak bergaya Encik Izz harini," puji Mariah biarpun hanya Arjuna yang dia suka.

"Saya nak tanya sikit, perempuan memang suka double meaning eh?" Tanya Izz teringatkan kata kata isterinya semalam.

"Double meaning? Tak jugak, tapi perempuan ni sebenarnya dia malu nak cakap straight forward. Dia lebih suka kias kias," ujar Mariah menjawab pertanyaan Izz.

"Oh patutlah awak dah melepas Encik Arjuna, sibuk nak berkias. Haa kiaslah sampai abang ipar saya dah naik pelamin," sindir Izz segera berlalu pergi setelah membahan salah seorang pekerja disitu.

"Eee kurang asam punya budak!" Getus Mariah geram. Sesekali dia teringin juga mahu memberi amaran kepada Rainna namun apabila teringatkan apa yang terjadi kepada sahabatnya, Naura dahulu... dia membatalkan niat jahatnya. Tapi betul ke Encik Arjuna dah nak naik pelamin?

Kias apa yang cuba Aileen sampaikan semalam? Kenapa macam mendalam sangat maksud tu? Ke aku yang terlebih fikir, yelah mungkin tu kesimpulan Aileen tentang movie semalam...

"Waktu lunch nanti kau ikut aku, aku nak langgar showroom ayah Rainna!" Gumam Arjuna geram setelah muncul dari pintu bilik pejabat Izz.

"Eh langgar?! Gila ke? Showroom dia tu banyak kereta mewah tahu tak----"

"Bukanlah! Aku nak serang lelaki yang suka usik Rainna tu, masuk ni dah lima kali dia cuba buat baik dengan Rainna." Jelas Arjuna sedar dia sudah salah tafsirkan maksudnya. Hatinya sudah terlanjur panas melihat pekerja baru yang selalu menegur Rainna.

"Allahu, orang buat baik pun kau nak marah. Rilek, jangan tunjuk sangat kat ayah Rainna yang kau tu panas baran. Nanti kalau dia tak terima kau jadi menantu macam mana?" Izz cuba menenangkan abang iparnya supaya lebih berfikiran rasional sebelum buat sesuatu.

Betul jugak apa yang Izz cakap, aku tak boleh tunjuk perangai buruk sekali pun depan ayah Rainna. Nanti boleh ubah fikiranlah ayah dia.

Waktu yang ditunggu telah pun tiba buat Arjuna, dia sudah tidak sabar mahu bersemuka dengan lelaki perampas itu. Mana mungkin kasih Rainna direbut oleh orang lain. Izz hanya mengikuti abang iparnya tidak mahu masuk campur, risau juga jika dibiarkan abang iparnya seorang diri. Tepat dugaan Arjuna, lelaki itu sedang berusaha mahu mengajak Rainna keluar makan tengahari. Matanya terbuntang menahan amarah apabila lelaki itu sudah siap siap membuka pintu kereta mempelawa Rainna masuk. Arjuna mengetap giginya geram tatkala lengan baju kemeja Rainna pula dipegang. Lelaki ini benar mencari masalah. Belum sempat Izz menahan, Arjuna meluru ke arah lelaki itu lantas ditumbuknya sekali sehingga terjatuh ke jalan tar.

"Juna! Cukup!" Jerit Rainna memegang lengan Arjuna menahan lelaki itu mahu memukul sekali lagi.

"Apa masalah kau?!" Laung lelaki itu setelah bangun sambil memegang bibirnya yang sedikit berdarah.

Cinta SepertiNyaWhere stories live. Discover now