Part Sepuluh

2.4K 166 14
                                    

(Song - Sampai Bila, Misha)

"Lyna!" Airis terus memeluk kawan serumahnya saat dia terlihat kereta miliknya berhenti di hadapan rumah Izz Zafrel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lyna!" Airis terus memeluk kawan serumahnya saat dia terlihat kereta miliknya berhenti di hadapan rumah Izz Zafrel.

"Cik Airis okay tak? Mana Cik Airis pergi malam tadi? Saya hampir pergi balai polis buat report tahu tak," Lyna memeriksa gadis itu yang sudah memakai pakaian lain. Pakaian siapa yang Airis pakai ni? Dimana dia menginap malam tadi?

"Nanti saya cerita? Boleh tak kita balik dulu, Lyna? Saya penat sangat..." ujarnya memimpin tangan Lyna mahu masuk ke kereta sambil matanya meredup memandang rumah Izz Zafrel buat kali terakhir.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Airis Zahra meluahkan apa yang terjadi malam tadi sehinggalah dia ditolong oleh seseorang namun Airis tidak pula menyebut dimana tempat dia berteduh hanya nama lelaki yang menolongnya saja meniti dibibir. Hampir saja Lyna hilang fokus memandu dek kerana terlampau geram dengan Hazar setelah mendengar cerita Airis Zahra. Sungguh dia tidak menyangka kejahatan Hazar sudah tahap ke puncaknya apabila sanggup memperdagangkan Airis ke jalan yang salah. Jika dia tahu begini lebih baik dia meletakkan racun dalam minuman Hazar saja tempoh hari, biar mati cepat sikit!

"Ada Hazar datang rumah cari saya?" Tanya Airis risau pula jika dia berjumpa lelaki itu sekarang di rumah.

"Tak ada pulak dia datang, kalau saya jadi Cik Airis saya pukul kepala dia banyak kali biar mati terus!" Getus Lyna geram meskipun kereta itu sudah berhenti. Darahnya memang mendidih daripada awal mendengar cerita Airis Zahra.

"Tak baiklah macam tu? Izz cakap daripada doakan yang tak elok, baik kita doakan dia berubah. Who knows one day dia akan sedar dengan setiap kesalahan yang dia buat sekarang, kan?" Airis Zahra teringat pesanan Izz Zafrel malam tadi saat dia mendoakan kematian Hazar. Lelaki itu sememangnya meninggalkan sesuatu jauh di sudut hatinya yang paling dalam.

Orang macam Hazar berubah? Mimpi ajelah! Dia takkan berubah sebagaimana kau impikan Airis.

Izz Zafrel membuka matanya yang terasa sarat, kepalanya masih berat sejak subuh tadi lagi. Dia gagahkan juga tubuhnya untuk bangun dan duduk seperti biasa, wajahnya mengukir senyum biarpun memandang dinding bilik sebelah mengetahui bahawa ada gadis yang begitu dia kasihi di sebelah. Malu pula rasanya mahu berjumpa Airis Zahra dengan wajah serabai begini. Izz Zafrel mencapai tualanya menolak pintu biliknya sedikit tidak mahu disedari sesiapa, lagi lagi Airis Zahra. Pintu hadapan rumahnya juga diperhatikan terbuka luas, barangkali ibu sedang berkebun sambil berbual dengan bakal menantu.

"Haa Izz bangun pun, ingat nak tidur sampai ke petang!" Usik Hanizah yang masuk ke dalam untuk mencuci tangannya yang kotor terkena tanah.

"Takkanlah nak tidur sampai petang, laparlah ibu..." rengeknya memeluk bahu Hanizah sebelum segera dilepaskan dengan alasan anaknya busuk dan belum mandi.

Cinta SepertiNyaWhere stories live. Discover now