Dia bukan gadis bimbo, dia gadis yang dahagakan kasih aku, kasih seorang lelaki yang dambakan cinta wanita lain. Aku mahu gadis yang santun menjadi teman hidup aku. Apa salah aku memilih?
'Learn to love me maybe?' - Aileen
'Hati ini milik Airis!'...
"She's really in love dengan kau Izz," Raina memandang sekilas ke arah Izz Zafrel yang sedang ralit membersihkan pinggan dalam sinki sambil mereka diperhatikan oleh Aileen.
"Kau merepek apa ni?" Izz Zafrel menyangkal tuduhan Raina tidak mahu mendengar kenyataannya.
"Just look at her now, dia pandang kita berdua macam nak bunuh aku. Dia layan kau macam kau tu dia punya," Raina sekali lagi berkeras mengunykapkan kenyataan yang Izz Zafrel tidak mahu dengar. Izz Zafrel menoleh ke belakang menampakkan Aileen sedang merenung ke arahnya sambil mengerutkan kening.
"Tak, aku tak suka kau. Aku suka Airis, aku cintakan Airis." Izz Zafrel menegaskan apa yang bermain difikirannya. Dia hanya mahukan Airis Zahra, gadis malang yang sedang dilanda masalah paling berat sekali. Dia ingin sekali membantu gadis itu mencari cara untuk sama sama keluar daripada hidupnya sekarang dan bina hidup bahagia bersama.
Assalamualaikum Airis, i just thinking of you. I really hope you just fine. Saya akan cuba cari cara untuk bawa awak keluar daripada situ... ✔️✔️
Airis Zahra membuka mesej yang masuk dengan tergopoh gapah memandang semalam kali terakhir Izz Zafrel menghubunginya. Harapan yang diberikan oleh lelaki budiman itu benar tidak masuk akal bahkan menambah luka dihatinya. Bagaimana kau nak letakkan harapan itu setinggi gunung sedangkan kau tahu harapan itu akan musnah pada akhirnya? Begitu juga dengan perasaannya sekarang terhadap Izz Zafrel, pedih rasanya terpaksa menolak sedangkan hati kian mekar buat lelaki itu.
"Aku tahu Airis tak berniat nak pedulikan aku, dia cuma tersepit. Dia cuma nak jaga keselamatan diri dia, dia cuma---"
"Dia cuma nak gunakan awak bila dia susah Izz."
Izz Zafrel menoleh ke arah suara itu yang agaknya sudah mendengar bicaranya sejak tadi. Aileen berdiri di depan pintu biliknya berpeluk tubuh sambil tersenyum lengkap berpakaian baju tidur.
"Apa beza dengan kau? Kau pun gunakan keluarga aku bila kau susah---"
"Bezanya saya masih disini bersama dengan awak and ibu bila bila je masa awak susah, maybe boleh tebus atau balas jasa ibu." Aileen membalas selamba tersenyum sinis.
"Get out from my room!" Izz Zafrel menudingkan jarinya tanda mengusir Aileen keluar daripada sempadan pintu biliknya.
"She left you, but im still here. Remember that Izz, goodnight. Muah sikit!" Aileen memuncungkan bibirnya ala ala memberi ciuman jarak jauh kepada Izz Zafrel sebelum menghilangkan dirinya daripada pandangan lelaki itu.
"Berambus!" Izz Zafrel bangun meluru ke pintu lalu menghempas pintu biliknya kuat sebelum menyandarkan tubuhnya ke pintu dan terduduk disitu. Kata kata Aileen sedikit sebanyak mengguris hatinya, apa benar dia cuma bahan buat Airis? Apa benar gadis itu telah pergi darinya? Sukar untuk dijangka...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.