Part Tiga Belas

1.9K 139 6
                                    

"Yes! Saya dah jumpa jalan, awak kena tolong saya Lyna---"

"Jalan apa Cik Airis?" Tanya Lyna aneh tiba tiba diajak berbincang. Pasti ada sesuatu yang mahu disampaikan oleh majikannya.

"Jalan keluar untuk masalah yang saya hadapi, saya sendirian tak boleh lari tapi kalau saya dengan keluarga saya yang lari... saya boleh bawak dorang pergi jauh kalau boleh keluar negara." Wajah Airis Zahra teruja semasa menyampaikan perkara itu namun berbeza pula dengan reaksi wajah Lyna.

"Habis saya macam mana Cik Airis..." cebiknya mengenangkan nasib jika terpaksa dibuang kerja, zaman sekarang bukan mudah untuk mencari kerja.

"Awak ikut saya? Awak kan dah macam adik saya, kita boleh bina kehidupan baru di tempat orang." Cadang Airis Zahra memegang kedua tangan Lyna mengharapkan gadis itu mahu ikut serta dalam rancangannya.

"Bagi saya masa Cik Airis? Saya pun ada keluarga, saya---"

"Saya faham Lyna, awak fikirkan dulu ye?" Senyum Airis Zahra nampaknya ceria.

Perlu ke aku beritahu kepada Izz?
Tak menganggu ke aku jika membabitkan dia?
Jangan Airis, ini masalah kau. Lupakan Izz... biarpun hati ini begitu mahukan dia disisi jua.

"Aileen, bangun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aileen, bangun... kerja, nanti lambat."

Aileen mengerutkan keningnya terdengar suara itu, suara yang menganggu lenanya yang tenang. Cahaya matahari menyapa wajahnya dibiar saja meskipun mata masih berat untuk dibuka. Suara tadi masih kedengaran lembut saja menganggu peraturan 'lima minit' yang dia cipta sejak dahulu lagi. Semakin lama suara itu semakin hilang menyebabkan Aileen semakin lena melengkapkan saat saat terakhir lima minitnya. Wajah sayu Aileen diperhatikan sedalamnya oleh Izz Zafrel, cantik. Aku bukan benci kau Aileen... aku cuma terikat dengan hati aku yang mahukan Airis. Kau bukanlah pilihan aku biarpun Airis menghilang, aku masih akan mencari dia. Aku minta maaf Aileen...

"Aileen... bangun, nanti lambat nak."

Bunyi lagi aduuu!

"Bangun adik, dah lambat ni. Izz dah siap tau tunggu adik je." Usik Hanizah mengerling ke arah anak bujangnya yang masih duduk bersarapan di meja.

"Hah?! Dah siap?!" Aileen segera bangun mencapai tualanya tanpa pedulikan apa yang jadi disekelilingnya lantas menutup rapat pintu kamar mandi. Hanizah dan Izz Zafrel gelak terbahak bahak geli hati melihat perilaku lucu Aileen yang berlari dengan rambutnya mengerbang begitu.

"Susah jugak kau nak bangun kan? Jenuh kejut buat tak tahu je..." bebel Izz Zafrel sebaik saja gadis itu masuk ke kereta dan mengenakan tali pinggang keselamatan.

Suara lembut yang kejut pagi tadi tu Izz? Aduhhhh kau buat aku cair Izz...

"Memanglah saya tak bangun kalau awak yang kejut, suara awak buat saya lagi lena." Mata Aileen menjeling manja Izz Zafrel membuatkan lelaki itu hanya tersenyum diusik sebegitu. Anehnya lelaki itu tidak melenting seperti selalunya, ada harapankah hati lelaki itu akan dibuka untuknya?

Cinta SepertiNyaWhere stories live. Discover now