Part Tujuh

2.5K 184 8
                                    

(Song - Rahsia Kita, Khai & Fatin)

"Takkan dia duduk rumah kita menghabiskan beras je ibu? Dia tak ada usaha nak kerja ke apa? Dah lah makan pun pinggan ibu basuh, pemalas betul!" Rungut Izz Zafrel sebal kadangkala mahu saja dia halau gadis yang tidak memberi sumbangan dalam rumah ini. Dahulunya dia duduk dengan ibu semuanya baik saja, sejak hadirnya budak itu matanya sakit pula terpaksa melihat kelibat yang semakin rancak menggodanya.

"Amboi sedapnya mulut kamu kutuk anak perempuan ibu, nanti ibu ajarlah dia basuh pinggan buat kerja rumah. Ibu dulu pun ambik masa tau nak belajar satu benda, ingat semua lahir lahir je dah pandai?"

"Come on lah ibu, its about common sense. Takkanlah masa kat sekolah dulu cikgu dia tak ajar? Menghabiskan duit mak bapak dia je belajar tinggi tapi---"

"Cakap pasal kita eh," potong Aileen duduk menongkat dagunya merenung ke mata Izz Zafrel yang terkedu dilihat begitu. Ayatnya tadi tergantung apabila disergah begitu oleh Aileen membuatkan Hanizah malas mahu ikut campur lantas ke ruang tamu mahu duduk menonton televisyen.

"Lama tengok kita? Hey," Aileen memetik jarinya didepan mata Izz Zafrel menbuatkan lelaki itu tersentak lantas berlalu ke bilik menyiapkan pakaian untuk mula bekerja esok.

Izz Zafrel sempat menoleh ke belakang melihat Aileen sekali lagi, entah kenapa hari ini dia seakan akan terkhayal melihat gadis itu. Pakaian Aileen hari ini biasa saja sama seperti kelmarin, melainkan waktu malam jika mahu tidur. Barangkali kerana dia kelihatan manis rambutnya diikat ala ala Elsa kartun Frozen, biasanya rambutnya dilepaskan mengerbang begitu saja. Izz Zafrel segera membuka almarinya memilih baju yang mahu dia pakai esok, seluar slack hitam dia letakkan diatas papan mahu diseterika sebentar lagi. Aileen menoleh melihat lelaki itu sibuk menyiapkan pakaian dan mendapat akal mahu mendekati Izz Zafrel. Dia dekati Hanizah yang sedang menonton televisyen mahu meraih simpati dengan mengatakan dia tidak punyai baju kerja untuk hari esok supaya Izz Zafrel dapat menemaninya keluar berbelanja membeli pakaian baru. Keningnya diangkat berulangkali  menunggu persetujuan Hanizah. Air muka Hanizah dia perhatikan saja, nampaknya berita baik.

"Izz! Teman Aileen keluar cari baju kerja," laung Hanizah memandang pintu bilik Izz Zafrel.

Ya Allah apa lagi dia ni!

"Ye ibuku sayang..." Izz Zafrel berpura pura tenang menjengah kepalanya keluar.

"Teman Aileen cari baju kerja? Kesianlah dia tak ada baju pulak esok hari pertama Aileen masuk kerja kan. Jangan lupa esok pergi sekali dengan Izz ye,"

Kau bawak tiga beg baju pun tak cukup lagi ke tenuk!

"Alaa hari pertama, pakai jelah apa apa baju pun. Susah sangat pakai baju kurung je," Izz Zafrel memberi alasan malas mahu keluar memandangkan hari ini dia mahu berehat dirumah saja.

"Baju kurung? Agak agaklah kamu, ni anak majikan kamu tahu tak. Mestilah hari pertama mula kerja nak kena yakin dengan penampilan diri. Kan Aileen?" Hanizah mula membayangkan gadis itu lengkap berpakaian kot merah jambu berjalan dengan yakin. Aileen mengangguk laju saja disokong oleh ibu angkatnya.

"Haa yelah yelah! Pergilah bersiap, orang tunggu dalam kereta, lambat tinggal!" Izz Zafrel menutup elektrik usai menseterika seluar dan baju kemejanya lantas menukar pakaiannya dengan pantas.

"Mana boleh tinggal, yang nak beli barang tu Aileen bukannya kamu!" Hanizah membidas apa yang dikatakan oleh Izz Zafrel tadi sengaja mahu mengalahkan anak kesayangannya.

Cinta SepertiNyaWhere stories live. Discover now