(Song - Love Story, Melly ft Irwansyah)
"Izz ada urgent matter! Kena pergi sekejap. Boleh ke?" Izz Zafrel segera bangun lantas pamit dengan Mahfiz. Aileen berdiri mempamerkan wajah peliknya, dia mahu tahu apa yang penting sangat sehinggakan dia mahu ditinggal.
"Haa takpe takpe, malam ni Aileen tidur sini. Lagipun dah lama kan adik tak tidur rumah sini," Mahfiz mengangguk diikuti Maryam lantas Izz Zafrel segera menerpa ke arah keretanya dalam keadaan tergesa-gesa.
"Ibu tunggu sekejap? Izz ada urgent matter, nanti Izz cerita dengan ibu..." Izz Zafrel menyalami sebelah tangan Hanizah yang masih tercengang.
"Apa apa bagitahu ibu? Hati hati bawak kereta," pesan Hanizah mulai tidak sedap hati membiarkan anaknya bergegas begitu.
Apa yang urgent sangat sampai kau tinggalkan aku kat sini Izz? Aku tak boleh tak ada kau...
"Izz tu baru lima saat hilang, muka adik dah macam orang hilang nyawa ni kenapa?" Arjuna menegur saat wajah adiknya berubah. Matanya merah bertakung air mata yang sarat mahu dikeluarkan.
"Adik takde selera nak makan, adik nak tidur... goodnight." Aileen berlari naik ke biliknya lantas mengunci pintu bilik. Wajahnya disembam ke bantal sambil tangannya menumbuk tilam dengan kuat.
"Tengoklah anak dara awak tu, baru abang angkat tinggal sekejap dah merajuk. Ingatkan dapatlah mama berbual dengan dia... dah lah rindu, anak perempuan mama sorang tu je." Cebik Maryam kembali ke meja makan setelah meneliti tangga melihat anak gadisnya berlari ke atas tadi.
"Takpelah dik, aku ada boleh teman kau makan. Kita boleh borak panjang," Hanizah mengajak Maryam kembali ke meja makan menyambung makan.
Izz Zafrel meredah suasana malam dengan kelajuan yang agak maksima setelah hatinya merasa tidak tenang menerima panggilan daripada orang yang dia begitu sayang. Nyawanya hampir melayang dek kerana tindakan berani matinya memotong lampu isyarat merah sedangkan ada lori yang melalui jalan itu. Matanya beberapa kali memandang ke arah skrin telefon yang tiba tiba saja tidak berkelip. Perasan risaunya mulai menguasai diri. Kepalanya mulai menerjah suara yang berada di talian tadi menyebabkan dia segera meninggalkan makan malam bersama keluarga Aileen bahkan ibunya sendiri terpaksa menunggu sehingga dia datang jemput.
"Izz, tolong saya! Saya tak tahu nak pergi mana... saya takut..."
Izz Zafrel mencari wanita bertudung di kawasan yang disebutkan oleh Airis tadi. Kebanyakkan kedai kawasan situ sudah ditutup memandangkan jam sudah menunjukkan hampir pukul dua belas malam. Matanya tajam meneliti di setiap sudut koridor kedai memastikan dia tidak terlepas gadis itu. Izz Zafrel mengecilkan matanya saat dia terpandang seseorang sedang duduk di hujung hadapan kedai yang sudah ditutup. Airis Zahra kelihatan sedikit gusar apabila lampu kereta lelaki itu diterangkan sebelum lelaki itu keluar daripada kereta meluru ke arahnya.
"Cik Airis! Awak buat apa kat sini malam malam? Ya Allah..." Izz Zafrel membantu gadis itu untuk bangun namun tangannya laju saja ditepis, jujur Airis masih trauma dengan insan yang bernama lelaki.
"Saya takut..." suaranya bergetar dalam sedu tangisnya yang masih bersisa.
"Saya ada kat sini, jangan takut... okay kita duduk sini sampai Cik Airis tenang," Izz Zafrel mengambil tempat duduk disebelah Airis Zahra sambil mengeluh panjang. Apa saja yang dia boleh lakukan sekarang untuk membuatkan gadis ini merasa lebih lega?
"Okay, Cik Airis istigfar banyak banyak. Ingat Allah tu maha berkuasa... Cik Airis ada Dia yang sentiasa jaga Cik Airis, saya pun ada kat sini..." Izz Zafrel berganjak mendekati gadis itu perlahan lahan mahu ketakutannya hilang. Airis menuruti apa yang diarahkan oleh Izz Zafrel, sedikit demi sedikit ketakutannya mulai hilang. Hampir setengah jam juga mereka duduk di hadapan koridor kedai sebelum Airis bersetuju mahu mengikut Izz Zafrel pergi ke tempat lain yang lebih terbuka, bimbang jika Hazar mencarinya sehingga ke sini.
YOU ARE READING
Cinta SepertiNya
RomanceDia bukan gadis bimbo, dia gadis yang dahagakan kasih aku, kasih seorang lelaki yang dambakan cinta wanita lain. Aku mahu gadis yang santun menjadi teman hidup aku. Apa salah aku memilih? 'Learn to love me maybe?' - Aileen 'Hati ini milik Airis!'...