(Song - Sebenarnya, Alif & Siti Nordiana)
"Guys! Ini berita baik, korang kena tahu. Ibu pun tak tahu lagi---"
"Apa ni? Apa yang kalut sangat?" Rainna mengangkat keningnya memerhatikan skrin Ipadnya menunggu Izz Zafrel menceritakan sesuatu.
"Alah paling paling naik gaji---"
"Tak! Ini lagi best daripada berita naik gaji, tadi siang aku jumpa Airis Zahra." Cerita Izz Zafrel masih kelihatan tenang meskipun dia mahu saja menjerit akibat terlalu teruja.
"Alaa jumpa jauh jauh aku pun boleh---"
"Aku jumpa empat mata dengan dia! Ni tengok dia siap bagi nombor telefon," Izz Zafrel meraba meja mencari kad tadi lantas ditunjukkan kepada kedua sahabatnya.
"Weh! Seriuslah! Alaa share share lah nombor dia, aku pun peminat Airis Zahra..." cebik Harris Naufal memuncungkan bibirnya. Jujur dia cemburu sedangkan dia dahulu yang tunjukkan Airis kepada Izz Zafrel dahulunya.
"Kejap! Siang tadi? Macam mana boleh jumpa dengan dia, kau pergi mana?" Rainna memotong keseronokkan kedua lelaki tadi dengan pertanyaannya.
"Kalau dah perempuan tu, perempuan jugak. Semua benda complicated kau nak tahu buat apa? Cukuplah kau tahu dia dah berjaya dapat nombor Airis," Harris menjeling seiring menggeleng kepalanya.
"Pergi teman budak bilik sebelah cari baju," balas Izz acuh tak acuh.
"Kejap! Shopping? Berdua? Korang ni ada apa apa ke, Izz..." Rainna menjongketkan keningnya sebelah mendekatkan wajah dengan skrin Ipad mahu tahu lebih lagi.
"Kau gila ke?! Dia tu adik angkat aku tau. Anak angkat ibu, macam korang jugaklah." Izz Zafrel menyangkal tuduhan Rainna yang terlalu awal membuat kesimpulan.
"Kau tamak sangat kenapa Izz? Airis kau nak, Aileen kau nak, kau ni tak fikir kawan lansunglah. Aku ni dah lama single, tak ada teman hidup. Kau tak kesian kat aku ke?" Harris menundukkan wajahnya meminta simpati Izz Zafrel berharap sahabatnya akan memberikan nombor Airis paling tidak greenlight untuk pikat adik angkatnya.
"Sebab aku kesiankan kau lah aku taknak kau sampai suka dengan budak bilik sebelah tu, rosak hidup kau!"
How dare you Izz, mengata aku. But its okay, i still like you. Tapi betul ke Izz betul betul jumpa model tu? Patutlah lama dia pergi solat tadi... kalaulah betul ini bermakna aku ada saingan. Tak boleh tak boleh, Izz tu milik aku. Aku kena usaha lebih lagi ni...
"Hai lah Airis... kau bukan je cantik luaran, kau cantik dalaman jugak. Macam mana nak mula eh? Awak dah makan? Macam klise sangatlah pulak! Bagi salam dululah tengok dia respon ke tak," Izz Zafrel mencapai telefonnya mendail nombor Airis Zahra lantas disimpan terus. Tangannya membuka aplikasi Whatapps mencari nama gadis itu menampakkan gambar profilnya.
Assalamualaikum Cik Airis 😊 ✔️✔️
Izz Zafrel meletakkan telefonnya di atas dada menunggu mesejnya dibalas. Dia yakin Airis Zahra pasti menerima mesejnya juga.
Waalaikumussalam, ini siapa ye?
Alamak! Dia tak ingat? Macam mana nak ingatkan dia, haa incident tadi!
Saya lelaki yang Cik Airis langgar depan surau tadi 😅 ✔️✔️
Macam obvious sangat tak mesej dia terlalu awal? Patutnya aku mesej dia esok lusa... nanti dia kata ape pulak! Izz.. Izz...

YOU ARE READING
Cinta SepertiNya
RomansaDia bukan gadis bimbo, dia gadis yang dahagakan kasih aku, kasih seorang lelaki yang dambakan cinta wanita lain. Aku mahu gadis yang santun menjadi teman hidup aku. Apa salah aku memilih? 'Learn to love me maybe?' - Aileen 'Hati ini milik Airis!'...