"Izz..."
Izz?! Siapa Izz? Jadi betul lah Airis ada lelaki lain sebab tu dia berpaling daripada aku?
"Airis... bangun..." Hazar mendekati gadis itu dan cuba mengekalkan sikap seperti kebiasaan meskipun mahu saja dia bangkitkan tentang nama yang disebut oleh Airis. Tangan Airis menggapai jari jemarinya seakan akan tidak mahu kehilangan sesuatu.
"Izz..."
"Aku bukan Izz!" Hazar melepaskan jarinya lantas menyepak kerusi ke dinding sebelum keluar meninggalkan gadis itu seorang diri. Lyna yang perasan pintu bilik Airis dihempas segera meluru mendapatkan gadis itu.
"Cik Airis okay?! Kenapa tadi tu——" bibir Lyna muncung menunjukkan ke arah pintu dimana Hazar beredar tadi.
"Tinggalkan saya sorang please Lyna... saya taknak cakap dengan sesiapa, saya okay." Suara Airis bergetar memalingkan tubuhnya membelakangi Lyna. Airmatanya yang ditahan mengalir jua membayangkan visual yang terjadi sebelum matanya terpejam rapat semalam.
Izz lebih memilih menyelamatkan gadis itu berbanding aku. Apalah ertinya aku pada dia lagi, aku sayangkan kau Izz...
"Naura yang buat semua ni, security yang tahan dia semalam." Arjuna memberitahu berita yang sedikit mengejutkan mereka. Semua tidak menyangka gadis itu akan bertindak nekad begitu hanya kerana ingin membalas dendam kepada Aileen.
"Adik dah agak dia mesti akan datang balik untuk balas dendam. Kalau adik dapat dia, adik balas balik apa yang dia buat semalam!" Getus Aileen geram meskipun masih terbaring begitu.
"Kalau kau balas balik, kau dengan dia tu tak ada beza pun." Spontan respon Izz membuatkan gadis itu terdiam lantas mencebikkan bibirnya senyap. Hatinya jelas masih belum berpuas hati.
"Haa betul tu. Takpayah nak pura pura kuat, awak tu sakit lagi. Semua orang risaukan awak kat luar tu, dah lah abang keluar dulu." Arjuna memicit kedua pipi adiknya sebelum keluar meninggalkan Izz berdua dengan Aileen.
"Izz, jangan tinggalkan saya?" Tangan Aileen memaut lengan Izz Zafrel yang mahu melangkah keluar. Dia yakin Izz pasti mahu menjenguk Airis.
"Aku tak tinggalkan kau lah, aku nak bagi peluang orang lain jenguk kau. Kat luar tu ada ramai yang risaukan kau. Ada keluarga kita, kawan baik kau, Harris dengan Rainna pun ada. Dah lah," Izz Zafrel melepaskan pegangan tangan gadis itu lantas terus keluar tanpa menoleh wajahnya. Alaaa... kau tipu, kau nak pergi tengok dia kan.
"Macam mana boleh dua dua dalam toilet tu?" Tanya Harris dan Rainna yang turut duduk bertiga bersama Izz Zafrel.
"Dorang dua tu macam ada connection antara satu sama lain, dua dua suka kau... entahlah pening aku kalau nak fikir apesal dorang dua boleh kena benda yang sama," Rainna menggelengkan kepalanya tidak mahu memikirkan lagi perkara ini kerana dianggap rumit.
YOU ARE READING
Cinta SepertiNya
RomanceDia bukan gadis bimbo, dia gadis yang dahagakan kasih aku, kasih seorang lelaki yang dambakan cinta wanita lain. Aku mahu gadis yang santun menjadi teman hidup aku. Apa salah aku memilih? 'Learn to love me maybe?' - Aileen 'Hati ini milik Airis!'...